Teladan dari kisah engkarnya syaitan durjana


kekadang bila hati terusan gagal bangkit dan tak mampu untuk merasa redho, memberi kemaafan, merasa cukup dan bersyukur dengan anugerah ALLAH, diri akan merasa tidak tahu arah mana nak dituju,.. bagaimana mahu dibuat lagi untuk berubah,..

doa sudah, solat dijaga, mengaji menjadi rutin harian, lidah sentiasa basah dengan zikrullah, tapi kekuatan redho dan nampak semuanya dari ALLAH tetap tidak masuk dalam hati,..

hati seolah kering dan makin parah , rasa benci dan terbit dendam dalam diri bila mengenangkan perbuatan suami, dari satu hal ke satu hal,.. ada yang punyai suami yang kaki perempuan, tidak balik malam, keluar entah ke mana – mana, ada yang sentiasa bersilih ganti girlfriendnya, ada yang macam remaja, kembali berchating dan tersenyum simpul angau membaca mesej orang yang disayang tika itu,.. ada yang dah nekad nak kahwin lagi tapi belum kahwin-kahwin,.. pelbagai karenah suami yang sepatutnya sibuk membetulkan rumah tangga yang sedia ada dan mendidik anak-anak yang menjadi amanah ALLAH, tetapi tidak berlaku begitu,..

hati isteri bukan setakat retak, tetapi telah hancur lebur, diri dinjak-injak sesuka hati, maruah digodak , air mata dah kering menangisi nasib diri,.. namun keadaan tidak juga berubah,..

apa lagi yang harus dilakukan,..

ingatkan ramadhan yang mulia, bulan penuh barakah, ampunan maghfirah ALLAH melimpah ruah, mampu mendidik hati-hati sumbang agar kembali tunduk , sujud dan patuh kepadaNYA, Rabbul Izzati,…

namun rupanya hakikat tidak begitu indahnya,..

lalu , termasuklah kita dalam golongan yang teramat rugi.

dalam satu riwayat, Rasulullah telah mengaminkan 3 doa sewaktu baginda di atas mimbar sedang sahabat tidak mendengar suara selain dari suara Rasulullah , lalu sahabat bertanya apa yang baginda aminkan? Rasulullah saw menjawab, sebenarnya sebentar tadi telah datang kepadaku Jibrail a.s dan beliau membaca 3 doa, lalu kuaminkan.

Jibrail berkatalah maka celakalah 3 golongan ini,..

1. orang yang apabila dibacakan selawat ke atasku, tetapi dia tidak menjawabnya, (saw),.. maka aku berkata , “amin”,..

2. orang yang mempunyai kedua orang tuanya yang masih hidup tetapi dia tidak berbakti terhadap mereka,.. maku aku berkata ” amin”..

3. orang yang sempat melalui Ramadhan, tetapi ALLAH berlalunya ramadhan itu sedangkan tidak terampun dosa-dosanya,.. maka aku berkata “amin”,..

masyaallah,.. ini doa Jibrail dan yang mengaminkannya adalah Rasulullah,.. bagaimana ALLAH tidak memperkenankannya?

lalu di mana kita?

nauzubillahi min zalik daripada kita termasuk dalam golongan orang yang celaka dan tersangat rugi,..

nah,.. sekarang Ramadhan hanya tinggal kurang dari sepertiganya lagi,.. bagaimana kualiti amalan kita?

di mana tahap iman kita?

di mana redho kita?

sewaktu syaitan diarahkan ALLAH agar sujud kepada Adam a.s,..

syaitan durjana berkata, bagaimana aku mampu sujud kepadanya, sedang ENGKAU memperbuat dirinya dari tanah yang hina, dan aku dari api,..

syaitan merasa ujub, angkuh, takabbur dan bongkak,..

dia tidak nampak siapa yang menyuruhnya sujud, tetapi dia nampak kepada siapa dia kena sujud,..

lalu murka ALLAH miliknya dan neraka jahanam tempat kembalinya,..

adakah itu yang berlaku kepada kita?

kita nampak perkara yang berlaku kepada kita, begini dan begitu, tetapi kita tidak nampak dan lupa SIAPA yang mengizinkan perkara itu berlaku,..

kita tidak yaqin bahawa tiada kuasa melainkan kuasaNYA,..

hati kita hitam dari nampak ALLAH, nauzubillah,.

lalu kita berkeluh kesah dan menderita,..

suami aku tak balik malam, ..

suami aku kaki perempuan,..

suami aku nak kahwin lagi,..

suami aku mungkir janji,..

suami aku ini,..

suami aku itu,..

tetapi kita tidak nampak SIAPA yang mengizinkan pilihan suami itu terjadi dan berlaku,..

lalu kita gelar kita muslimah ? (solehah jauhlah lagi),..

apapun pilihan orang atas kita, segalanya dengan izin ALLAH,..

bukan bermakna tiada balasan dariNYA, …

tetap akan terlaksana, buat baik balasan baik, buat jahat balasan jahat,.. walau sebesar zarah, walau di dalam hati sanubari,..

lalu … mengapa masih berkeluh kesah?

kisah syaitan durjana jadikan teladan,..

jangan kita menurut langkahnya,..

Ramadhan yang mulia yang masih bersisa ini, jadikan medan  titik perubahan, ampunan ALLAH pastikan jaid milik kita,..

insyaallah,..

One thought on “Teladan dari kisah engkarnya syaitan durjana

  1. Dunia di Akhir zaman ini dah terbalik… bukan sahaja si isteri menanggung penderitaan seperti di atas tapi ramai para suami juga menanggung penderitaan tersebut… Jadi marilah kita kembali kepada Nya yang mana tiada apa yang berlaku melainkan semuanya didalam pengetahuan dan keizinan dari Allah SWT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s