suami bujangan


banyak sekali saya menerima masalah perihal suami bujangan ini.

rata-rata para isteri sudah tidak larat lagi menanggung beban dan derita kesan sikap bujangan si suami.

ada yang dah ada anak empat-lima orang tetapi masih berlagak bujang.

orang bujang bagaimana yer?( ini versi  bujang trang tang-tang, versi bujang beriman lain,..)

dia tiada tanggung jawab, kecuali pada dirinya seorang.

kalau mahu keluar, dia akan keluar , kadang tak balik berhari-hari,.. kadang lewat subuh baru nampak muka,..

ikut suka dia, dia kan tak ada tanggungan,..

suami bujangan malah lebih teruk, ada yang mengejar perempuan sehingga tahap perzinaan,.. sedang diri ada anak , lupa dosa pahala, lupa tanggung jawab dan amanah ALLAH yang dipikul, duit habis untuk berfoya-foya..

mengapa jadi begini?

dalam tubuh kita ada empat elemen / unsur. empat unsur ini adalah tanah, api , angin dan air,… keempat-empat unsur ini perlu seimbang baru kita akan menjadi hambaNYA yang bertaqwa.

masalah suami yang bersifat bujangan dan lupa tanggung jawab serta anak isteri ini, mengejar pula perempuan lain malah ada bersilih ganti perempuannya,  adalah suami yang sangat lemah unsur airnya, membuatkan nafsu dalam dirinya nafsu yang tak terkawal ,.. dengan kekuatan taqwa yang kosong dan iman yang hilang, dia akan jadi buas dan sudah tak mampu untuk takut dengan azab ALLAH…. apalah pula untuk memenuhi hak anak dan isterinya,..

isteri menjeruk rasa dan menderita emosi dan rohani. namun untuk meninggalkan rumah tangga tidak upaya, kerana dalam hati masih ada cinta dan memikirkan hal anak-anak,..

apa yang boleh dilakukan?

tak akan dibiarkan sahaja perangai suami tanpa kesudahan begini?

satu soalan!.

mampu tak isteri tu mengubah sikap suaminya?

dari jahat menjadi baik. dari gelandangan menjadi hamba ALLAH yang soleh. dari casanova menjadi suami yang bertaqwa.

boleh tak?

sebenarnya boleh. Insyaallah.

bagaimana?

yang perlu jelas di sini, kemampuan isteri untuk mengubah orang lain apatah lagi yang lebih superior darinya iaitu suaminya , bukan datang dari isteri itu sendiri,.. sebenarnya apapun yang kita buat, kekuatan itu bukan datang dari kita,.. tapi dari yang maha memiliki kekuatan, ALLAH swt.

itu kita perlu jelas dan nampak.

maka untuk dapat kekuatan itu ikhtiar kita perlu bersandar dengan kekuatan doa.

perkara kedua yang perlu difahami dalam menangani maslaah besar dan kronik ini adalah ,..

leteran, amukan , muncung sedepa, mengamuk sakan bukan, saya tekankan, bukan jalan penyelesaian,..

begitu juga dengan soalan bertalu-talu,.. kemana abang pergi? dengan siapa abang keluar? kenapa tak balik? mana abisnya duit gaji abang?…

ohh,.. soalan-soalan cepu mas ini sekali-kali tak boleh keluar dari mulut isteri,..

mm stressnya,..

marah membara, geram membahang, hati sakit,  jiwa menderita, hidup sengsara, melihat perangai suami uang menganggap kita macam sampah, perasaan dan diri kita tak dihiraunya, keluar masuk ikut suka, hand phone yang dulunya bebas letak kat mana-mana tiba-tiba jadi nyawa yang tak lekang dari tangan atau berpassword bagai,… tapi tak boleh nak mengamuk pada suami lepaskan perasaan ,.. perasaan dah nak meletup ni,..

bukan jer tak boleh lepas perasaan tapi tanya soalan pun tak boleh,..

hai,.. macam ni boleh sakit jantung,..!.

sabar.

nak suami berubah tak?

kalau nak , kita perlu berkorban. menekan nafsu. menitip sabar dalam diri.

bila dia balik, layan baik. manis senyuman dan bagai,..

boleh??.. kena kata boleh,..! dan buat!

ada kaitan semua ini sebenarnya dengan diri isteri itu sendiri…

isteri juga lemah iman dan kekuatan taqwanya. malah disertai dengan sifat buruk yang tinggi, makin mengeruhkan keadaan dan mengusutkan permasalahan,..

