kita dan masa


masihkah kita rasa bahawa kita punya waktu?

untuk kita bersuka ria,..

menonton rancangan bergelak ketawa sehingga hitam hati , kerna sesungguhnya lagi banyaknya ketawa seseorang, maka lagi bertambahlah titik hitam di hatinya,..

masihkah kita fikir bahawa kita punya waktu?

untuk kita tidak bersungguh dengan solat kita?

tidak khusyuk dalam solat, melewat-lewatkan solat, dan pandang enteng akan solat?

masihkah kita fikir bahawa kita punya waktu?

untuk memandang mudah pencarian bekal kita di alam abadi sana?

memandang penting akan harta dunia?

memandang besar akan kasih dan layanan manusia?

memandang serius akan fitnah dan layanan buruk orang?

masihkah kita fikir bahawa kita punya waktu?

untuk mengumpat keji orang lain?

untuk memandang rendah pada orang lain?

masihkah kita fikir bahawa kita punya waktu?

untuk hidup sesuka hati kita?

untuk merasa berhak marah dan merasa tidak puas hati pada orang lain? pada suami, pada anak, pada mertua, pada semua?

masihkah kita fikir bahawa kita punya waktu?

untuk tidak  mengamalkan sunnah nabi kita yang tercinta ?

sedang baginda sentiasa merisaukan kita, merisaukan keadaan kita,.. bagaimana kita di akhir zaman ini?

RASULULLAH , JUNJUNGAN TERCINTA, KEKASIH ALLAH SWT. berdoalah agar kita menjadi umatnya yang bertaqwa dan solehaha. mati kita dalam iman. bangkitnya kita nanti di akhirat dengan iman. dan kita dikumpulkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s