rumah tangga sebagai ujian


banyak sekali rumah tangga tidak seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah saw kerana kurangnya iman di dada dan jauhnya kita dari ALLAH swt. kekadang kita bahagia tetapi banyaknya kita menderita.

 

rupanya wang ringgit dan harta kekayaan bukan makin mendekatkan diri kita dengan ALLAH malah menjauhkan. dunia yang kita kejar makin jauh lari tetapi kita tidak pernah puas hati dan sentiasa berkeluh kesah.

 

sentiasa mengejar dan terus mengejar, tanpa akan ada hentinya,.. rumah tangga bahagia, kasih sayang manusia hanya akan menjadi milik kita apabila kasih ALLAH terlebih dahulu kita miliki.

 

itulah yang kita kena fokus. atas ehsan dan rahmahNYA, ALLAH sedarkan antara kita dengan musibah dan derita agar kita nampak DIA, agar kita kembali kepadaNYA, agar doa kita kembali bermakna, agar kita kembali sujud kepadaNYA.

 

andai kita hidup dalam bahagia , suami baik, anak comel, ekonomi kukuh, kita mungkin terus lupa kepadaNYA. sujud kita sekali sekala, doa kita sambil lewa, sedeqah kita asal ada, kita sukar nak nampak ALLAH .

 

bermula segala masalah dan musibah kerana kejatuhan kekuatan dalaman dan kemusnahan kekuatan rohani kita. kekuatan rohani pula mudah jatuh kerana sifat buruk yang tinggi dalam diri kita. nafsu yang bermaharaja lela, yang kita tidak tekan dan kawal, paling cepat meruntuhkan rohani.

 

apalagi jika kita ada hasad dan dengki, cemburu , amarah dan bagai,.. apabila rohani lemah, tubuh mudah sekali dimasuki gangguan makhluk dan gangguan makhluk yang berakar umbi membuatkan sifat buruk semakin tinggi dan kita tidak mampu bangun sendiri untuk nampak ALLAH. lalu, hidup kita tiada perubahan.

 

kita perlu hancurkan kekuatan gangguan, buang semua sifat buruk dan kena tekan nafsu serta meningkatkan kekuatan hubungan dengan RABB. maka insyaallah , hidup kita kembali bermakna walau apa jua ujian yang datang menimpa.

4 thoughts on “rumah tangga sebagai ujian

  1. Sy telah mendirikan rumh tangga ke 2 selama 13 tahun, Tahun ini spatutnya menjadi tahun yg sgt bermakna bgi sy & suami, Kami telah di tawarkan mengerjakan haji & putera kami bakal mendirikan rmh tga. Anak2 sy juga berjaya ke menara gading. Namun hati sy hancur luluh bila kecurgan beliau pd tahun 2010 terbongkar. Sy sedih krana dia terlanjur dgn bdk umur 19 tahun sdgkan anak sulung sy 26 thun. Suami sy tidak sedikitpun menunjukkan ciri2 suami curang. Kami sgt bahagia. suami kata die tdk sedikitpun ada perasaan syg apa lagi mencintai prempuan tu,dia tergoda oleh hasutan syaitan tapi sy sangkal kenapa mesti smpai 2 kali?Bdk tu mengaku telah telanjur jga sbelum ni dgn ntah sapa2.Dari pengamatan sy bdk prempuan tu mmg jenis tidak bermaruah dan mudh menyerahkan diri utk sesiapa saja meratahnya.Sy mengambil jln memaafkan suami sy tpi sedetikpun sy tidak dpt melupakan hingga sy merana & dimasukkan kehospital. Setiap hari sy menangis. sy bersyukur suami sy sgt lembut & bersabar dgn sy. Setiap mlm die bangun solat taubat & bertahajud. Apa yg boleh sy buat utk melupakan sejarah hitam dlm hidup sy ni?Sy sgt buntu hingga persiapan utk menerima menantu & menjadi tetamu Allah sgt terganggu oleh dugaan ni……..

    1. ya, dia telah membentuk memori buruk 90-100%, insyaallah boleh dirawat untuk hancurkan memori dan naikkan kekuatan maaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s