yaqin


apa maksud yaqin akan kewujudan ALLAH swt?

yaqin bahawa DIA lah TUHAN , DIA lah RABB alam ini…

yaqin bahawa kita pasti akan kembali kepadaNYA pada suatu hati nanti,…

bukanlah yaqin namanya jika kita  masih mempersoalkan kenapa begini dan begitu jadinya nasib kita,..

tidak dipanggil yaqin lagi sekiranya kita masih tidak mampu nampak bahawa qada dan qadar yang kita lalui sekarang ini adalah dariNYA dengan sebab – sebab tertentu dan hikmah- hikmah tertentu yang menjadi rahsiaNYA, mungkin dibukanya pada pandangan hati kita, mungkin tidak,..

belum masuk istilah yaqin lagi kita ini, jika kita masih tidak boleh menerima keadaan diri kita, keadaan rumah tangga kita, keadaan suami begini atau begitu, …

belum dipanggil yaqin lagi hati kita, jika kita masih berendam air mata, masih mau masa berundur ke belakang, mahu keadaan kembali ‘asal’ , masih mahu qada dan qadar kita seperti suatu ketika dulu,…

bagaimana mahu dikatakan yang kita yaqin dengan ALLAH swt, sedang kita tidak boleh redho dengan keadaan diri kita, walau  kita kata kita ini hamba, dan DIA Tuhan kita,..

lalu jika belum ke tahap yaqin kita, ini, di mana kita di sisi ALLAH?

masyaallah.

banyaklah beristighfar kepadaNYA di bulan yang penuh barakah ini, muga diampuniNYA kita,…

banyaklah doa di bulan yang mulia ini  agar dipenuhi NYA dada kita dengan kekuatan YAQIN kepadaNYA seratus peratus..

agar kita mampu nampak bahawa semua yang berlaku pada kita adalah dariNYA dan kita redho sepenuhnya serta berserah diri secara total kepadaNYA kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui akan segala hal, dan DIA tidak pernah menzalimi hambaNYA,..

  Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s