amalan syirik tanpa sedar


ditulis berdasarkan soal jawab melalui emel oleh pesakit bernama Adi ( nama samaran).

emel Adi 1

salam puan ..
saya sakit dah lama sejak akhir tahun lepas..  skang sudah 6 bulan xkeja.. sy pun xtahu penyakit apa dah.
merata tempat pi berubat secara modern n trdisional…
kalau puan dpt membantu atau ada contact mana2 tempat yg sesuai pun boleh kasi sy..
sy dah berubat dgn macam2 ustaz..
surat Adi 2
Mash ada lagi sihir dan saka ke?
saya terus terang kot lagi baik
sblum ni mmg sy berubat merata tempat 16 tempat cuba buang sihir tu.. mmg kurang dari dulu tp xmau sembuh2..
smpi sy jumpe seorng abang kat utara.. dia cakap ada sihir , saka n kena tambah masa berubat..
dia kata sihir saka dah abis dia buang.. tu sy stop dlm masa sebulan lebih dgn syarat abngtu tak kasi minum air penawar, baca
apa2 amalan dari ustaz..melainkn baca quran n zikir je…
sy buat semua tu.. tp last 2 weeks sy masuk ward… tp bila check mmg xda apa serius..
syarat puan ni sama ke dgn dia?
sy pun xtau sihir jenis ape yg orng ni hantar.. dulu mmg sy xleh bangun..sesak nafas.. berdiri geletar satu badan..solat je abis semua sendi
tarik2…
tp skang alhamdulilah mmg kurang ..cuma skang sesak nafas , sakit leher n kepala n lemah je badan bila keluar..tp mmg seksa jugak la ..
umur sy baru 29 tahun ..
kalau boleh mmg nak terus jumpe puan ni.. sb skang tgh berubat takut bertembung…
jawapan saya pada Adi
awak ada sihir, saka dan saka amalan.  saka amalan tu sumer dari perawat yang dah rawat awak.
kekuatan gangguan sgt tinggi, .,
sebenarnya boleh buat rawatan  jarak jauh tapi ada syarat yang perlu diikuti, cuma saya lebih suka awak col untuk terangkan syarat2 tu, insyaallah supaya awak faham.
surat Adi 3
emm kuatnye sihir walaupun dah jumpe perawat yg hebat. bleh trace ke sape yg hantar….syarat2 tu macam berat je…  Insyaallah nti ada pluang sy datang jumpe puan.. seri kembangan kan.. sy penah sewa umah area situ dulu… thanks ye.
jawapan saya pada Adi
Saya tak beritau pun syaratnya lagi.
Yang saya maklumkan itu adalah apa yang akan saya rawat apabila awak buat rawatan, insyaallah.
Adi,
Kita diuji oleh  Allah dengan sihir dan penyakit atas sebab yang hanya DIA yang maha mengetahui.
Jika berkumpul seluruh makhluk di dunia  ini untuk membuat khianat pada kita, jika Allah tidak mengizinkannya , maka ia TAK AKAN mungkin berlaku.
Ya benar, sihir ini dihantar manusia, tetapi apabila berjaya masuk dalam tubuh seseorang , itu adalah kerana Allah mengizinkannya, biasanya atas sebab dosa seseorang yang berpunca dari lemahnya hubungannya dengan Allah .
Jadi sebenarnya, tak perlu tahu siapa yang hantar, itu antara dia dengan Allah, yang penting kita rawat diri kita agar mampu menujuNYA  dan nampak dunia ini hanyalah jambatan akhirat.
Dalam hal rawatan, tidak wujud istilah perawat paling hebat atau bagai, kita hanya manusia biasa yang tak punya kekuatan apapun hatta nak menyuap nasi ke mulutpun jika tanpa izin kekuatan dariNya kita tidak mampu, apalagi nak menghancurkan jin atau syaitan.
Semuanya dengan kekuatan dari Allah.
Jadi jika semuanya dariNya, bagaimana timbul istilah hebat  pada manusia? Makhluknya yang lemah ?
Apa yang kita buat, adalah ikhtiar dan sentiasa meletak pergantungan dalam hati kita bahawa yang merawat adalah Allah.
Dia yang memberi penyakit, mengizinkan masuknya sihir, maka Dia jugalah yang menyembuhkannya.
Dalam amalan kita, baik sebagai amalan harian, atau bila kita bermasalah , kita ada disarankan beramal, baik membaca surah atau dengan berzikir, sebagai jalan keluar dari bermasalah, maka kita cenderung beramal dengan niat tertentu.
Contohnya, perawat memberitahu baca zikir ini dan surah itu untuk rawat diri, sebagai pendinding diri atau sebagainya, maka kita lakukan dengan niat untuk itu , iaitu untuk sembuh atau sebagai pendinding diri, maka jin  dan syaitan telah bertepuk tangan keriangan dan menjadikan amalan kita itu sebagai kunci untuk masuk dan menjadikan tubuh si pengamal sebagai tempat bermastautin. Jadilah kita sebagai pemula saka untuk 7 keturunan kita ke bawah.
Saka apabila telah masuk, maka dia akan ada selama 7 atau 8 keturunan.
Kitalah pemula saka baru untuk keturunan kita.
Dan apabila kita percaya pula, ustaz itu atau ustazah ini, yang merawat dan kalau rawatan itu berjaya kita rasa dialah yang hebat, maka kita menghampiri syirik atau sangat ditakuti telahpun syirik kerana kita menduakan Allah.
Maka penyakit tak akan sembuh, malah kita dibimbangi melakukan dosa besar yang termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah.
Nauzubillah. Mohon dijauhkanNya.
Amalan kita, baik solatnya kita, zikir dan mengaji al-quran mesti dilakukan hanya dengan satu niat sahaja, …
Ikhlas kerana Allah semata- mata.
Bukan kerana lainnya.
Tidak untuk merawat, menyembuhkan diri hatta sehingga untuk mendapatkan ketenangan sekalipun.
Tenangnya hati kita apabila mengaji alquran, terawatnya penyakit kita dengan zikrullah , atau selesainya masalah kita dengan solat,.. Hanya berlaku itu semua , apabila diizinkan oleh Allah semata- mata. Bukan kerana amalan kita itu.
Dan kekuatan untuk diizinkan oleh Allah atas amalan kita itu sebagai penyembuh, hanya berlaku apabila kita beramal hanya dengan niat, ikhlas keranaNya.
Maka setelah puas beramal tidak juga sembuh, maka kita perlu muhasabah niat kita beramal,..
Untuk apa ?
Banyaklah bertaubat dengan Allah , sebutlah istighfar sebanyak2 nya, doalah agar kita sentiasa di atas jalanNya yang lurus.
Muga awak dimudahkanNya.
Syarat rawatan dengan saya hanya saya akan beritahu jika awak col. Insyaallah ada kekuatan didalamnya.
wallahu alam.
muga kita semua sentiasa berada di atas jalanNYA yang lurus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s