kegemukan


minum dan makan di Malaysia,emm umpama berada dalam syurga dunia, apa mau kita boleh dapat, mahu makan, kita boleh ke mana sahaja untuk mendapatkan makanan kegemaran atau yang kita idamkan saat itu.

malah ada yang setiap kali ‘lunch hour’ bersama rakan akan keluar makan makanan di tempat yang dipersetujui bersama dan setiap hari ‘big agenda’ ialah,.. ehh kat mana kita mau makan hari ni, nak makan apa hari ni ekk..? and so forth.

hari demi hari, minggu makan minggu dan tahun mencapai tahun, akhirnya tanpa sedar kita dah termasuk dalam golongan obese…

penyakit dah lama menular, kini mula menampakkan wajahnya,.. kita makin tak sihat dan badan terus membesar..

akhirnya untuk berjalanpun kita mula mengah apatah lagi untuk beribadah,..

penyudahnya , kita makin malas untuk bergerak dan tidak aktif lagi.. apa akan jadi?

sebelum mencapai tahap itu, marilah kita semua menjaga pemakanan dan membuat pelbagai aktiviti riadah agar diri tidak terusan menjadi mangsa jerat makanan…

nampak ayam goreng berempah sedap? rasa kuetiow enak? mee goreng basah lazat? pantang nampak sate? atau semua makanan yang menyelerakan? emm.. semua itu akan bertukar rupa sebaik masuk dalam perut,.. sedapnya dimana?  kat mulut je kan… lama kita mengunyah? ada seminit? sekejapnya tu untuk rasa keenakan makanan,… ada yang tak sampai seminit , beberapa saat jer makanan dah hilang, dah masuk makanan baru dalam mulut kita,.. makan dan terus makan,…

boleh tak kita kata ,.emm penat je penuhkan perut dengan macam macam makanan sedang sekejap jer rasa sedapnya lepas tu menderita kekenyangan,.. err atau kenyang tu nikmat?

sebenarnya kenyang tu derita,.. kalau tak mengapa nabi suruh kita berhenti makan sebelum kenyang?

kenyang tu adalah sesuatu yang ALLAH akan tanya di akhirat nanti,..

makan hanya untuk memperoleh tenaga,.. kalau hari itu kita kurang bergerak, maka kuranglah  makan,.. kalau lebih bergerakpun , kuranglah juga makannya, insyaallah boleh tekan nafsu…

tak gitu,..

 

makan ala kadar, berhenti sebelum kenyang atau cuba ikut sunnah nabi sedikit demi sedikit,… lapar sehari, makan sedikit ajer di hari yang lain,.. boleh?

INSYAALLAH.

kekuatan bukan dari kita, pohon dengan ALLAH,..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s