kekuatan sabar dan redho dalam merawat emosi dan diri


ramai sungguh antara kita yang tidak punya kekuatan dalaman untuk mampu tabah dan bahagia dalam kehidupan.

kehidupan antara kita pelbagai corak dan ragam ceritanya, semuanya penuh dengan ujian, ranjau dan belukar hidup masing-masing, tiada yang tidak bermasalah dan tidak diuji ALLAH. kerana dengan ujian inilah ALLAH mengenal pasti yang mana hambaNYA yang menerima semua taqdir dan ketentuan yang telah diatur olehNYA dengan sabar dan redho, yang menerimanya bulat-bulat dan menyerah diri seratus peratus kepadaNYA dan yang mana tidak.

dengan ujian inilah ALLAH mengetahui yang mana satu hambaNYA dan yang mana satu yang berlagak tuan .

dengan ujian inilah ALLAH menentuukur tahap keimanan semua makhluk ciptaanNYA yang dipanggil khalifah ALLAH.

dengan ujian jugalah yang menentukan sama ada kita lulus dan berbahagia dalam syurgaNYA atau kita akan dicampak ke dalam neraka jahanam.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

setiap detik dalam hidup kita akan dihisab dan ditimbang , apa sahaja yang kita buat, yang kita niatkan dan yang kita bicarakan dalam hati kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dibalas ALLAH.

apabila kita tidak mampu nampak ALLAH dan sentiasa berkeluh kesah, sentiasa memberi alasan dan asbab , mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip sabar dan redho , maka sebenarnya kita makin jauh dari ALLAH. masalah kita makin besar dan penyakit kita makin kronik.

apabila kita bersikap sinikal, sinis dan prejudis, kita sebenarnya membentuk dan membajai sifat buruk kita.

bilamana kita sentiasa nampak yang ketidakaturan hidup kita, kesengsaraan diri kita, kebosanan jiwa kita, kesunyian naluri kita, kekosongan hati kita, pokoknya semua yang tidak betul dalam hidup kita adalah salah orang lain,  sentiasa berada di atas bahu orang lain, maka kita akan terus terbelenggu dengan masalah yang tidak akan pernah putus kunjung tiba, satu persatu akan terus menimpa kita, kitalah yang menghidupkan sentiasa pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga , malah kita akan  terusan ditimpa tangga demi tangga.

peranan kekuatan sabar dan redho dalam hidup sangat besar, sebenarnya.

bila mana kita mampu bersabar dan boleh redho seikhlas hati, sepenuhnya, seratus peratus, inilah sebenarnya perawat musibah yang sejati.

apa sahaja yang berlaku kepada kita, kita boleh sabar seratus peratus, apa sahaja yang dilakukan orang atas kita kita mampu redho seratus peratus, maka inilah penawar musibah yang sebenarnya.

nafas yang kita tarik, udara yang kita bawa masuk  dalam diri kita nantinya , akan terus menyegarkan dan memberi ketenangan abadi.

kita tidak gundah gulana, kita tidak berkeluh kesah , kerana ALLAH bersama-sama kita.

bukankah janji ALLAH, “sesungguhnya AKU bersama- sama dengan orang yang sabar “?

bukankah kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah kerana dosa kita sendiri,..

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)

namun Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

kita kena nampak bahawa semua yang berlaku kepada kita adalah dari ALLAH tetapi atas perbuatan kita sendiri,…

maka sabar dan redholah sepatutnya yang kita jadikan pakaian dan alat untuk merawat musibah ini…

bersabar atas semuanya dan redho atas segalanya,…

insyallah.

bilamana kekuatan untuk sabar dan redho ini tidak mampu kita masukkan , maka ikhtiarlah merawat diri , insyaallah. muga ALLAH mudahkan.

10 thoughts on “kekuatan sabar dan redho dalam merawat emosi dan diri

  1. As-Salam.. Saya nak bertanya, rawatan ni untuk rawat diri sendiri pun boleh ye? Contoh macam saya, kalau bersedih dengan satu2 hal, kesedihan saya akan drag sampai 2-3 hari.. Terlalu bersedih je.. Lepas tu baru terfikir yang terlalu banyak nikmat yang Allah bagi tapi disebabkan satu hal, saya terus bersedih sampai senyum pun tak boleh. Macam tu pun boleh dirawat ke? Terima kasih.

    1. ya boleh, insyaallah. rawatan adalah ikhtiar untuk menaikkan kekuatan rohani dan jasad, kekuatan dalaman , semuga kita menjadi hamba yang nampak ALLAH. sabar dan redho. bebas dari penyakit jasad dan penyakit rohani serta bebas dari gangguan makhluk atau emosi. rawatan adalah usaha kita menuju ALLAH dan sebagai satu tarbiah berterusan untuk kekal di jalanNYA. insyaallah.

      awak mudah bersedih kerana organ emosi tiada kekuatan dan kekuatan mental untuk bounce back lemah. rawatan adalah ikhtiar untuk menguatkan organ dan menaikkan kekuatan mental sehingga umpatan , kejian dan pujian tidak memberi kesan kepada kita kerana kita tahu semuanya adalah dari ALLAH.

  2. kak intan, kita pernah berjumpa cuma saya belum dapat buat rawatan kerana menantikan masa dan kewangan yang stabil (InsyAllah).saya cuba melawan perasaan takut dan gementar serta rendah diri/kurang yakin yang agak kuat dalam diri ini yang kadangkala saya berjaya sembunyikan/atasi dengan kepayahan menahan perasaan tersebut. Sebolehnya saya tidak mahu ia dikesan oleh orang lain – untuk mengelakkan perasaan tersebut menjadi penghalang kepada saya. InsyaAllah selagi terdaya, saya cuba amalkan tips dan cara yang saya sendiri perolehi hasil dari eksperimentasi sifat dan emosi sepanjang pergaulan dengan semua orang selama ini (menerusi ilham dari Allah jua). Doakan saya berjaya mengatasi masalah ini. TK

  3. Puan Intan,

    Terima kasih atas artikel yang sangat bertepatan dengan jiwa dan keadaan saya sekarang. Saya telah dimadukan baru-baru ini setelah hampir 16 tahun berkahwin. Madu saya orang seberang dan muda 17 tahun dari saya dan suami. Masalah nya sekarang..walaupun hati saya berkata yang saya redho dengan ketentuan Allah tetapi adakalanya saya menangisi nasib malang yang menimpa saya dan saya akan rasa down sesangat. Bila dalam keadaan begini, saya terus ambil wudhu dan buat solat taubat, hajat dan tahujjud utk menenangkan jiwa saya. Tetapi sampai saat ini, saya tidak boleh menerima keadaan hidup bermadu dan perasaan sakit hati, terluka, benci, dendam dan cemburu masih menghantui diri saya dan emosi saya. Tolonglah saya, Puan!

  4. puan,

    Sy ada masalah dgn seorg lelaki ni. sebelum ni dia tak bersikap sebegini. sejak akhir-akhir ni dia senyap tak msj dan cal sy. kadang2 tu sampai 2 3 hari senyap pas dari tu barulah dia cal dan msj sy semula.sikapnya sy begitu terasa dan sedih sebab bila dia susah tak de duit barulah dia cari sy..tapi bila dia senang dia meyepikan diri. adakah dia anggap sy ni mcm sampah. buang bila tak di perlukan lagi dan kutip semula bila dia rasa dia perlukan saya..knp dia layan sy mcm tu..bantulah sy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s