suami


kenapa masih ramai isteri menderita kerana suami?

pelbagai pengalaman rumah tangga masing-masing, namun selalunya berkisar hal suami, suami dan suami.

kekadang masalah timbul kerana isteri dapat suami yang dah baik dah tetapi kerana expectations isteri tinggi dan suami tak capai , isteri rasa tak puas hati lalu banyak komplen dan kritik serta nyatakan ketidakpuasan hati itu, niat isteri untuk memberitahu suami akan hal yang sebenar supaya suami tak ulang lagi hal yang sama atau suami akan ubah perangainya yang isteri tak suka tu,..

kesannya?

isteri sudah tentulah mengharapkan tekniknya berjaya merubah suami,..

tapi?…

kesannya pelbagai,..

jika isteri menyatakan rasa tak puas hati itu dalam bentuk leteran dan bila kecewa atau bergaduh mengungkit dan naik suara,..

hmm,.. kesannya, suami akan rasa tercabar. marah balik , gaduh jadi panjang atau dapat suami yang memendam , dia akan pendam.

dah bertahun begitu, lama-lama timbul dalam hatinya keinginan untuk mencari wanita lain yang dia rasa tak kisah kan sikap dia, sayang dia ikhlas dan terima dia seadanya, tak sibuk dok nak ubah diri dia,..

isteri tetap menderita,.. sebab suami tak berubah,.. malah akan duduk terkedu bila sampai satu tahap suami dah sibuk bercinta dengan wanita lain, apatah lagi bila suami serius untuk membina hidup dengan wanita yang dia dah cari kesan tekanan dari siisteri yang asyik mahu suami berubah tadi,..

jadi,kalau macam tu, tak boleh lah kalau mahu suami berubah dan isteri tu kena memendam rasa je ke melihat perangai suami yang dia tak berkenan?

sebenarnya,

di sini perlu ada muhasabah si isteri..

1. perangai suami yang nak diubah tu, serius ke?( Firaun yang zalim “giler’ tu pun Asiyah tak sibuk nak ubah malah sentiasa bercakap lembut dengannya).

2. kalau suami tak berubah , macamana? menyesal kahwin dengan dia?

3. cara nak ubah suami,.. bagaimana?

isteri kena sedar, teknik kena betul,..kalau benar tak tahan dengan perangai suami , kena bagitahu dia cara lembut dan tak perlu ulang sentiasa. cakap baik-baik sekali atau selang berapa lama sekali lagi,.. kemudian diamkan. banyakkan doa,.. bila ada peluang, cakap lagi secara lembut dan penuh senyum.

untuk isteri senyum bila nak sampaikan rasa tak puas hati, kena ada rasa cinta yang tinggi dalam hati si isteri dan anggap perkahwinan adalah perkongsian hidup antara dua insan yang berlainan didikan dan latar belakang pembesaran (ehh,.. adik beradikpun payah nak hidup sekali, itu lahir dari rahim yang sama tu), bukannya masuk dalam perkahwinan tu dengan niat, oh aku mesti dapat apa yang aku nak dan suami mesti begini dan begitu, ..

kena tolak ansur,.. tolak yang mana negatif dan ansur yang positif.

yang negatif apa?..

rasa nak betulkan suami tu,..

selagi apa yang dia buat tu sekadar ranting jer, bukan masalah pokok, tolak tepi jelah rasa tak puas hati tu, kita pun bukannya perfect.

isteri ni kekadang banyak yang anggap suami tu hak dia, bukan setakat hak dia, hak eksklusif lagi,.. ada brand, trademark nama dia kat diri suami tu,..

hak mutlak aku!.. jangan sesiapa nak kacau,..

hmm..

boleh kalau nak rasa begitu tapi kita kenalah tip top , macamana Khadijah layan Rasulullah. berkorban harta, manis kata-kata serta wajah dan sentiasa mendahulukan perasaan suami dari dirinya,.. tak pernah komplen dan sentiasa berlapang dada.

