pilihan


pilihlah untuk sentiasa bertolak ansur, tidak berkira dan memandang remeh aniaya orang pada kita…

biasakan ungkapan, tak mengapalah, dia tak sedar, sikit jer tu,..ala tak apa… its okay, insyaallah lain kali tak begini dan lainnya dalam bicara hati kita.

dimarah bos, disindir kawan, dihina taulan, dikata orang,.. semua itu resam dunia, adat masyarakat dan lumrah kehidupan. berpadalah dalam mengambil  kira semua itu untuk disimpan dalam memori kita,.. sekadar sebagai pengajaran dalam tindakan agar kita mampu membaiki diri dan akhlak kita kepada yang lebih baik, ya , itu patut,.. tetapi memegangnya sehingga menjadi kecil hati, menderita dan bagai,.. itu sungguh tidak patut.

pilihan atas kita.

ALLAH akan mengizinkan selagi itu suratan kita, namun untuk mengubah suratan itu hanya ada satu kekuatan iaitu doa. jika dimakbulkan, maka berubahlah taqdir,. kerana itu kita kena banyak berdoa.

pilihlah untuk hidup ceria.

bos marah, diam ajer atau ada kekuatan, jawab dengan senyum, yes el capitan.. insyallah saya akan ubah.

kawan sindir, senyum jer,.. jika mau balas,.. jawab ajer ,.. insyaallah ALLAH akan beri aku yang terbaik.

apa sahaja yang berlaku, hati kita dulu kena sentiasa bersedia untuk memilih bahagia,.. barulah kita mampu untuk berfikir positif.

kekuatan untuk hati sentiasa memilih bahagia pula bukan milik kita, ia dari ALLAH. lalu cara mendapatkannya?

doa.

doa dengan ALLAH mohon diberi kekuatan agar hati kita sentiasa bersedia untuk memilih bahagia dan doa agar kita sentiasa berfikiran positif.

insyaallah.

hidup berilmu, ceria selalu.

One thought on “pilihan

  1. indahnya kehidupan jika dpt mendidik hati spt itu…knapa hatiku senantiasa berdolak dalik….doaku x pernah putus semoga diberi kekuatan utk brjuang mencapai bahagia…insyaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s