mencari kekuatan dan membinanya melalui kursus PTR- Pancaran Tenaga Rohani


Ilmu Allah sangat luas. Tidak terhitung malah tak terfikir dek dangkalnya otak dan pemikiran kita.

namun, atas anugerahNYa, Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang menyerahkan secebis ilmu buat yang dikehendakiNYA mengikut kebesaran dan pengetahuanNYA kepada  sesiapa yang dikehendakiNYA.

hadis Rasulullah, junjungan mulia, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama” [HR Bukhari dan Muslim].

maka mempelajari dan mempraktikkan ilmu menuju ALLAH ini adalah jalan mendapatkan kekuatan menempuh segala macam dugaan dalam kehidupan yang fana ini.

yang penting dalam mencari kebenaran adalah guru yang kita pilih dan ilmu yang kita pelajari.

namun, pada yang tidak punya ilmu pula untuk mengetahui akan keadaan sebenar hakikat ilmu dan siapa guru itu, maka dia perlu banyak berdoa kehadratNYA agar dipermudahkan berjumpa dengan yang sedemikian dan seterusnya sentiasa berada di atas jalanNYA yang lurus sehingga membawa ke syurgaNYA.

dalam hal ini, jika ada antara pembaca yang percaya kepada saya, maka di sini ingin saya bawakan kepada semua satu kursus yang saya war-warkan secara ikhlas untuk membantu menyampaikan kewujudannya. iaitu kursus Rawatan Pancaran Tenaga Rohani, menggunakan kekuatan tenaga dan kekuatan doa kepadaNYA dalam merawat diri, mengeluarkan diri dari belenggu masalah yang tak habis-habis , tak sudah-sudah.. menderita terluka bertahun2, tak mampu memaafkan kesilapan atau kecurangan suami dan bagai,…

yang kita perlukan adalah kekuatan tapi kekuatan itu yang tak mampu kita miliki,..

melalui ilmu anugerah ALLAH ini, maka kita mampu merawat diri kita sendiri,..

membetulkan keyakinan kita.

membina kekuatan diri untuk menghadapi  semua masalah dunia.

malah mampu pula merawat orang lain, baik orang tersayang, suami dan anak-anak ataupun orang luar.

kita juga , insyaallah diberi ALLAH kekuatan untuk scan tenaga haram dalam pemakanan .

sesuatu yang sangat penting dalam ibadah dan kehidupan kita, suami dan anak2 agar tidak terusan dalam penghadaman makanan yang tidak sah status halalnya.

peluang pembelajaran ini memerlukan pengorbanan , masa, tenaga dan wang ringgit.

namun, terus terang, ia sangat berbaloi.

bila mana kita punya kekuatan untuk nampak ALLAH, bila masa kita mampu mempunyai kekuatan untuk dapat ketenangan sakinah, ketenangan sejati, bila tiap kali kita mampu memiliki kekuatan memaafkan yang sebenarnya yang datang dari sudut hati yang paling dalam, dan yang paling penting tatkala kita berupaya hidup dengan setiap degupan jantung kita hanya ada ALLAH,. maka saat dan tika itu, kita nampak bahawa pengorbanan yang kita keluarkan baik ia berupa masa yang telah kita luangkan, tenaga yang kita curahkan mahupun wang yang kita laburkan , hanya amat sedikit cuma berbanding apa yang kita terima.

subhanallah.

maka kepada sesiapa yang mahu menuju ALLAH, mahu memiliki dan membina kekuatan dalam diri untuk keluar dari belenggu semua masalah , maka saya war-warkan di sini bahawa satu kursus akan diadakan pada suatu tarikh apabila peserta cukup 5 orang.

kaedah kursus Pancaran Tenaga Rohani

1. tahap 1 dan 2.

belajar 2 hari.

praktikkan sebulan.

2. tahap 3&4.

belajar 2 hari.

praktikkan sebulan.

3.tahap 5.

belajar 2 hari.

lengkap kursus dalam tempoh 3 bulan berturut2,insyaallah.

kursus akan menekankan terutamanya membina kekuatan dalam diri untuk sentiasa tenang,nampak ALLAH dan  memiliki 7 sifat mulia : sabar, maaf, terimakasih, kasih pada manusia , redho, penyerahan diri secara total kpd ALLAH serta memiliki kekuatan rohani dan memiliki bisikan baik, insaniah, malikiah dan Ilahiah dalam diri.

kaedah bayaran , RM5000 pada masa pendaftaran.

kursus akan dibawa sendiri oleh pengasas, Ustaz Suhaimi Nawi dari Kemaman, Trengganu.

boleh col saya,..

Pn.Intan 0136215110

untuk keterangan lanjut, insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s