sebenarnya, suami bukan hak kita, langsung tak.. setitik pun tak,.. kalaulah suami tu hak seorang wanita, maka dia adalah hak ibunya,.. tapi itu juga tak,.. tiada insan lain yang boleh mengakui seorang insan lain sebagai haknya,..  dia anugerah yang ALLAH swt bagi pada kita untuk kita peroleh pahala padanya bila kita berbakti ikhlas kerana ALLAH dengan kasih dan cinta kita . dengan kelembutan dan ketaatan kita. dengan kepatuhan dan senyum manis kita… tanpa mengira siapa suami itu dan status perkahwinan kita.

bahaya bila kita letak expectations begini dan begitu pada suami. dan bahaya juga jika kita sentiasa berniat untuk mengubah nya dan letak pula status bahagia itu jika suami tak buat lagi perangai yang kita benci.

pandang dia dengan kasih dan letakkan rasa lucu bila dia tetap dengan perangainya,.. hmm, suamiku, tempat aku berbakti dan mendapat redho Ilahi. dan perasaan ini tidak berakhir walau dia mahu menambah isteri, …

insyaallah. pilihlah bahagia dunia akhirat dari derita sepanjang hayat dan entah -entah derita dunia petanda derita akhirat juga. nauzubillah. dunia hanya tempat untuk kita mengutip perbekalan. kutiplah perbekalan yang telah ALLAH sediakan melalui suami.

berubahlah. selagi nyawa belum berada di halkum, selagi itu kita punya masa,.. tiada istilah terlambat. insyaallah.

hasbiallah.

wallahu alam.

 

20 thoughts on “suami

  1. Astaghfirullah…apa yg awak coretkan tu betul2 buat sy tersedar dgn sikap sy yg sibuk mahukan perubahan dari suami sedangkan kelemahan dia bukannya apa pun. sepatutnya sy terima dia seadanya.bukannya membentak dan marah mahu membentuk suami mengikut acuan sendiri..terima kasih atas nasihat anda.

  2. As-Salam… saya nak minta pendapat.
    rumahtangga saya bermasalah skrg ni. disebabkan suami saya curang. suami tuduh saya punca dia jadi curang. katanya saya suka mengungkit & membebel.
    saya mengaku, saya minta maaf & janji takkan ulang lagi. Alhamdulillah, saya tunaikan janji saya & rasa lebih tenang sekarang. tapi masalahnya, suami saya tetap berhubung dgn perempuan tu… dah beberapa kali diorang berjumpa sbb perempuan tu dok utara, dan kami di KL.. saya juga dpt tau hubungan diorg dah jauh tersasar… sbb saya jumpa bukti… saya sedih sgt, sbb skrg suami dah tak nak sentuh saya.. layanan dia pd saya masih mesra tapi kami dah tak “bersama” dlm jangka masa hampir 3 bulan… suami memang tak nak.. saya memang berusaha nak pulihkan rumahtangga kami, pelbagai doa dari ayat Quran saya amalkan utk kembalikan kebahagiaan rumahtangga, tapi suami masih mcm tu juga (masih berhubung dgn perempuan tu)… semakin hari saya makin terseksa dgn perangai suami.. saya suruh suami kawin dgn perempuan tu tapi dia taknak. saya solat hajat & tahajjud, saya mengaku memang lebih tenang tapi ada masanya saya teringat perbuatan mereka, saya jadi sedih sgt2.. dan sekarang, perasaan sayang & kasih pada suami dah takde lagi… saya tak tau nak buat mcmana… selepas solat, saya berdoa kalau suami saya adalah suami yg akan memimpin tgn saya hingga ke Jannah, saya mohon Allah kembalikan hati & perasaan suami pd saya tapi kalau dia bukan jodoh saya hingga ke Jannah, saya mohon Allah hilangkan segala perasaan saya yang ada untuk suami.
    dan sekarang perasaan tu dah hilang… saya betul2 keliru skrg ni.. saya keliru sama ada ini hasutan syaitan atau Allah dah bagi petunjuk… saya tak nak give up sbb sayangkan rumahtangga saya, tapi saya pun tak tau nak buat mcmana skrg… suami msh layan saya mcm biasa & dia pun perasan yg skrg ni saya dah taknak bercakap dgn dia lagi… saya nak berterus terang dgn dia tapi tak smpai hati.. saya mohon pendapat puan & pembaca yang lain… terima kasih..

