DALAM TAQWA DAN REDHO ILAHI


perjalanan kita menuju ALLAH terlalu jauh dan lama dirasakan. sehingga dalam perjalanan itu kita hilang arah tujuan dan tidka nampak ke mana yang kita tuju.

perjalanan kita dihiasi dengan pemandangan yang pelbagai dan corak hidup yang bermacam-macam ragam. minda kita yang kerdil rupa-rupanya tidak mampu untuk fokus pada sesuatu yang telah diprogramkan kepada roh iaitu, konsep bahawa kita adalah hamba dan Tuhan adalah  rabb dan Ilah.

perkataan rabb dan  ilah sangat mendalam maksudnya. kena faham tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah. (boleh search).

kealpaan dan ketidakfokusan kita membawa padah pada diri kita kerana bila kita tidak sedemikian, maka jalan kita bukan jalan yang membawa kita menuju ALLAH.

bila kita terus tidak fokus, maka hati akan hitam, kekuatan rohani akan jatuh.

inilah yang meyebabkan berlaku musibah dan pelbagai jenis ujian pada manusia . supaya kita kekal fokus dengan matlamat hidup kita.

Firman Allah SWT, “Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad Dzariat: 56)

maksudnya mendalam sebab konsep ibadah itu luas, namun apa yang perlu kita fahami disini adalah hakikat bahawa kita sentiasa kena mengutip perbekalan untuk akhirat . dan itu kita akan dapat bila kita dalam redho ilahi. untuk sentiasa dalam redho Ilahi pula kita sentiasa kena fokus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s