taubat dan dosa


kata pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan.. kata kita, manusia mana tidak melakukan dosa? kata ALLAH, mohonlah keampunanKU walaupun dosamu seluas langit dan bumi.

kata kuncinya adalah taubat. pokok persoalan adalah dosa.

bertaubat nasuha setelah melakukan dosa, namun apa itu taubat nasuha?

bukankah maksud taubat itu memohon keampunan ALLAH agar diri kita bebas dari dosa?

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

bagaimana dengan mereka yang berulang kali melakukan dosa dan bertaubat terus tapi melakukan dosa yang sama berulang kali lagi?

ini permainan syaitan dan tipu dayanya yang hebat. kita dimainkannya sewenangnya. hati ditipu, buatlah lagi  nanti bisa taubat sama ALLAH,… teruslah melakukan maksiat, bukankah ALLAH itu Maha Pengampun,… ya ampun…

maka teruslah kita menjadi tunggangan syaitan dan dia ketawa riang setiap kali kita kecundang.

hanya orang yang tinggi taqwanya sahaja tidak akan terus bergelumang dengan dosa dan noda terus menerus.

bagaimana mahu memiliki kekuatan taqwa yang tinggi?

doa dan usaha.

amalan kita dan doa kita. hanya dengan izinNYA jua kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa,..

lalu, teruslah bertaubat..

jangan putus berdoa ,..

1. agar taubat kita diterima

2. agar kita diberi kekuatan taqwa dan tidak mengulang dosa lagi.

3. agar hijab kita dengan bisikan syaitan dan bisikan nafsu tinggi.

4. agar tiada datang jin dan syaitan dalam diri kita.

kerana kita ALLAH ciptakan sebaik-baik kejadian,.. jangan lah menjadi tunggangan  pada makluk yang hina.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s