hati menuju ALLAH dan memilikinya


diri kita yang hina, yang sentiasa melakukan noda dan dosa. yang sentiasa melupakan DIA. yang tidak endah akan sunnahNYA. tidak peduli akan laranganNYA. ambil mudah akan suruhanNYA. selalu engkar akan arahanNYA. tidak pernah nampak akan kebesaranNYA, tidak rasa dalam hati akan keagunganNYA,..

dimanakah kita?

dalam dunia ini,..

di sisiNYA?

di manakah kita?

di akhirat nanti?

 

kita banyak berkeluh kesah. banyak mengeluh. sentiasa merintih. sentiasa merasa susah. asyik bersedih. asyik menderita. selalu dalam kepayahan. selalu rasa kosong. rasa terabai. rasa tidak dipedulikan. rasa menjadi mangsa. rasa tertipu. rasa dicurangi, rasa tidak diadili. rasa dizalimi.

kita sukar sekali nampak bahawa segalanya baik ia bahagia, atau derita ia datang dari ALLAH.

maka, dengan segala rasa itu , ..

mampukah ALLAH memakbulkan doa kita?

sedang kita sentiasa mempertikaikan qada dan qadarNYA.

 

maka, dengan segala rasa itu,…

mampukah kita meletakkan ALLAH dalam hati kita?

sedang kita tidak  memenuhi akan hak-hakNYA?

 

maka, dengan segala rasa itu,..

mampukah kita termasuk dalam golongan hambaNYA yang bersyukur?

sedang kita sentiasa merasa tidak cukup, sentiasa nampak yang kurang, sentiasa merasa kita adalah mangsa orang dan mangsa keadaan,..

 

maka, selagi mana kita tidak,..

menerima sunnah rasulullah seratus peratus,

tidak beramal dengan AL quran,

tidak menentang tipu daya syaitan,

tidak beramal untuk syurga ALLAH,

tidak lari dari neraka ALLAH,

tidak bersedia untuk mati,

tidak lupa keaiban orang, sentiasa lupa keaiban sendiri,

tidak mengambil iktibar akan kematian ,

tidak mengambil pedoman akan bencana sekeliling,..

maka,

selagi itulah ,..

kita bukan menuju ALLAH, apatah lagi memilikiNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s