    1. ramai juga pesakit saya yang membuat rawatan masalah seperti yatt ini. sebenarnya ramai suami yang begini, mereka memendam dan berdendam. tapi puncanya kebanyakannya memang dari sifat buruk isteri . apa yang keluar dari mulut kita terlalu berbisa dan tajam menusuk ke kalbu. membuatkan mereka rasa tidak dihargai dan merobek ego sebagai seorang suami. bila itu yang berlaku, memori yang dipendam terlalu dalam dan bila bertahun tiada perubahan, akhirnya kasih makin pudar dan beralih arah. kekuatan kasih ni ada dua, satu kasih sejati (yang ada jauh di sudut hati), satu lagi kasih semasa. biasanya kasih sejati ini memang ada dan tinggi ALLAH masukkan dalam hati suami isteri tapi bila lasih semasa tidak dipupuk dan dibaja, kekuatan kasih semasa akan hilang dan lama kelamaan kekuatan kasih sejati juga menjadi rendah.

      namun, pada yang masih sayangkan rumah tangga masalah ini masih boleh dirawat. insyaallah. kena ikhtiar agar kekuatan rawatan tinggi dan akhirnya kita bahagia dengan qada dan qadar ALLAH.

      1. As-Salam.. Terima kasih puan sebab bagi feedback pada komen saya.. Puan, jika hari tu saya ada katakan yang perasaan saya pada suami dah takde, tapi Alhamdulillah skrg perasaan sayang saya pada suami hadir kembali. Tapi ada satu perkara tentang suami yang saya betul2 pelik. Sejak beberapa hari yang lepas, perangai suami saya tiba2 jadi pelik sangat. Dia tak nak cakap dengan saya, pandang muka saya pun taknak. Betul2 berubah yang saya pun tak tau apa puncanya. Sampailah saya ditakdirkan terjumpa seorang ustazah, dan dia bertanya tentang masalah saya. Bila saya cerita, katanya suami saya mungkin ada gangguan & minta saya cepat2 berubat jika taknak keadaan suami bertambah teruk. Lepas tu saya bgtau pada sorg kawan baik saya dan dia cadangkan saya rujuk pada ustaz, agak memeranjatkan bila ustaz tu kata suami saya terkena 2 sihir dari perempuan tu untuk bagi hubungan kami renggang & lagi 1 sihir utk menyempitkan duit suami.. Dan sampai sekarang, suami saya sangat dingin pada saya & selalu marah2.. Sampaikan saya nak salam tangan dia waktu pergi keje pun dia tak nak. Hilang semua kemesraan kami. Sekelip mata je… Ya Allah, memang betul2 dugaan buat saya.. Saya buntu sekarang ni puan. Saya cuma mampu berdoa kerana saya memang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan.. Tapi saya betul2 sayangkan rumahtangga saya. Kalau mulanya saya sakit hati dengan suami, sekarang ni saya jadi kasihan sangat dengan suami dan betul2 ikhlas nak membantu suami saya bebas dari sihir tersebut tapi tak tau caranya.. Wallahualam

  3. Bila sy mencari sesuatu utk mengisi kekosongan dlm diri, sy terbaca artikel ini n amat menyentuh perasaan, tp ianya sudah terlewat bg sy, ianya begitu menginsafkan sy n kini sy tahu begitu byk kelemahan diri sy…tq krn membuatkan sy berfikir ttg kelemahan diri sy.

    1. selagi ada nyawa di jasad, insyaallah, belum terlambat. masih ada ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mengembalikan keadaan. yakinlah, insyaallah

  4. Subhanallah..article anda memang menyentuh hati saya dan membuatkan saya mengimbas balik layanan dan tingkah laku saya terhadap suami sejak kahwin. Bila dpt tahu suami saya curang baru2 ini, saya sentiasa menyalahkan suami dlm hal ini. Dan sekarang baru saya sedar saya juga merupakan faktor kenapa berlaku sedemikian. Terima kasih yg tidak terhingga pada intanrohaida. Semoga dirahmati Allah selalu, amin!

