gangguan makhluk


tatkala ALLAH menghalau syaitan dari syurga kerana sombong dan keangkuhannya membuatkan dia engkar perintah ALLAH swt untuk sujud pada Adam ra, maka dia memohon dengan ALLAH agar ditangguhkan buatnya masa sehingga ke hari akhirat agar dia boleh dengan segala daya upaya menggunakan semua muslihat menggoda anak Adam agar masuk ke neraka bersama dengannya kecuali hambaNYA yang mukhlis,..

sebagaimana mafhumnya dalam surah alhijr:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (15:26)

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (15:27)

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk, (15:28)

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. (15:29)

Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, (15:30)

kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu. (15:31)

Allah berfirman: “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?” (15:32)

Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” (15:33)

Allah berfirman : “Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk, (15:34)

dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”. (15:35)

Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan, (15:36)

Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, (15:37)

sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan, (15:38)

Iblis berkata : “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (15:39)

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. (15:40)

sabda baginda junjungan mulia pula,..

” Sesungguhnya Syaitan (termasuk jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.

jin dan syaitan , ifrit dan seumpamanya adalah entiti yang tidak dijadikan oleh ALLAH untuk zahir pada pandangan manusia. namun ALLAH mengizinkan untuk dia melakukan tipu dayanya terhadap anak Adam walau dengan apa cara sekalipun .

nabi kita Muhammad saw menyerlahkan kekuatan jin yang diizinkan oleh ALLAH swt untuk bergerak bebas dalam tubuh manusia sebagaimana aliran darah kita. dia boleh bertapak dalam organ -organ tertentu. beranak pinak dan berkampung sehingga mencapai entiti milion atau bilion ekor dalam tubuh kita.

ya, ramai sekali yang mendapat gangguan makhluk berupa pelbagai bentuk, baik ia melalui saka, sihir atau tumpangan.

gangguan makhluk yang menjadikan darah, tulang dan organ dalam tubuh manusia sebagai tempat tinggalnya ini tidak hanya duduk menumpang sahaja, dan bukan sahaja sebagai parasit yang memakan tuan tumpangannya tetapi turut merosakkan dan melemahkan bukan sahaja sistem jasad tetapi juga kekuatan dalaman dan kekuatan rohani tuan tubuh.

punca gangguan?

ada banyak.

antaranya:

1. sifat buruk manusia sendiri. tamak haloba, dengki, khianat, riak dan seumpamnya sehingga terbentuk kezulmatan dalam diri.

2. kezulmatan yang berakar umbi dalam otak dan memori manusia.

3.kejatuhan kekuatan rohani  akibat makan makanan yang syubhah dan haram

4.kejatuhan kekuatan rohani yang jatuh akibat maksiat baik maksiat kecil atau besar.

5.amalan yang tidak soheh niat kerana ALLAH

6.amalan bacaan alquran atau zikrullah dengan niat tertentu selain ikhlas kerana ALLAH.

7. merawat dari perawat yang ada saka dan gangguan

8.belajar ilmu yang ada saka atau gangguan

9.mengamalkan ilmu tertentu yang bersandarkan kekuatan amalan pada ilmu itu sendiri bukan kepada ALLAH swt.

10.kerana disihir orang.

11,dari keturunan yang mengamalkan amalan yang tidak soheh niat kerana ALLAH

12.dari saka keturunan

13. manusia itu sendiri mengambil jin sebagai sahabat atau khadam

14.mengamalkan khurafat baik secara sedar atau tidak.

apabila gangguan makhluk telah masuk dan menjadi saka, ia akan duduk dalam keturunan mereka itu sehingga 700 dan 800 tahun serta akan menjadi saka keturunan kepada seluruh keturunannya .

mana-mana organ yang menjadi tempat tinggal jin, organ akan lemah dan tidak mampu menjalankan fungsinya dengan sempurna sehingga menjadi  penyakit kepada tuan tubuh.

lalu 10 sistem tubuh turut melemah dan 6 sistem kelenjar turut tidak berfungsi sepenuhnya, ..

akhirnya, muncullah pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan bagai.

ALLAH swt menjadikan tubuh kita sangat sempurna sesuai dengan tanggung jawab kita sebagai khalifah tetapi hambaALLAH yang menjadi tempat tinggal jin dan syaitan , dia tidak akan mampu sihat dan mudah diserang penyakit dan selalu bermasalah dalam hubungan dengan ALLAH swt.

tidak mampu redho, mudah baran, tidak mudah memaafkan. berdendam, bersangka buruk, hasad dengki , sombong, riak dan ego.

jadi ya, sesiapa yang bermasalah , selalunya ada gangguan dalam tubuhnya yang mana gangguan ini perlu dihancurkan terlebih dahulu sebelum dinaikkan kembali sistem tubuh dan organ yang menjadi kampung jin dan syaitan itu perlu dipulihkan seratus peratus. insyaallah penyakit akan hancur dan kekuatan organ kembali berfungsi seratus peratus juga.

segala penyakit ada rawatannya kecuali ajal dan tua. insyaallah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s