kaitan sangkaan dengan pengalaman


ramai yang masih bermasalah dalam hubungan suami isteri.

tidak bahagia dalam perkahwinan.

tidak dapat rasa kekuatan kasih suami padanya.

dan dirasakan apa yang dirasa itu  (yang suami tak kasih) tu benar kerana berdasarkan pengalaman.

pengalaman yang dilalui bersama dengan suami, akhirnya meyakinkan isteri bahawa suami itu tidak kasih padanya.

bagaimana ni,..

bagaimana mahu bahagia andai dalam hati isteri dia sangat yakin yang suami dia tak kasih pada nya..

sedang rasa kasih, cinta dan sayang suami itu sangat diperlukan oleh isteri untuk hidup bahagia.

kerana itu ramai wanita tak dapat menerima poligami, sebab poligami itu memberitahu isteri dengan jelas yang suami kasih pada perempuan lain sehingga sanggup melukakan hati mereka kerana isteri baru, kalau suami kasih pada mereka manakan sisuami sanggup berkahwin lagi.

itu ‘bullshit’,.. kalau kasih mesti jaga hati isteri,.. tak ada selain itu.

pada isteri, mana boleh kata sayang pada dia, tapi kemudian, keluar dari rumah pergi pula uruskan hal rumah lagi satu, dengan penuh kasih dan sayang juga,..

that is nonsense…

says who?

says the wife.

based on what?

pengalaman isteri tu lah.

sangkaan dan pengalaman saling berkait.

pengalaman isteri tu, suami tu menipu dia, curang, belanja duit , masa dan tenaga untuk bersama dengan perempuan lain walhal sepatutnya jika benar suami tu kasih, cinta dan sayang pada dia, tak mungkin suami tu akan buat begitu.

masa, tenaga dan wang suami akan hanya diperuntukkan pada isteri bukan untuk perempuan kedua.

kalau suami buat  juga begitu, maksudnya suami tak sayang pada dia.

sangkaan ini berdasarkan pengalaman.

pengalaman isteri tu.

pengalaman – pengalaman ini memberi isteri satu pemahaman.

pemahaman ini menghasilkan sangkaan.

sangkaan bahawa jika suami buat begini atau begitu, itu bukti ini atau itu.

jika dia tak buat begini dan begitu, itu tanda begini atau begitu.

kalau suami kahwin lagi, itu cornfirm suami tak sayang.

kalau suami sayang, dia tak kawin lagi.

sangkaan ini yang dibina atas pemahaman dari pengalaman itu kerana kita dah tanamkan dalam kepala kita begini dan begitu.

dalam kepala kita, dalam pemahaman kita dah ada prasyarat tanda kasih, cinta dan sayang itu bagaimana,..

jadi bila kita tak dapat atau kita menerima keadaan sesuatu itu berlaku sepertimana prasyarat yang dah ada dalam kepala kita, begini dan begitu itu, kita terus buat sangkaan dan kita yakin betul2 dengan sangkaan kita.

jadi kita terus memegang keyakinan kita berdasarkan sangkaan itu.

dan kita menderita. sangkaan dan keyakinan yang kita dah kutip dari pengalaman bersama suami itu pula kita simpan dalam memori ingatan dan kepala kita dan terus bertimbun masa ke masa.

kenapa semakin bertimbun dan tiada perubahan?

sebab peranan sangkaan itu pula sebenarnya adalah doa.

dan ALLAH dah bilang yang DIA adalah sebagaimana sangkaan hambaNYA, …

sangkaan itu makbul.

lalu apa yang perlu dibuat?

disinilah perlunya mind set change.

pemahaman kita. prasyarat kita yang begini dan begitu itu yang perlu ditukar.

masalah dalam mindset change ini adalah mindset kita banyak, yang mana harus ditukar?

nak kena overhaul ke seluruh mindset kita tu,..baru kita bahagia.

disinilah letaknya kaunseloring dan rawatan diri.

sebab rawatan dan kaunseloring itu adalah tarbiah.

tarbiah itulah yang menukar mindset kita.

tetapi untuk mindset ini berubah perlu 3 elemen.

1.kekuatan dari ALLAH

2.kekuatan dari rawatan

3.kekuatan dari pesakit.

untuk dapat kekuatan dari ALLAH swt pula, perlu 3 perkara juga

1.kena buat ikhlas keranaNYA semata

2.kena yakin dengan kekuatanNYA bukan kekuatan kita atau perawat.

3.kena tawakal.

tawakal pula datang selepas usaha.

untuk dapat kekuatan dari rawatan pula, kena ada 3 perkara juga.

1solat hajat (kerana ALLAH swt semata)

2.sedeqah penyakit ( kos rawatan)

3.asbab (minyak zaitun)

kekuatan dari pesakit juga datang dengan 3 perkara juga.

1.usaha (ikhtiar)

2.doa

3.tak putus asa.

insyaallah.

kita akan jadi orang yang baru dan tidak terbelenggu dalam kemelut derita dan prasangka yang membawa derita lagi.

hasbiallah.

One thought on “kaitan sangkaan dengan pengalaman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s