lalu, untuk memiliki kembali rumah tangga idaman seperti pasangan suami isteri lain yang hidup aman dan harmoni, kita perlu berubah.

sebenarnya, pangkal cerita,.. setiap pasangan yang baru memasuki alam rumah tangga ALLAH dah kurniakan mawaddah dan rahmah, ALLAH dah masukkan kekuatan kasih dan cinta,..

kita,.. (di sini membawa maksud suami dan isteri- bukan salah seorang) jugalah yang melayukanya, yang mengendurkan , yang mematikan kekuatan kasih itu,.. akhirnya hambar dan penyudahnya suami berpaling kepada wanita lain dan  ada isteri juga mencari lelaki lain,..

masalah ini melibatkan kekuatan taqwa dan dosa.

lalu isteri yang sudah tak sanggup melalui hidup berumah tangga begini perlu sedar dan insaf, (fokus pada isteri sebab suami dah tak kesahkan?) untuk rumah tangga itu kembali dipenuhi mawaddah dan rahmah ALLAH, maka pengampunan ALLAH kita perlukan.

kita perlu pengampunan ALLAH ini walau kita sekarang sedang bahagia di sisi suami dan anak-anak, apatah lagi yang memiliki suami bujangan ini.

maka selain sabar dan yang sepertinya diatas, isteri kena banyak berkorban.

berkorban masa dan tenaga serta amalan.

buat solat hajat dan sitighfar untuk suami, buat kena banyak kali dan sungguh-sungguh, buat ikhlas kerana ALLAH. buat untuk diri kita  dan buat atas nama suami.

kemudian rawat diri. rawat sifat buruk suami isteri. rawat ketidakseimbangan unsur / elemen dalam diri suami isteri dan naikkan kembali kekuatan kasih dan tarikan antara suami isteri.

insyaallah.

dunia hanya sementara. kekadang masalah kita ini punca kita makin jauh dari ALLAH dan menarik syirik. maka kita kena sedar dan jaga dari mimpi.

kena lakukan sesuatu . buat ikhlas kerana ALLAH.

kena banyak doa .

doa agar kita diberi kekuatan untuk merawat diri kita suami isteri.

kemudian kena sabar dan bertawakkal dengan ALLAH.

untuk berubah kena pastikan diri kita bersih dari gangguan makhluk.

ramai yang bertanya, dia tak ada rasa yang diri dia ada gangguan… so macamana nak tau.

sebenarnya jin dan syaitan yang ada dalam tubuh kita boleh dikesan kehadhirannya . bertanyalah kepada yang arif. muga kita tidak terus tertipu dan berada dalam muslihat dan tipudaya syaitan yang tinggi.

kalau seseorang itu solat, bagaimana dia boleh lupa rakaat dalam solat, boleh ingat barang yang hilang dan bagai? kerana diganggu jin dan syaitan,.. kita nampak tak jin dan syaitan tu? tak kan.. tapi kita tetap tak khusyuk.. jin dan syaitan itu wujud dan memang sentiasa menggoda kita. itu janji dia dengan ALLAH kerana dendam dan kesombongannya dia nak tarik kalau boleh semua anak adam ke dalam neraka bersama dia,…

dan ramai orang yang membawa saka keturunan dalam diri. itu belum lagi yang disihir dan melakukan amalan yang membawa saka tanpa sedar.

jadi perkara pertama untuk menyelesaikan banyak masalah adalah dengan melakukan rawatan membuang gangguan makhluk ini.

keadaan lagi parah jika gangguan makhluk dah masuk dalam tulang sum sum… hati mudah berputus asa dan bosan dengan masalah yang bagai bertimpa-timpa,..

pengorbanan yang dilakukan isteri adalah titik mula untuk keluarga itu berubah.

doa agar ALLAH memberi kekuatan dan jalan keluar dan muga kita tidak merawat dengan perawat yang ada saka amalan kerana masalah baru akan bertambah . masalah sedia ada tetap begitu.

 

2 thoughts on “suami bujangan

    1. boleh juga. buat ikhlas kerana ALLAH. istighfar juga ikhlas kerana ALLAH. yang memberi musibah adalah ALLAH, yang menarik musibah juga adalah ALLAH swt. banyaklah berserah kepadaNYA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s