kasih haram, percintaan isteri orang dengan suami orang.


kasih dan cinta ini memang benar anugerah ALLAH tetapi tetap menjadi pilihan kita untuk meletakkannya di mana.

andai kita telah punya suami, telah punya isteri tetapi kita tidak kasih kepada suami kita, kepada isteri kita sebaliknya kasih kita kita beri kepada suami orang atau kepada isteri orang, maka itu adalah kasih yang haram statusnya.

jika berkasih dengan suami orang yang sudah jelas akan mengambil kita sebagai isteri seterusnya dia , mungkin dibolehkan tetapi  itu, andai jika kita itu bujangan tetapi bagaimana jika kita sebenarnya adalah seorang isteri, apatah lagi jika telah punya anak? bukankah hukumnya haram dan murka ALLAH sahaja yang kita akan dapat , bukannya cinta dan kebahagiaan sejati..

saya kata begini, kerana ada banyak kes yang datang pada saya, masalahnya adalah isteri orang bercinta dengan lelaki lain, selalunya suami orang, atas alasan suaminya sekarang bukan cinta sejati, tidak pandai membelai, kasar dan melayannya seperti hamba abdi.

lalu, atas alasan penderitaan , batin dan zahir, maka dia telah jatuh cinta dengan suami orang lain yang lebih pandai melayannya, lebih romantik, prihatin, mengambil berat dan bagai,..

bila telah bercinta haram ini, maka ketahuilah , syaitan lah sebenarnya core penguat kasih, yang memasukkan rasa asyik masyhuk , rasa indah , rasa tidak mampu melupakan , rasa tidak senang duduk andai tidak berjumpa atau mendengar suara, dan bagai,..

mereka dibuai dengan keindahan alam percintaan yang pada mereka inilah kebahagiaan hidup , walau hati tahu ia salah, tapi diri tiada kekuatan untuk memutuskan hubungan.

maka, teruslah dalam kemungkaran ALLAH,.

 

kita lupa sabda rasulullah tercinta,

‘andai kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa’…

kita lupa bahawa hidup ini hanya sementara.

kita lupa bahawa kita hanya mencari perbekalan di dunia yang fana ini buat hidup di dunia yang kekal abadi nanti,

kita lupa bahawa kita hanya hamba.

kita lupa bahawa setiap apa yang ada dalam hati kita akan dihisab ALLAH  nantinya,

kita lupa walau sebesar zarahpun perbuatan kita , tetap akan ada pencatitnya,

kita lupa setiap zarahpun amalan kita, akan diberi balasan setimpal,

kita lupa akan azab seksa neraka,

kita lupa akan kepanasan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,

kita lupa bahawa penghuni neraka itu 2/3     nya adalah wanita,.. masyaallah,

kita ingat yang kita akan hidup lebih lama lagi,

kita ingat yang kita akan sempat bertaubat nantinya,

kita ingat yang dunia inilah segalanya.

kita ingat suami kita akan maafkan kita dengan mudah,

kita ingat ALLAH akan mengampunkan kita kerana sifat PengampunNYA itu besar,..

lalu kita teruslah dalam keadaan kita.

nak bertaubat?

mahu, tapi hati tak mampu melupakan kasih haram.

jadi bagaimana penyelesaiannya?

tetap kena berubah dan berhenti.

masih tak mampu?

kena minta bantuan orang yang boleh bantu.

begitu juga dengan orang sekeliling,… orang yang sedar perlu melakukan sesuatu.

tidak boleh orang yang tahu tetapi bersubahat mendiamkan sahaja.

dosa bersubahat tetap milik nya.

beritahu pada suaminya, beritahu pada orang yang mampu menasihatkannya,..

apatah lagi jika suaminya sendiri sedar akan kecurangan isteri, jika tidak melakukan sesuatu, bimbang masuk dalam golongan suami yang dayus, .. masyaallah,.. kerana suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga pun apatah lagi untuk memasukinya,..

bantulah  merawat dirinya, minta bantuan rawatan dari orang yang boleh merawat, agar dia kembali ke jalan ALLAH.

ketahuilah betapa besarnya pahala orang yang membawa orang lain ke jalan ALLAH dengan ikhtiarnya.

namun, untuk ikhtiar mendapat kekuatan tidaklah boleh dilakukan sesuatu itu kerana mahukan balasan baik dari ALLAH, sebaliknya ikhtiar yang kita usahakan itu, kita lakukan hanya kerana keikhlasan kita kerana ALLAH swt semata-mata jua. insyaallah.

‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari azab neraka ALLAH’…

 

30 thoughts on “kasih haram, percintaan isteri orang dengan suami orang.

  1. Masalah ini dah jadi macam trend… ramai isteri yg lupa akan t/jawapnya… Si suami ditikam drp blkg tanpa diketahui…

    1. mungkin suami juga perlu muhasabah diri, kerana dia yang akan dipersoal akan tanggung jawabnya nanti dalam mendidik isteri di hadapan ALLAH dan suami juga yang boleh dihumban masuk ke dalam neraka kerana kegagalan mendidik isteri, anak dan dirinya sendiri menuju ALLAH. anak dan isteri sebenarnya adalah cerminan peribadi suami itu sendiri,.. kekadang suami lupa sikap berlemah lembut dan romantik penuh kasih sayang itu mampu merubah isteri yang keras hatinya sekalipun untuk berubah menjadi isteri yang solehah. banyaklah berdoa dan beristighfar dari memikirkan bahawa dirinya adalah mangsa kerana mungkin suami itulah titik punca isterinya curang.

      1. Ya Allah sempena bulan ramadhan bulan yang penuh berkat ini aku ingin bertaubat nasuha…ya Allah bantulah aku…aku tak mampu untuk melawan nafsu dari terus menyintai dia….aku isteri orang yang bercinta dengan suami orang… Ya Allah jahilnya aku….

    2. Rasa bimbang melihat luahan luahan ini. Ada yang suami tiada salah silap pun, isteri masih juga beralasan untuk curang

  2. Salam Anisa… Saya doakan awak akan dapat kembali ke pangkuan suami awak… Cuma mungkin awk boleh kongsi bersama mengapakah perasaan ini boleh terjadi??? Adakah salah di pihak suami atau pun bagaimana?

  3. salam…
    sy juga seperti anisa….ingin meninggalkan cinta haram….persahabatan sbgai kwn biasa…kerana kerja kami jd rapat.. mula mcm adik bradik…saling sama membantu….tanpa ade perasaan apa pun…..selama 8thn…thn ke 9 tertulis kami membongkar rahsia rmhtgga msg2 yg sebelum itu kami msg2 sembunyikan seolah2 rmtgga xde masalah ape pun.

    tiada salah suami sy, tiada salah isteri dia….tiada manusia yg sempurna…kami mahupun psgn masing2 takkan mampu utk sempurna…tp kerna kerja dan kerjaya kami…kami saling melengkapkan ape yg psgn sah kami tak miliki,,,,kami berimpian bersama utk ade perniagaan bersma yg akan saling mengukuhkan ekonomi rmhtgga masing2….kami sdg melaksanakan impian tu…..aq yakin Allah akan balas ape yg tak baik..namun Allah Maha Pengasih….Dia juga tidak akan lepas pandang dgn kebaikan yg dia mahupun aq prnh lakukan…..ape pun pengorbanan…aq hy menghrp balasan Allah…

    kami telah saling mengaku yg kami mmg suka dan jatuh hati …kini menjangkau 3thn kami declare kamilah kasih, kami biz patner, sahabat, teman rapat susah dan senang….tp kami msh tau batas…dan tak mau ade sesiapa antara berempat yg terluka. hubungan sy suami isteri dan dia suami isteri mmg baik…kami boleh berkumpul bersma dua keluarga….namun hanya sy dan dia yg tau TENTANG RASA ……dan hy Allah yg akan tau ape penghujungnya>>>>>>>>>wallahualam

    1. sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui dan hisab ALLAh di akhirat nanti termasuk semuanya, apa yang di dalam hati dan apa yang kita lakukan,.. takutlah padanya tentang sesuatu yang tidak kita ketahui

    2. suami ku tidak dapat memberi nafkah berlanja hidup selama hamir 5 tahun. rakan lama ku datang semula dalam hidupku, kami berhubung dan aku telah mencurah masaalh hidup ku kini. Rakan ku ini begitu simpati pada ku, bersedia simpati dan menerima ku jika apahal yang akan berlaku. inilah yang membuatkan aku bingung terus seperti bercinta dengan suami orang.

