Ramadhan yang di kasihi dan dinanti


Ramadhan yang mulia datang lagi. Ramadhan anugerah ALLAH untuk kekasihnya Muhamad dan umat baginda.

tatkala mana umat nabi lain mampu beribadah lama kerana faktor usia mereka yang panjang mencecah ratusan dan ribuan tahun, kita ALLAH mudahkan kehidupan dan pemakaian dengan menjadikan tubuh kita kecil dan umur kita pendek.

namun atas kerisauan baginda , junjungan kita yang mulia, akan bagaimana umatnya mampu bersaing ibadahnya berbanding umat terdahulu yang punya ribuan hari untuk beribadah , maka ALLAH utuskan malaikat jibrail memberitahu akan berita gembira hakikat kemuliaan Ramadhan Al mubarak yang bersama dengannya, datang dengan Rahmat , maghfirah dan pembebasan dari nar. serta bersama dengan ramadhan juga hadhir lailatul qadar . seumpama beribadah seribu bulan. hampir 84 tahun. jika lailatul qadar milik kita 10 tahun, sudah 840 tahun, jika lebih?

begitulah kasih sayang anugerah NYA. ucapkan syukur dan rebutlah setiap malam dalam ramadhan bukan semata lailatul qadar. muga dengan sebulan kita membersihkan diri memberi kekuatan dan membuka jalan untuk sebelas bulan selebihnya, menjadi hambaNYA yang sebenar . penuh taqwa dan beriman.

bebas dari keluh kesah dan merasa derita atas qada dan qadarNYA.

menyerah diri sepenuhnya kepadaNYA dan redho atas anugerahNYA kepada kita, walau apa sekalipun. insyaallah.

AHALAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK.

One thought on “Ramadhan yang di kasihi dan dinanti

  1. Alhamdullillah…tak sabar menunggu kehadiran Ramadhan… semoga semua amalan kita di terima oleh Alllah S.W.T…. aminnn…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s