  5. Assalamualaikum Puan Intan,

    apa yg puan tulis mmg betul-betul terjadi pd sy, sy mengharapkan suami berubah seperti yg sy inginkan dan ikut setiap apa yg sy ingini. bila suami enggan, sy jadi marah & ingat dia tak sayangkn sehingga setiap hari kami bergaduh & bertengkar pasal setiap perkara. sy cemburu & kuat berprasangka buruk dgn suami. saya rasa kasih-sayang antara kami dah hilang, lebih menyedihkan bila suami mula berubah sikap dan dingin terhadap sy. pelbagai cara sya dah lakukan tuk perbaiki hubungan sy & suami, tapi sy rasakan kebahagiaan rumahtangga kami dah hilang sehingga kami hampir berpisah. kami masih bersama hanya kerana anak-anak. tp, selepas sy baca blog puan sy sedar segala kesilapan sy, semua yg berlaku mmg berpunca dari sy. dan sy berusaha tuk mendapatkan semula redha suami & seterusnya mendapatkan redha Allah. tapi puan, bagaimana sy nak mendisiplinkan diri supaya terus istiqamah dgn niat sy tuk berubah kerana setiap kali suami beritahu yg dia akan pulang lewat, hati sy mula gelisah dan merasakan yg dia ada org lain selain sy dan sy mula berfikiran negatif dan mula marahkan suami. tp, sy benar-benar ingin berubah puan. terima kasih.

  6. Assalamualaikum…

    Artikel di ats mmg trjadi pd sy…
    Suami sy jarang ade kt rumah..pg keje smpai pukul 5..pukul 6 main bola smpai mgrib..blik rumah,lpas isyak keluar lg,main futsal or lepak ngan kawan2..kami ade anak kecil,9 bulan..sampaikan saya sakit pon,dia masih keluar..saya sruh jaga anak,tp suami cakap dah jnji ngan kawan..sy amat berkecil hati dengan sikap suami..
    time cuti keje,suami x pernah ade kt rumah,mst keluar,main bola,jumpa kawan2..jarang sekali suami ade kt rumah…..mcm mna cara terbaik utk saya nasihat suami??saya pon bekerja…

    harap puan dpt beri pandangan..

    1. sebenarnya cara terbaik dan cepat untuk dapat apa yang kita mahu adalah redho dengan perkara yang mengecewakan kita, insyaallah bila hati kita redho sahaja , Allah akan redho dengan kita sebab apa sahaja ujian yang diberi kepada kita, kita terima dan nampak semuanya kembali kepada Dia, .. apabila Allah redho pada hambaNya maka seluruh dunia akan redho pada kita, dan seluruh dunia akan mengejar kita,..

      1. semuga menjadi asbab kebaikan dan memasukkan kita ke dlm golongan yang diredhoi ALLAH

    2. nak nasihat suami? boleh ,.. cuma dengan cara dan pada keadaan yang sesuai,..

      tidak boleh emosi,.. dan tidak boleh melakukannya dengan nada yang tidak sesuai,..

      banyakkan doa sebelum bercakap agar ALLAH beri kekuatan pada awak untuk luahkan hati dengan hikmah dan beri kekuatan pada suami agar boleh terima dengan redho,.. insyaallah kerana semua kekuatan adalah dariNYA,..

  7. terima kasih untuk artikal ini.. tapi saya baru berkahwin sebulan.. suami saya langsung x mahu sentuh saya.. saya anggap itn rahsia Allah dan saya sayangkan suami saya.. pasti satu masa nnti ade jawapannya

    1. Benar semuanya dari Allah tetapi kita diminta berikhtiar untuk merawat masalah dan penyakit kita, itu adalah sunnah Allah dan RasulNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s