kes pasangan suami isteri sebagai iktibar


suami kaki pukul. isteri merasa sudah tidak mampu lagi meneruskan perkahwinan kerana kerap dipukul. bentuk penderaan termasuk dipijak, ditendang, disepak , dilempang dan dimaki.

suami pula tidak tahan dengan mulut isteri yang tidak kenal waktu, baik ketika makan, sebaik pulang dari kerja, ketika mahu tidur dan boleh dikatakan setiap masa suami di rumah sentiasa berleter dan menyuarakan rasa tidak puas hati akan perangai suami.

kekadang suami bercakap sesuatu terus isteri akan mengaitkan dengan ketidakpuasan hati si isteri sendiri bersandarkan percakapan walau suami bercakap isu biasa atau isu semasa.

isteri juga akan berleter dan menggunakan semua maklumat yang pernah  diceritakan oleh suami suatu ketika dulu sebagai senjata untuk menyerang semula suami menggunakan maklumat dari si suami sendiri,..

isteri tidak tahan kerana suami lepas tangan dan tidak memberikan nafkah yang cukup serta membiarkan semua bil dan ansuran kereta dan rumah atas bahu si isteri. suami juga berat tulang dan malas membantu menjaga anak atau mengemas rumah. semuanya diserah pada isteri.

kesnya isteri mohon diceraikan atas alasan tersebut…

bermula segala masalah dalam kehidupan kita atas pilihan kita sendiri.

sifat yang buruk tidak boleh mula tercetus dalam rumah tangga kerana dia akan menjadi penyakit yang bertukar kepada wabak dan akan terus merebak sehingga orang yang diserang wabak itu kecundang.

jika berlaku buat kali pertama, kena cepat membendung agar tidak bertukar menjadi wabak itu. ada caranya.

 

jika telah lama berlaku juga sebenarnya masih dapat dibetulkan lagi, insyaallah kerana dunia ini adalah dar al-asbab dan boleh ditangani dengan pergantungan pada nizam ghaib ynag tinggi.

sebenarnya, usaha mencegah itulah yang terbaik daripada mahu merawat apatah lagi jika keadaan telah menjadi racun seperti kes pasangan di atas.

sifat buruk milik manusia adalah dalam rahsia ALLAH, anugerahNYA sejak kecil atau kerana wujudnya gangguan dalam diri. namun keduanya perlu dirawat dan boleh dirawat. walau memang telah dimasukkan oleh ALLAH sifat buruk itu sebagai sifat semulajadi seseorang, ia tetap boleh dirawat dan dibuang, dengan izin NYA jua.

percintaan , bercinta dan cinta itu sendiri juga adalah anugerah ALLAH yang suci dan tetap akan kekal suci jika pemiliknya sentiasa menjaga dan memelihara kesuciannya.

untuk memelihara kesucian cinta mestilah amalan cinta itu sendiri dilakukan ikhlas kerana  YANG MAHA MEMASUKKAN CINTA ke dalam dada hambaNYA itu sendiri.

bercinta kerana ALLAH, mengekalkan kesucian cinta kerana ALLAH, rumah tangga akan sentiasa kekal dalam mawaddah dan rahmah.

isteri akan redho, suami akan bertanggung jawab kerana inilah nikmat rasa cinta itu. suami yang mencintai isterinya dia akan berusaha keras dan menjalankan tanggung jawabnya sebaik mungkin,. isteri yang mencintai suaminya akan mudah redho walau pengorbanannya jauh lebih banyak dari suami.

untuk terusan dalam keadaan bercinta, mestilah sentiasa dalam jagaan ALLAH.

untuk mendapat pemeliharaan ALLAH, mestilah sentiasa menjaga hubungan dengan ALLAH.

apa jua masalah, pasti akan ada jalan keluarnya.  insyaallah.

One thought on “kes pasangan suami isteri sebagai iktibar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s