menasihati anak


ramai yang mengadu hubungan dengan anak tidak rapat dan anak sukar mendengar kata.

kita sebagai ibu sebenarnya perlu sekali mempunyai hubungan yang utuh dengan ALLAH swt kerana kekuatan mendidik anak bukan datang dari kita.

kita tidak mampu membentuk anak ke jalan yang lurus  . kekuatan itu dariNYA yang MAHA AGUNG.

lalu kita perlu minta diberi kekuatan dari ALLAH swt untuk menjadi ibu yang mampu mendidik anak ke jalan menuju ALLAH swt.

untuk ALLAH memberi kekuatan itu kita perlu doa, untuk doa kita makbul, kita perlu jaga hubungan hati dan amal kita dengan ALLAH, insyaallah.

1. nasihat anak dari hati yang ikhlas penuh kasih sayang .

walau kesalahan anak berulang kali dan kita sudah banyak kali menasihati benda yang sama berulang kali juga, namun nasihat itu harus datang dari hati yang ikhlas dan mesti hadhir dengan kasih sayang.

marah dengan rasa marah apatah lagi hadhir rasa benci sangat membawa mudarat .

apa yang dari hati akan jatuh ke hati.

anak akan tambah degil  dan benci kepada kita kerana dia boleh merasakan getaran benci itu datang dari sudut hati kita. lalu, bukannya akan datang rasa untuk menjadi baik sebaliknya akan timbul dendam dan menyampah dengan kita.

hubungan menjadi semakin renggang dan masalah akan bertambah besar jika hati kita makin benci dan kasih kita makin kurang pada anak itu.

berbaliklah ke pangkal jalan.

doa dengan ALLAH agar dimasukkan kembali kekuatan kasih dalam hati kita pada si anak, dan doa agar dimasukkan kekuatan kasih dalam hati si anak kepada kita. baiki hubungan dengan ALLAH dan baiki hubungan dengan anak. insyaallah.

2. sentiasa pandang anak dengan kasih dan bercakap lembut dengan mereka.

3. sentiasa mendoakan anak.

insyaallah. hubungan kita dengan anak akan kekal baik sehingga ke akhir hayat.

anak adalah amanah ALLAH swt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s