Hasbi ALLAH


Di mana kah letaknya ALLAH dalam hati kita?

bolehkah kita nampak bahawa segala yang berlaku pada kita adalah dari ALLAH atau kita masih nampak kekuatan manusia di dalamnya?

ALLAH memberi pilihan pada semua insan untuk memilih jalan kebenaran atau jalan kefasikan.

jalan kebenaran itu jelas tetapi penuh duri dan ranjau, perit dan pedih, tetapi bila kita melakukan penyerahan total kepada ALLAH dengan tawajuh dan ikhlas keranaNYA, akan masuk ketenangan sejati yang kekal, walau hidup kita sentiasa diuji dengan kepayahan yang tinggi pun, namun hati kita kekal bahagia.

jalan kefasikan itu pula, banyak dan mudah, penuh nikmat dunia dan senang memilihnya tetapi kita akan makin jauh dari ALLAH.

akhirnya , walau kekadang duit banyak melimpah tetapi ketenangan bukan milik kita, kebahagiaan jauh dari kita. dari luaran orang nampak macam kita bahagia tetapi hakikat sebenar jiwa kita kosong dan kita sering merasa kesepian , walau kita dikelilingi rakan dan teman.

kenapa? sebab kita tak nampak ALLAH dan kita tidak  merasa cukup dengan hanya ALLAH dalam jiwa kita.

kita lebih nampak dunia dan kita tak mampu nak kembali kepadaNYA.

banyaklah doa agar ALLAH lah yang kita cari dan DIA lah segalanya pada kita.

insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s