      1. suami memang tidak mampu untuk beri nafkah atas kesulitan kewangan. lalu Allah beri laluan pada awak untuk berbakti , pahala ada dengan syarat ikhlas kerana Allah, bila timbul ketidakikhlasan kena bagitahu suami. namun , walau apapun bercinta dengan lelaki lain walaupun bujang adalah haram.

      2. dengan aku pun boleh nafkah apa yang tak diberi zahir ke batin kalau batin aku pun boleh bagi dah besar panjang……

    3. Saya juga sama berada dalam situasi yg sana. Kami saling memerlukan. Tidak mengharapkan apa2 dlm hubungan cuma perlu sentiasa berdamping. Saling menyayangi dan memelihara hubungan kami agar tidak melukai pasangan masing2. Adakah ini normal.. dia tak sanggup berpisah dan begitu juga saya..kami manusia biasa.. tak tahu sampai bila akan begini..

      1. Tidak normal dan ianya haram. Dunia hanya sementara. Akhirat selamanya. Peliharalah akhirat dengan memelihara dunia. Hawa nafsu dan syaitanlah musuh besar dan nyata manusia apatah lagi jika kita menurutinya.

        Alangkah baiknya jika kita tidak mengharapkan apa2 selain ALLAH dan sangat menjaga supaya ALLAH tidak murka serta amat mencintaiNya kerana hanya kasih ALLAH, kasih sejati dan abadi. Kekasih awal dan akhir.

  4. Tiada alasan utk bermaksiat dan curang…minta cerai atau fasakh dr suami yg tk bertanggungjwb dan brkahwin lg tanpa perlu berdosa besar utk mencari alasan ke neraka…jika anda benar sebenarnya. Iblis juga memberikan alasan utk ingkar perintah Allah, si jahat pandai beralasan, bila kena btg hidung sendiri macamana?

  5. kadang kala isteri terlalu lama memendam rasa dengan sikap suami…tak semua isteri sengaja curang..bila hati terlalu terluka,kecewa sikap suami.maybe…kita tak tahu masaalah peribadi rumah tangga org lain..memang hati wanita lembut…sebab itu wanita boleh bertahan,…. sabar.tak salah jika seorang isteri berubah hati kalau hatinya sering di sakiti…so…para suami yang ingin rumah tangga bahagia perbetulkanlah sikap anda pada isteri…kerana pengorbanaan seorang isteri besar..sangup bertarung nyawa melahirkan zuriat dari mu…oleh itu hargailah isteri mu….isteri tak akan curang tanpa sebab.

    1. tidak salah jika tidak melanggar syariat. jika berada dalam maksiat, baik diri mahupun hati, maka murka ALLAH jauh lebih dahsyat dari rasa tidak puas hati isteri, astaghfirullah al azim. Allahu akbar.

