kekasih dan kasih sejati


 Jika kita punya kekasih hati yang mencurahkan cinta sejati kepada kita, sabar dengan karenah kita, walau kita selalu tunjukkan   perangai buruk kita, walau kita selalu marah dengan baran yang membara, walau kita sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan, sentiasa melakukan dosa , sentiasa buat yang dia benci, jarang-jarang buat yang dia suka,  tak pernah mempamerkan kasih kita kepadanya tapi mengharapkan kasihnya kepada kita, kita sentiasa memberi yang buruk, tapi dia sentiasa memaafkan kita, memberi kasih sayangnya terhadap kita, melayan kita dengan penuh kelembutan, sentiasa mendengar masalah kita yang tidak pernah putus dan memberi pula jalan penyelesaian,.. apa rasa kita?

Tentu kita insan yang paling berbahagia bukan?

Jika dia memberitahu kita untuk kita sentiasa berada di hatinya, kasihilah anugerahnya, peliharalah amanahnya, jagalah maruah kita dan sentiasa lakukan suruhannya, mahukah kita buat?

rasanya kita akan cuba , bukan? sebab dialah kekasih hati kita, dia mencurahkan cinta sejatinya kepada kita, lalu tidak dapat tidak kita juga perlu rasa kasih dan cinta kepadanya.

itulah cinta ALLAH kepada hambaNYA.

walau seluas langit dan bumi dosa kita, namun dia tetap kasihkan kita, sedarkan kita bahawa dunia ini tiada apa, hanya sekadar tempat untuk kita mengumpul bekalan berjumpa denganNYA. tetap mengampunkan dosa kita dan tetap memenuhi keperluan kita.

tidak ditariknya udara yang kita hirup, tidak diberinya kita hujan batu dan bagai.

 

tanda kasih kita kepadaNYA bila kita sentiasa letak cinta kita terlebih dulu kepadaNYA sebelum cinta makhluk. inilah yang dikatakan hablu minallah . cinta kita kepada makhluk kerana sunnah ALLAH  yang memasukkan rasa kasih kita terhadap hambaNYA yang lain. inilah hablu minannas.

hubungan dengan manusia ini akan beres jika hubungan kita dengan NYA beres.

kataNYA kepada kita, suami itu anugerah Ku kepada mu yang kau perlu taat dan patuh demi AKU. jika kau berbuat baik dan berbakti kepadanya, redhoKU milikmu,..

suami itu anugerahKu yang kau perlu kasih dan hormat demi AKU. nescaya syurgaKU tempatmu.

kasih dan sayang serta ketaatan kepada suami kerana ALLAH ini akan membuahkan hasil yang membahagiakan kerana jiwa kita akan segar walau kita tidak mendapat balasan kasih yang serupa dari suami.

walau layanan suami pada kita buruk, walau dia memperlakukan kita tidak adil, walau dia tidak menghargai kita, tetapi kita tetap tidak goyah, kita tetap tidak menderita, kerana kasih kita pada suami , adalah kerana ketaatan kita kepada kekasih sejati kita. arahanNYA agar kita kasih kepada anugerahNYA, lalu kita kasih. kita tak kisah anugerahNYA itu kasih atau tidak kepada kita kerana yang penting pada kita, DIA kasihkan kita. kasihNYA yang penting.

dan kita nampak untuk kita mendapat kasih sejati itu , hati dan nyawa kita , kita pertaruhkan, ikhlas keranaNYA.

maka, apa juga cubaan cinta kita, kita akan hadapi dengan tabah, sabar dan redho.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s