rasa rendah diri dan merendah diri


semuanya tentang konsep rendah dan diri.

namun sangat jauh bezanya antara rasa rendah diri dan merendah diri.

satu sangat negatif dan datang dari bisikan jahat dalam diri . jika diikut dan dilayan akan menaikkan sifat buruk seseorang sementara satu lagi adalah sifat ahli syurga.

jika dipupuk akan meningkatkan kekuatan rohani dan kekuatan dalaman insan.

kerana itu firman ALLAH dalam surah assyams:

Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna;
[8]
Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;
[9]
Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.
[10]
Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.

berhati-hatilah kita dalam menanan rasa dalam hati tentang rendah dan diri ini. muga tidak makin terjebak dalam tipu daya syaitan.

Allah s.w.t.berfirman “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan” (Surah Al-Baqarah:235)

Allah s.w.t.berfirman “Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula” (Surah Al-Maarif:19-21)

lalu kita kena keluar dari sifat keluh kesah itu dengan banyak nampak ALLAH dan redho dengan qada dan qadarNya. pilihlah jalan yang lurus walaupun kita tahu jalan yang lurus itu penuh onak dan duri , penuh ranjau dan susah payah, namun ia jalan yang diredhoiNYA.

ingatlah sentiasa matlamat kita adalah ALLAH dan apa yang ada pada diri kita adalah alat untuk menujuNYA, ..

kalau kita ada suami, ada anak, ada kerjaya, ada apa sahaja, maka semua yang kita ada itu adalah alat menuju ALLAH bukan matlamat hidup kita.

bukan kerjaya matlamat kita, namun berkerjaya kerana ALLAH dan buat yang terbaik. apa juga hasil dari itu adalah anugerah ALLAH. jika nikmat kita syukuri, jika tidak kita redho.

bukan suami matlamat hidup kita,suami juga anugerah ALLAH sebagai alat untuk  kita dapat redhoNYA,.. tapi kita jadi isteri yang terbaik dan lebih fokus pada apa yang kita beri daripada apa yang kita terima, fokus pada kekuatan kasih kita daripada ‘kasihkah suami padaku?’, fokus pada layanan kita pada suami daripada sentiasa mempertikaikan hak kita yang tidak ditunaikan, fokus pada dosa kita daripada sentiasa mengenangkan dosa-dosa suami. fokus pada ALLAH dalam melayan suami. aku berkhidmat pada suamiku ya ALLAH, ikhlas keranaMU, terimalah khidmat bakti ku sebagai ibadah dan masukkan aku dalam hambaMU yang bertaqwa dan berakhlak mulia,…

bukan anak matlamat hidup kita, anak adalah amanah ALLAH untuk kita mendapat pahala melaluinya. untuk kita mendidik jiwa kita erti sabar dan redho, erti tenang dan damai, erti rindu dan kasih sejati seorang ibu. untuk kita menjadi hambaNYA yang tau erti syukur.

lalu proseslah hati kita, agar apa yang ada dalam diri kita adalah sifat merendah diri bukan rasa rendah diri.

wallahu alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s