  6. assalamualaikum….
    sya juga pernah mengalami situasi begini… biar sya bercerita kisah saya dahulu bkn utk membuka aib sendiri malah utk peringatan sesama kita… sya sangat buntu sekarang dan sya x tau nak buat mcm mana…
    dulu sya mengenali suami sya dan berkawan x sampai setahun kami telah berani berzina sehingga sya di dapati hamil… suami sya dahulu nya mau sya menggugurkan kandungan tersebut bermacam2 cara dia memberi sya mkn dan minum utk menggugurkan kandungan itu sehingga dia sanggup memberi duit kpd sya utk pergi ke klinik utk abortion tp sya ambil jgak duit tu tp sya bawa duit tu utk belanja utk bby dlm perut ni… jauh d hati sya… sya x nak gugurkan kandungan walaupun suami sya x nak kahwin dgn sya… bagi sya, dah buat dosa berzina nak buat dosa lagi utk gugurkan kandungan ttp suami sya masa tu x nak tgalkan sya… 7 bulan sya mengandung family sya telah mengetahui nya… ayah sya sgt kesal dgn sya kerana sya adalah anak harapan dlm keluarga sya… bila sya selamat melahirkan anak perempuan yg sgt comel sya amat kesali kesilapan sya yg lampau… selepas sya beranak bby sya berumur 1 bulan sya d suruh family sya bertunang dgn suami sya walau suami sya x mau…. 3 tahun kami bertunang kerana suami sya masa tu x nak berkahwin dahulu. dalam tempoh pertunangan tu banyak benda yg meluluhkan hati kerana perangai suami sya tp sya tetap bersabar…. bby girl sya kakak sulung sya ambil utk d jadikan anak angkat. sya siang harinya belajar pada malam harinya bekerja kerna kakak sya slalu bgtau yg sya dah bertunang dan x payah nak minta duit dr ayah lagi sbb dah bertunang dan sptutnya suami sya masa tu tunang sya mesti membelanja sya semua keperluan sya masa blajar. sya sabar dan buat je apa yg semampu sya buat slagi tulang empat sya masih kuat… sampai satu masa pertunangan kami putus d tgh jalan kerana salah faham… suami sya kuat cemburu dan slalu mengesaki sya waktu sya bekerja ataupun belajar… dalam tempoh sya putus tunang tu sya dapati bekas tunang sya iaitu suami sya sekarang sudah ada perempuan lain…. sya sgt cemburu kerana hati sgt meyayangi dan mencintai suami sya… 2 minggu hati sya sgt sedih sampai demam 3 minggu demam x baik2…. kita masih bersms dan call itu pun bertanya pasal bby girl sahaja… minggu ke 4 dr tarikh putus tunang sya pergi ke rumah family suami dan mmbawa bby girl sya sekali utk membuka rahsia yg d simpan oleh keluarga kami selama ini x mau bby girl diketahui oleh family suami… bila ayah suami tau…. ayah dia suruh kami melangsungkan perkahwinan secepat mungkin…. 2 bulan slps tu kami pun berkahwin… waktu mlm sblum akad nikah suami sya call sya ckp x payah dtg ke majlis akad nikah kerna dia x akan hadir sbb dia x nak kahwin…. dia d paksa juga oleh keluarga nya kerana family nya mau menutup malu kpd kami kerana dah membesar cucu sulung nya itu.. bila kami dah berkahwin perempuan yg dia bercinta masa kita putus tunang asyik ganggu kami walaupun kami sudah berkahwin… perempuan tu sungguh menggugat iman sya kerna selalu call sya cakap yg sya bakal d ceraikan oleh suami sya… kerna suami sya berjanji akan kembali kpd nya…. permulaan perkahwinan kami mmg x seindah seperti pasangan yg lain… bermula dr situ hati sya mula dah patah hati tapi sya tetap tabah kerana syg dan cinta sya… 4 tahun dalam tempoh perkahwinan kami… mcm2 dugaan utk sya sebagai isteri… dugaan di kasari, di curang, dan mcm2 lah lagi….sya dgn suami ada 2 org anak dlm perkahwinan kami ni… seorg bby girl tp meninggal dan sorg lagi bby boy alhamdulillah sihat sampai skrg… masuk tahun ke 5 tu sya bekerja d sebuah compny dan bekerja dgn banyak staff lelaki, perempuan cuma 2 org shj.. ada seorg lelaki ni sya benci sgt kerana selalu bersaing utk terbaik dlm compny ni… pada satu tahap sya pergi dinner company jd pd mlm tu sya dgn staff lain duduk satu meja… waktu tu lah dia tiba2 blh bercakap elok dgn sya… d tempat kerja dia slalu bergaduh dan x pernah bercakap elok2… mlm tu kita berdua duduk bersebelahan dan berborak… ada satu babak ni kita berdua je d meja tu yg lain semua sibuk dgn member2 lain… dia bertanya kat sya knpa kalau kat office, sya selalu ke dapur iaitu ruang mkn company utk menanggis… sya pun jwb itu bkn masalah die… lepas beberapa hari tu dia mula berani msg sya… x tau pulak dr mana dpt no sya… pda mula nya sya x layan msg kerna takut d ketahui suami sya cakap kat die kalau ada story x payah msg2 cakap kat office je cukup….dia slalu mengiringi sya ke dapur dan tya adakah sya ada masalah… die slalu bgtau sya kalau rasa nak lepas kan apa yg terbuku dlm hati tu biar luah kat die… tp sya x pnah bgtau masalah rumahtgga sya… cuma sya slalu bertya kpd die bgmana die memberi kasih syg die thdp isteri die.. die bkn sorg muslim tp byk tahu pasal agama kita… sya kagum dgn die walaupun die x ada agama tp die blh mnjd suami terbaik pd isterinya dan mengambil contoh agama islam dl hdup nya bila d tya knp x nak masuk islam dia ckp isterinya blum dpt terima… sya pernah berjumpa dgn isteri nya sya sgt cemburu knp org lain dpt apa yg sepatunya sya pun dpt jugak… sampai pada satu tahap syg sya dah beralih arah sehingga menjalin hubungan yg terlarang dgn die.. kami slalu bantu membantu wlau apa2 masalah pun… kami telah menjalinkan hbgn ni samapai d ketahui oleh suami sya… suami sya slalu pukul sya kerna msg die… pernah satu hari suami sya bgtau seluruh kelurga sya kerna sya ada lelaki lain… sya d marahi oleh ibu sya dan abg sya.. abg sya pun call die utk berjumpa dgn keluarga sya dan cerita kesemuanya… die pun dgn berani nya dtg menghadap keluarga sya… selesai maasalah itu… die sgt kecewa kerna dia x dpt buat apa2 nak ambil sya kerna sya adalah isteri org.. slps kejadian tu sya slalu d jadikan bahan melepas amarah suami jika suami sya teringatkan pasal die… sehingga die membuat kptsan utk berhenti kerja dan bekerja jauh dr sya… tp kami x dpt berjauhan dan masih berhubung… sya ingin membuang semua kisah sya dan die kerna sya slalu fikir yg sya x mau hati perempuan lain sakit seperti sya dahulu… tp sya sangat sedih kenapa sya d beri ujian seperti ini… die slalu mencari sya tp sya x pernah jawab call dan msg dr die lagi… sya nak lupakan die tp x boleh… sya sgt buntu…. sya ingat juga pd tiang agama.. mana haram dan halal… tp manusia x dpt lari dari kesilapan…. mohon bantu sya….

