ujian hebat dan rasa terluka


ramai sekali yang masih tidak mampu berdiri dengan bahagia yang sepenuhnya, masih ramai yang tersenyum dengan senyuman yang hambar, ramai juga yang kecundang akhirnya dalam menahan sabar .

apa yang dirasa sebenarnya ?

jika diikutkan, saya mahu aje mengetuk semua kepala yang tak habis-habis menderita itu dengan tukul besi,.. masukkan ‘some sense’ dalam otak mereka,..

tapi ‘what to do?’

tiada yang mengubah orang melainkan dengan izinNYA.

kita merasakan yang kitalah paling hebat diuji ALLAH,..

kita merasakan yang hati kitalah yang paling terluka,..

kitalah yang paling dilukai,..

mengapa?

kerana kita tenggelam dalam bisikan nafsu dan syaitan serta tipu muslihatnya ,…

ini panggilan yang entah kali ke berapa, tapi bangunlah,.. sedarlah yang dunia ini hanya sementara,..

bukan matlamat hidup kita,..

kita hanya hidup sekadar masa yang diizinkan ALLAH ,..

untuk DIA melihat sejauh mana kita adalah hamba,..

untuk DIA uji kita agar kita dapat ditentukan tempat sebenar kita di akhirat nanti,..

jika kita masih rasa kecewa dengan qada dan qadar ALLAH, bacalah seeroh Rasulullah tercinta,..

tiada yang diuji lebih hebat dari baginda,..

tiada yang dicaci, dihina , dimaki lebih hebat dari cacian, hinaan, makian yang diterima baginda,..

baginda dilempari batu, disakiti, dicederakan sehingga darah baginda yang mulia berkocak dalam sepatunya,

siapa lagi yang lebih teruk terluka dari baginda saw?

baginda ditolak kaumnya sendiri, malah bapa saudara baginda tidak habis-habis menabur fitnah terhadap rasulullah,..

meletakkan bangkai di atas kepala baginda saat baginda sedang sujud, sehingga menangis Fatimah melihatkan perlakuan ke atas ayahandanya,..

sedang itu adalah rasulullah, insan paling mulia, di sisi ALLAH,..

namun ALLAH tetap uji baginda, malah bagindalah yang paling hebat menerima ujian dari YANG MAHA PENCIPTA,..

lalu, apa yang kita ‘expect?’

 

tapi kita masih merasa yang kita paling teruk di uji,..

merana dan menderita,..

bacalah seeroh baginda rasul, ambillah teladan darinya,..

jadikan bagaimana perlakuan dan respon rasulullah terhadap semua perlakuan terhadap baginda sebagai iktibar dan ajaran yang harus kita ikuti,..

dalam melalui kehidupan di dunia yang fana ini,..

agar kita mampu bersama-sama dengan baginda dalam alam yang abadi nanti,…

 

3 thoughts on “ujian hebat dan rasa terluka

  1. Subhanallah…ur words of comfort always come at the right time…
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    1. time for us to change was yesterday . time for us to wake up was long time ago.. insyaallah , may the future is full with barokah..

  2. Asm K Intan, tergelak juga saya bila baca part ‘some sense’ tu..untuk dapatkan ia, hati mesti redho dengan qada’ dan qadar dan train jiwa dan fikiran kita bahawa apajua, siapa dan bagaimana ia berlaku adalah milik Allah semata-mata. Kita perlu kembali kepada fitrah yang Allah dah tetapkan – cth sebagai seorang isteri mesti taat dan patuh perintah suami semata kerana Allah..nak beristiqamah dalam keadaan fitrah begitu tentu sekali perlu sentiasa bermujahadah melawan nafsu yang meruntun dan akal yang melogikkan semua perkara…Ya Allah, HasbiAllahhu wani’malwakill…’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s