JATUHNYA ROHANI


Kekuatan rohani adalah tunggak kekuatan keimanan dan kekuatan dalaman.

malangnya dalam akhir zaman ini, kekuatan rohani mudah sekali hilang dari pegangan kita. kesannya sangat besar pada keimanan.

kita jauh dari ALLAH, mudah tak rasa endah akan hal akhirat. rasa tak takut melakukan dosa. rasa mati lambat lagi. tidak ada keinginan untuk melakukan ibadah . suka dan tak kisah melewatkan solat.

rasa tak apa melihat kemungkaran dan maksiat di hadapan mata. tidak ada malu untuk berpakaian tidak meutup aurat. tidak terpanggil menasihati anak dara kita untuk menutup aurat. tidak rasa sedih bila beristighfar.

tidak ada keinginan untuk menambah ilmu. mudah terpengaruh dengan bisikan buruk dan negatif. mudah sekali nampak salah orang. selalu sahaja merasa dirinya betul. sukar sekali menerima pendapat orang lain,..

suka sekali berdebat dan bertikam lidah. mudah rasa tidak puas hati. mudah berkeluh kesah.

ini semua adalah sebahagian kesan daripada hilangnya iman dan jatuhnya rohani.

untuk menaikkan kembali kekuatan rohani kena banyak mengenal ALLAH dan membincangkan kehebatan ALLAH.

baru kita nampak dunia ini hanya sementara.

rasa tidak puas hati?

ini adalah tanda kita tidak nampak ALLAH dan faktor utama kekuatan rohani jatuh.

kena lawan dan tekan rasa tidak puas hati dengan menambah kebaikan kita beri kepada orang yang kita rasa tidak puas hati itu. banyakkan doa untuk diberi kekuatan agar kita mampu redho atas semua perbuatannya, mampu memaafkan dan mampu masukkan rasa taqwa, nampak ALLAH, ohh dengan izin ALLAH jua segalanya berlaku, lalu kita berserah kepadaNYA secara total dan menyeluruh.

insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s