Lidah oh lidah,…


Tanpa lidah kita tidak mampu merasa nikmatnya makanan, manis dan pahit masakan, serta kelazatan minuman. Lidah yang satu banyak sekali kebaikan dan manfaatnya.

  namun, malangnya kerana lidah juga manusia itu binasa.

Rasulallah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

أَكْثَرُ خَطَايَا إِبْنِ آدَمَ فِي لِسَانِهِ

“(kebanyakan kesalahan anak Adam ialah pada lidahnya)”.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ

“Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk keridhaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkannya beberapa derajat. Dan sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk kemurkaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu dia terjungkal di dalam neraka Jahannam”. [HR al-Bukhâri, no. 6478].

Dengan lidah kita bersyukur, dengan lidah juga kita mengingkari nikmat dan nikmat yang paling banyak diingkari oleh seorang isteri ialah nikmat suaminya.

‘Tidak memandang ALLAH dengan pandangan rahmat pada wanita yang tidak mensyukuri nikmat suaminya”.

Alangkah sedihnya jika kita masuk neraka kerana lidah. sedang sepatutnya lidah itu yang membawa kita ke syurgaNya.

jiwa yang sentiasa berkeluh kesah , yang sentiasa nampak dirinya adalah mangsa, yang sentiasa merasakan bahawa suaminya tidka patut melakukannya begini dan begitu, akan sentiasa menggunakan lidah untuk memberitahu, mengomel, memberi komen, menyindir, memerli , memarahi, menyatakan ketidakpuasan hati , malah bertengkar dan menjawab-jawab suaminya, .. dia akan merasionalkan perbuatan dirinya itu sebagai ‘ jika tidak beritahu, bagaimana dia mahu tahu apa yang aku suka dna apa yang aku benci,.. lalu bagaimana dia mahu berubah dan jika dia tidka berubah , bagaimana aku mahu bahagia?’… sedang bila telah diberitahu akan satu hal, timbul hal lain pula yang menjadi isu,.. dan begitulah seterusnya,.. tidak akan habis-habis,..

bertambah malang apabila sangkanya perbuatannya itu menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga walhal itulah kunci neraka,..

lidah,..

sabda junjungan mulia yang tercinta seterusnya,..

“hendaklah berkata yang baik, ataupun diam’..

jika apa yang hendak kita keluarkan dari  mulut kita, apa yang hendak kita ucapkan dengan lidah kita itu hanya keluh kesah, adu domba , ghibah (umpat), rasa tidak puas hati itu ini, meyatakan benci, amarah dan dengki serta cemburu dan dendam kesumat, maka lebih baik kita diam,..

jika turutkan juga, maka binasalah kita,..

‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’,..

‘kerana pulut, santan binasa,

kerana mulut, badan binasa’,..

“Dari Sufyan bin ‘Abdullah ats-Tsaqafi, ia berkata: “Aku berkata, wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!” Beliau menjawab: “Katakanlah, ‘Rabbku adalah Allah’, lalu istiqomahlah”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khawatirkan atasku?”. Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda: “Ini”.[6]

sabda rasul lagi,..

“Barang siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, niscaya aku menjamin surga baginya”

sesungguhnya selamatkanlah diri kita dari bencana lidah,.. terutama terhadap suami kita sendiri,..

2 thoughts on “Lidah oh lidah,…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s