hati yang damai


bila mana kita mau sesuatu, namun kita tetap belum memilikinya, baik ia barang, mahupun perasaan, baik perasaan itu dalam diri kita atau yang kita mau orang rasa pada kita,

maka cuba kita hayati kisah ini,..

saat Rasul tercinta berhijrah meninggalkan kota Mekah, negeri kelahirannya, tanah tumpah darahnya yang mulia, baginda merasa sangat sedih,..

di Mekah baginda dilahirkan, dibesarkan dan di Mekahlah baginda bertemu jodoh dengan isteri nya yang setia, Khadijah bint Khuwailid, menerima kelahiran anak2 baginda serta di Mekah jugalah Khadijah dikebumikan, di Mekahlah baginda mula menerima wahyu dan menyebarkan Islam bermula dengan sembunyi dan akhirnya secara terang-terangan,..

kota itu menyaksikan suka duka baginda yang sangat banyak, dilahirkan tanpa kasih bapa, kemudian ibunya pula meninggalkan baginda yang masih kecil, disusuli datuk yang menyayanginya, dan dibesarkan oleh bapa saudara yang bukan sahaja miskin tetapi banyak pula tanggungannya,..

kota itu banyak sekali kenangannya pada baginda,..

saat gembiranya tatkala menjadi suami kepada Khadijah,..  menerima kelahiran anak2 baginda,.. dan bagai,..

namun, atas aturan ALLAH, baginda terpaksa pergi meninggalkannya, berhijrah ke suatu daerah yang sangat asing pada baginda,.. bagaimana nanti keadaan di sana? yang pasti, atas keyakinan  kepada ALLAH yang Esa, hijrah adalah suatu kemestian,..

hari berlalu, minggu berganti bulan, tahun demi tahun diharungi jauh dari Mekah, akhirnya tiba saat dan tika, baginda ingin pulang menziarahi kota Mekah,.. ingin masuk dan menunaikan haji ke baitullah, rumah ALLAH di tanah kelahirannya sendiri,..

dengan rasa rindu yang amat mendalam , rasa syukur dan mengharap pada ALLAH yang Maha Tinggi, baginda berangkat ke Mekah dengan angkatan yang sangat besar,..

namun, apa yang berlaku?

baginda dan gerombolan tidak dibenarkan masuk, malah sehingga Uthman bin Affan yang menjadi utusan dibimbangi akan diapa-apakan,..

dengan ketentuan ALLAH, keinginan rasulullah tidak berlaku lagi,..

itu rasulullah, kekasihNYA, nikmat yang kerana baginda, alam ini diciptakan,..

namun ALLAH tetap menguji baginda,.. tidak diberinya terus harapan dan keinginan baginda,..

kerana DIA yang Maha Mengetahui, lebih maklum akan apa yang terbaik dan ada rahsia besar sebenarnya yang menanti,..

jika kita, belum tentu boleh bersabar,.. sudah datang dengan susah payah, dengan rombongan yang sangat besar,.. dengan harapan yang menggunung, dengan rindu yang mendalam,..

tiba2,.. tidak tertunai hajat,..

namun, rasulullah tercinta, menerima dengan lapang dada,..

kembali semula ke Mekah dan datang kembali dengan kemenangan yang besar,..

rupanya janji ALLAH, adalah Mekah terus jatuh ke tangan baginda,..

itulah haji wida’ dan pembukaan kota Mekah,..

bacalah seerahnya dan hayatilah,..

lalu, saat jiwa resah kerana apa yang didoakan tidak dimakbulkan lagi, apa yang diharapkan belum kita miliki, apa yang kita tunggu, belum sampai lagi,..

maka,..

yakinlah, pasti akan ada kemenangan yang besar di sebaliknya yang menanti kita,..

jika kita sabar dan nampak bahawa semuanya adalah ketentuan dari ALLAH swt jua,,…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s