perasaan , filem dan drama serta tenaga negatif


jika menonton filem hindi terutama yang lelama, sesudah teruk derita yang dilalui oleh hero dan heroin disiksa dan didera oleh antagonist, tibalah payment day di akhir cerita..

penonton pun merasa puas apabila orang jahat dibelasah teruk oleh hero and the gang , ada watak lucu yang membelasah membuatkan penonton merasa bahagia yang amat sebab orang jahat akhirnya mendapat balasan jahat dan orang baik akhirnya mendapat balasan baik dan cerita tu mesti happy ending (zaman dulu jika filem hindi-atau  terutamanya tamil, tak happy ending , pawagam kena bakar),..

perasaan happy kita semasa hero menang dan rasa  – padan muka kau- pada sijahat sebenarnya memberi peranan pada akhlak kita, jika kita boleh mengawal perasaan , hanya rasa tetapi tidak sampai ke hati, mudarat tidak terlalu teruk tetapi jika membenci beria-ria, ia membawa mudarat.

begitu juga dengan perasaan kita jika kita menonton drama melayu yang sepatutnya membawa iktibar seperti sebuah siri  drama yang banyak membawa kisah keaiban yang menimpa jenazah sewaktu mati dan mau dikebumikan atau musibah yang menimpa pada orang di mekah dan madinah sewaktu haji atau umrah, … kisah – kisah ini sepatutnya membawa pengajaran dalam diri tetapi jika yang timbul dalam hati adalah rasa benci pada orang jahat dan rasa puas mereka diaibkan, sebenarnya perasaan-perasaan itu membawa mudarat.

berhati-hatilah dengan perasaan puas melihat keaiban orang dan musibah yang menimpa orang lain kerana perasaan itu ada tenaga nya sendiri.

banyakkan istighfar dan doa agar kita dilindungi Allah senantiasa dan diri kita setiap detik berada dalam jalanNYA yang lurus. insyaallah.

wallahu alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s