tanggung jawab, amanah dan layanan


anak dan suami adalah alat untuk wanita meraih sebanyak mungkin pahala di dunia yang padanya kita perlu mencari perbekalan buat kehidupan yang kekal abadi nanti.

anugerah suami dan anak oleh ALLAH adalah sebesar-besar anugerah buat seorang wanita. amanah yang akan disoal di akhirat nanti.

pada mereka ada pahala, melalui mereka kita mampu peroleh redho ALLAH.

suami bangun pagi. mau mandi. letakkan ubat gigi pada berus giginya, isikan pencuci mulut , pencukur, tualanya.  kain pelekat. bentangkan sejadahnya, sediakan kopiahnya. pastikan sarapan dah sedia dan siapkan baju kerjanya, tuala mukanya, stoking dan kasut sudah diatur di hadapan pintu.

temankan dia minum pagi dengan senyuman manis dan cium tangannya sebelum dia keluar. doa agar dia selamat dalam perjalanan pergi dan kembali serta doakan agar urusannya dimudahkan.

indahnya jika jadi surirumah. buat semuanya kerana ALLAH.

bangun awal pagi untuk solat dan sujud syukur masih diberikannya umur untuk kita terus berbakti.

seusai solat, ke dapur menyediakan sarapan. kejut anak-anak dan menyediakan bekalan mereka. pakaian dan beg sekolah dah disediakan malam sebelumnya.

kemudian bersiap untuk solat subuh berjemaah dan mendoakan semua ahli keluarga.

setiap hari hanya dipenuhkan dengan khidmat bakti untuk suami dan anak-anak.

seikhlas hati, mengemas rumah dan memasak, menguruskan kain baju dan memastikan keadaan rumah bersih dan selesa . semuanya dilakukan sebaik mungkin.

buatlah kerana ALLAH.

sesuatu yang kita buat kerana ALLAH, pasti ada pahala untuknya. sesuatu yang kita buat kerana ALLAH , maka akan ada kekuatan di dalamnya. sesuatu yang kita buat kerana ALLAH maka kita akan buat seikhlas hati dan tidak mengira respon orang padanya. puji dan keji sama sahaja pada kita. yang penting ALLAH redho.

anak itu amanah untuk kita. agar dibentuk dan dididik sebaik mungkin.

anak bukan beban.

ramai sekali yang tidak dikurniakan zuriat, mahukan zuriat.

kita yang mudah punya anak tapi menganggapnya sebagai beban.

mudah sekali merasa baran, tidak sabar dengan kenakalan anak dan tidak redho dengan perangai mereka sehingga terbit benci di hati atau paling tidak pun kekuatan kasih kita pada mereka turun.

jika begitu, mereka juga akan merasa yang sama.

layanlah anak dan suami sebagaimana kita mahu mereka melayan kita, dengan penuh kasih dan hormat. menghormati perasaan dan emosi mereka , insyaallah mereka juga akan menghormati perasaan dan emosi kita.

layanan yang baik, insyaallah akan menerima balasan yang baik juga,..

suami akan tenteram apabila isterinya mendidik anak dengan baik dan anak mendengar kata. suami akan tenang melihat kemesraan isteri dan anaknya serta melihat kebijaksanaan isteri melayan anak dengan lembut tapi tegas. sebagaimana siti fatimah yang bijak mendidik anak dalam serba kekuarangan dan bersendirian tanpa saidina Ali yang kerap keluar lama berbulan-bulan berjihad di jalan ALLAH.

untuk mendapat rumah tangga mawaddah dan rahmah ini, kena pelihara hubungan dengan ALLAH swt. insyaallah anak-anak akan terdidik dengan roh islami. maka kita akan bahagia.

yang indah itu islam, yang menarik itu akhlak mulia. yang bahagia itu hati. yang abadi hanya ILahi. yang kita perlukan adalah amal bakti. insyaallah.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s