sifat baik dan tekan nafsu


sebenarnya untuk memiliki sifat baik, kita kena tekan nafsu.

 

semua orang melalui kehidupannya yang tersendiri, kita tak akan melalui kehidupan orang lain, jika kita lihat sesuatu musibah berlaku kepada orang, kekadang hati kita akan berkata, kalau ia berlaku kepada aku, maka aku akan buat begini dan begitu,..

tapi kita tak akan pernah melalui kehidupan orang itu kerana kita adalah kita dan dia adalah dia.

lalu, maksud menekan nafsu di sini adalah dalam kehidupan kita sendiri.

perhatikan kehidupan kita, dan ikhtiar untuk meresap dalam hati tawajuh pada ALLAH, jangan sesekali kata kepada orang, engkau bolehlah cakap macam tu sebab engkau tak berada di tempat aku, jika engkau ada di tempat aku, engkau pun akan buat yang sama ataupun entah-entah lebih teruk dari aku,..

ini adalah ayat escapism,..

ayat-ayat jenis ini bukanlah ayat penyelesai masaah tapi ayat yang memburukkan lagi sesuatu keadaan.

kerana itu pentingnya kita untuk memerhatikan qada dan qadar hidup kita sendiri,.. dan tawajuh kepada ALLAH. bila kita fokus kepada ALLAH, kita akan tenang dan ketenangan yang kita dapat ekoran dari sikap tawajuh itu adalah ketenangan sejati.

ketenangan yang membuahkan sifat baik dan menaikkan kekuatan rohani.

ada yang mengadu, suami mahu kahwin lagi, lalu hati menjadi sedih dan sayu, sebenarnya rasa sedih dan sayu itu lumrah alam, tetapi yang tidak menjadi lumrah adalah bila kita lama berada dalam kesedihan.. kesedihan sebegini adalah sumber racun utama yang menjatuhkan kekuatan antibodi tubuh dan seterusnya menarik penyakit dalam jasad. malah kesedihan yang lama juga membuatkan kekuatan dalaman kita hancur dan kekuatan rohani hilang. lalu kita menjadi sarang tempat syaitan melancarkan tipu dayanya.

kita duduk tafakur dan berfikir tentang ALLAH, nampak ALLAH. resapkan dalam hati rasa yang ALLAH itu maha berkuasa, kepadaNYA sahaja qada dan qadar hidup kita , kita serahkan,.. tahu bahwa ALLAH tak pernah menzalimi kita, sedar bahawa setiap qada dan qadar ALLAH adalah yang terbaik untuk kita, biar dia sebagai kafarah dosa, mahupun ia adalah ujian hidup, yang pasti setiap sesuatu itu adalah dengan izinNYA dan jika ia berlaku dengan izin ALLAH , maka sudah pasti ia yang terbaik, kerana ALLAH adalah sempurna, mana mungkin DIA cacat atau cela atau tersilap dalam aturanNYA.

tekan nafsu untuk sedih itu, cepat bangun dari kesedihan dan banyakkan mohon keampunan, mudah2an, dengan terampunnya dosa kita maka akan berubah qada dan qadar kita.

ubah diri ke arah kebaikan, jangan diulang kesilapan lalu, mudahan dengan berubahnya akhlak kita, maka akan berubah juga qada dan qadar hidup kita.

mengubah diri memerlukan usaha yang bersunggguh-sungguh , disiplin yang jitu dan masa yang berterusan,  serta yang paling penting , niat yang ikhlas kerana ALLAH, barulah ada kekuatan dalam usaha kita.

sentiasa panjatkan doa agar kita diberi kekuatan untuk menjadi yang jauh lebih baik dari semalam dan doa supaya kita tidak kecundang di tengah jalan.

nampakkan pada diri kita bahawa jalan ke syurga itu memang penuh ranjau dan duri, jadi jika kita rasa untuk tekan nafsu itu berat, ye, memang ia berat, tetapi kita akan terus buat selagi hayat di kandung badan.

untuk kita nampak ALLAH, kita kena ada pengorbanan. jadikan harta dan wang ringgit kita sebagai alat yang membantu kita nampak ALLAH dan merasakan yang DIA dekat dengan kita dan bahawasanya setiap permintaan kita akan dimakbulkanNYA.

sifat baik hanya akan naik jika kita tekan nafsu marah, nafsu cemburu, nafsu tak puas hati , nafsu berkeluh kesah dan bagai,..

sifat buruk hanya akan hancur jika kita lawan bisikan nafsu, nafsu untuk marah, nafsu untuk bercakap yang menyakitkan hati orang lain terutamanya suami sendiri serta nafsu makan dan nafsu-nafsu lain yang merupakan sifat ahli neraka…

sifat baik sahaja yang akan buat kita nampak ALLAH dan sedar hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan akhirat juga yang kekal abadi, insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s