Mata hati


melihat kejadian alam dan fenomena dunia serta ragam manusia menggunakan basheeroh sahajalah yang mampu membawa kita kepada ALLAH dan memberi kekuatan menujuNYA.

basheeroh, melihat dengan mata hati.

melihat pepohon yang melambai, dedaun yang berguguran, bunga yang menguntum mekar, padi yang menguning, langit yang membiru, lautan yang saujana mata memandang, desiran pantai, hempasan ombak, semua membawa hati kita kepada kebesaran ALLAH andai kita melihat dengan mata hati.

Rabiatul Adawiyah, beliau boleh mendengar zikir alam , zikir batuan, beburung yang berkepak terbang di langit , angin yang bertiup, hembusan bayu, zikir gunung ganang, pepohonan , sungai dan laut kerana beliau melihat dan mendengar dengan mata hati.

pabila kita menggunakan mata hati, maka kita akan nampak yang tersirat daripada yang tersurat. nampak semuanya datang dari ALLAH dan kembali kepadaNYA.

hati tidak akan gundah gulana dan jiwa akan damai dan tenang.

untuk mendapat ketenangan dan nampak kebesaran ALLAH, kena tawajuh.

untuk mendapat kekuatan tawajuh dan tafakur, mesti banyak mengenang kebesaran ALLAH.

untuk nampak ALLAH, kena ada basheeroh, pandangan mata hati,..

untuk mendapat pandangan mata hati, kena banyak syukur.

untuk mendapat rasa bersyukur, kena sebut pada mulut dan rasa pada hati.

syukur aku ada ini dan itu. syukur aku begini dan begitu. syukur atas semua perkara walau yang kita rasa perit. sebut apa yang kita syukur itu dengan lidah. ucapkan dengan perkataan. rasakan dalam hati. dengarkan pada telinga.

kena banyakkan doa agar ALLAH beri kekuatan untuk bersyukur.

syukur adalah kunci basheeroh.

basheeroh adalah kunci tawajuh.

tawajuh adalah kunci ketenangan .

ketenangan adalah kunci redho.

muga bila kita redho dengan ALLAH, ALLAH akan redho pula pada kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s