      1. salam…. terima kasih sgt2 kat puan intanrohaida…. sya sgt2 nak rawat diri sya…. nanti sya akan whatsapp puan….

  7. aku mghianati suamiku karna suamiku brulang kali mghianati aku,dsaat aku gundah itulah ahirny aku pun jtuh cinta pada suami org,,
    aku ingin mgahiri hbungan yg haram ini tp bgmn carany??aku mncintai suami orh yg tk mgkin kumiliki..
    aku jg bnci kpd suamiku yg slalu mghianati aku,keinginanku sederhana hnya ingin dcinta n mncinta dg tulus.tp seakan diriku ini tk brarti bgi suamiku krn dia sllu hianati aku,lalu aku hrs apa??aku mncintai suami org.maafkn aku teman krna aku mncintai suamimu,dan aku dhianati suamiku,,
    ilove you sudar…
    slmt tggal..
    bhgialah dg istrimu n trima ksh tuk smuany…

  8. Isteri tak akan curang tnpa sbb,aku juga mngalami mslah yg tak tetanggung.dia tdk mnyentuh aku sehingga bbrapa bulan. Tiada ucapan,belaian & mmbiarkan aku tidur berseorangan..
    sehingga aku jd benci pd suamiku. Dia tdk pndai mmbahagikan masa antara kerja,ank & isteri ..aku penah tfikir utk mngakhiri phubungan ini.
    Ak cuba terima dia seadanya tp dia terlalu dingin dgnku,ditnya sepatah dijwb sepatah..aku berusha utk mnjadi isteri n.ibu yg baik,aku dh cuba

    1. ALLAH juga tidak mengizimkan sesuatu perkara dilakukan tanpa izinNya. Bermaksud Sesuatu perkara terjadi dalam pengetahuan ALLAH swt. Dan ALLAH tudak pernah menzalimi hambaNya sebaliknya semua hal berlaku adalah tanda kasih ALLAH agar kita bermuhasabah diri sendiri

