hakikat sihir


sihir adalah ,.. emm macam nilah, search aje maksud sihir yang banyak dalam internet, insyaallah, akan faham maksud sebenar sihir itu.

namun yang saya nak perkatakan di sini ialah akan hakikat sihir itu yang merosakkan dan membawa kemudaratan yang besar pada orang yang terkena, orang yang mengenakan sihir itu  sudah tentulah dalam kesesatan yang nyata.

kes sihir yang datang pada saya pelbagai, saling membenci antara suami isteri, susah zuriat, payah rezeki, sukar jodoh dan macam – macam lagi hingga ke tahap bercerai berai dan porak peranda rumah tangga.

 

ramai yang disihir tidak tahu yang dirinya disihir, ..

ramai juga yang mengesyaki tetapi tidak ada kekuatan untuk merawat diri,..

 

yang pasti, ya, sihir ini membawa kepayahan.

namun, hayati hakikat sihir itu,.. bukan yang tersurat tetapi yang tersirat.

 

ramai orang pabila mengetahui dirinya disihir akan merasa terkejut , tidak percaya, marah dan bagai rasa lagi yang menerpa,..

tapi tunggu,

sebenarnya, jika berkumpul seluruh manusia di dunia ini untuk memberi mudarat kepada manusia lainnya, tidak akan terjadi melainkan dengan izin ALLAH.

lalu, ..

persoalannya. jika ALLAH mengizinkan seseorang itu disihir, maka mengapa? sedangkan ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA.

di sinilah kita perlu muhasabah diri kita,..

salah dan silap kita,.

ada yang apabila diberitahu yang dirinya disihir terus berkata apa salah saya? saya tak pernah menyakiti hati orang lain. saya tak ada dosa dengan orang. kenapa pula orang nak sihir saya?

Allah Maha mengetahui, namun benarkah hakikat yang kita tiada dosa? kita bukan nabi yang maksum.

hatta lupakan ALLAH walau sesaat pun pada ahli sufi dianggap berdosa, kalau begitu bagaimana dengan kita yang hanya ingat ALLAH di masa kita susah dan menderita?

hemm.. pasti menggunung dosa kita, sebenarnya,..

lalu sihir ini diizinkan oleh ALLAH adalah sebagai asbab kita menujuNYA dan nampak DIA kembali,..

bukannya nak mengatakan yang kita ini elok disihir dan lepas ni doa pula supaya kita disihir,..

tidak, cuma pada yang memang telah disihir,..

jangan cepat meyalahkan orang lain dan nampak yang kita tiada dosa,..

entah-entah ALLAH izinkan sihir itu berlaku kepada kita kerana dosa yang tak terhitung sebagai kafarah dosa.

apa-apapun hanya DIA yang maha mengetahui dan tugas kita pula adalah merawat diri agar bebas dari sihir itu.

wallahu alam.

 

4 thoughts on “hakikat sihir

  1. semasa saya tidak tahu dia ada perempuan lain
    kemesraan antara kami berkurangan. ini berlaku setelah baru beberapa bulan kami buka cawangan baru.
    perasaan marah sentiasa ada. saya sering bermimpi dia bermesra dgn perempuan yg sama. bila malam semasa ke tiadaannya tidur saya teramat sejuk. rantai yg saya pakai putus. saya dapat rasa ada jarum berjalan di tubuh saya.
    adakah saya di sihir?

    1. memang ada sihir tetapi masalah awak banyak berpunca dari amalan yang tak soheh niat kerana Allah. telah menjadi saka amalan. kena clearkan semua gangguan dan kembalikan kekuatan kasih suami isteri, insyaallah.

  2. Salam, beberapa bln lps suami sy pernah buat pengakuan beliau tlh jth cinta dgn perempuan lain. Sblm beliau buat pengakuan sy ada mimpi suami dgn perempuan lain.. Kemudian sy jg kerap bermimpi benda yg bukan2 disertai dgn lebam2 dibadan sy.. sy ada menyanyakn kpd seorang perawat, beliau bgtau suami& sy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s