  9. Assalamualaikum..saya juga mengalami situasi yang sama..kami berkenalan di Masjid..dan saya saat pertama melihat dia saya terus merasakan satu perasaan yg luar biasa..lepas kami slalu berbincang dan membuat program2 masjid..kami menjadi semakin rapat dan akhirnya masing2 meluahkan perasaan jatuh cinta..hubungan dia dengan suami saya amat baik..sehingga tidak menampakan perhubungan kami..kami cuba untuk melupakan satu sama lain kerana takut melukakan hati pasangan2 kami tapi teramat sukar..saya tetap melakukan t’jawab sebagai seorang isteri,,tapi hati saya terlalu memikirkan dia..Saya hanya memohon kekuatan hati dari Allah s.w.t..dan tiada siapa yang boleh bantu saya dgn masalah dan dugaan yang saya terima ini..Saya tidak minta perasaan ini hadir dlm hati saya.tapi semakin nak melupakan semakin kuat perasaan rindu dan sayang saya pada dia

    1. Ujian terbesar manusia adalah dari manusia lainnya dan musuh terbesar manusia adalah syaitan. Yang sentiasa membisikkan dan menipu daya anak adam agar nampak dosa ITU indah. Maka benarlah Firman Allah bahawa merugilah orang2 yang mengotori jiwanya. Dan untunglah orang2 yang membersihkannya.

      Masuklah dalam golongan yg untung kerana dunia Ini hanya sementara

  10. Assalammualaikum Puan….
    Sy seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak. Telah berkahwin selama 13 tahun. Saya mempunyai masalah dalam rumahtangga. Suami saya mempunyai hubungan dengan isteri orang. Perkara ini baru 4 bulan berlaku. Mereka selalu berwasap dan telefon sehingga berjam jam. Kehidupan rumahtangga kami menjadi semakin tidak harmoni dan kerap bergaduh… Bagaimanakah saya ingin menyedarkan suami bahawa perbuatannya salah. Sekarang hati saya sentiasa tidak tenteram dan sedih dengan apa yang terjadi. Bantulah saya…

  11. tolong sy puan intanRohaida.. Sy syg isteri sy sgt2.. Sy mengaku sy abaikan die.. Sy xde mase ngn die.. Die memendam rase selama 4 tahun.. sy jarang tolong kerja rumah.. mandikan anak.. mase bersama die bawak berjalan tiada.. sy x sedar puan.. betol2 xsedar.. sekarang die benci sy.. die lgsung xde hati kt sy.. anak pn die makin jarak.. sy sekarang tengah betol2 berubah.. sy buat segalanya kt rumah nie.. sy suruh die jgn buat ape2 kt rumah nie biar sy buat semuanya termasuk anak.. Dalam mase tu sy x sedap hati, sy buat solat taubat, hari2 sy menagis mntak ampun kt Allah.. Sy rase rase x sedap hati sy betol mntak pertunjuk Allah.. last2 die kantoi bercinta dengan suami org kwn sy sendiri.. hancur luluh hati sy.. skrg die makin jarak dengan anak2.. Sy syg die sgt2.. Die mule mntak cerai.. Die keje 1 tmpt dgn laki 2.. Tolong la sy, sy x larat lg nk berendam air mata setiap hari.. die ckp die dah putus.. tp diorg tetap 1 tmpt keje.. Anak die suke marah2.. die jadi lain.. sy x tau nk buat ape lg skg.. kt rumah kene marah kalo ckp.. Ank pn sama.. tolong la sy puan.. x tau lg mcm mana..

    1. Ramai Lelaki dan Suami macam ni tapi semua agak susah kerana sesuatu yg melibatkan hati adalah musibah dari Allah. Kena Banyak istighfar dan doa dengan Allah. Jika mahu ikhtiar boleh buat rawatan. Inshaallah

  12. memang kebanyakan punca isteri curang sebab suami punya masalah. tapi tak wajar seorang isteri tu balas perbuatan suami tu dengan curang. kalau dah tak tahan hidup dengan suami, mintak la cerai ke, mengadu kat pejabat agama ke, dll. yang pergi pilih untuk berlaku curang tu buat pe? lagi merumitkan keadaan..

    1. untuk seorang isteri berlaku curang sebenarnya itu menunjukkan kekecewaan yang besar terhadap suami kerana jika isteri dalam ksih sayang suami maka dialah yang paling setia disisi suaminya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s