proses hati


apa maksud proses hati?

praktik apa yang kita tahu saat itu, masa itu.

masa apa?

masa kita ditimpa musibah…

proses hati kita masa tu..

apa yang perlu diproses,..

masukkan rasa kehambaan kita dan masukkan rasa kesedaran Tuhan itu yang melakukan segala perencanaanNYA.

walau untuk perkara yang enteng,..

hari ulang tahun kita hampir sampai,.. kita dari ulang tahun yang lepas telah merancang untuk ulang tahun kali ini, kita akan buat sesuatu yang special,.. akan buat sesuatu yang memberi kenangan manis kepada kita dan suami. .. kita mula merancang, meyimpan duit dan  mengatur plan kita,.. segalanya teratur dan banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang kita habiskan,… akhirnya hari yang ditunggu tiba,.. kita dah pastikan plan kita telah diuruskan ,..hanya menunggu ketibaan kita dan suami sahaja,.. suami masih di ofis dan kita dah bagi hints dan ingatan beberapa kali ,.. malangnya hingga kini suami masih belum balik lagi ,..hari makin lewat dan perancangan kita nampaknya hanya akan tinggal perancangan sahaja,…

 

apa yang kita rasa?

bila suami pulang, apa reaksi kita?

apakah kita akan mengamuk? marah-marah? merajuk… tak bercakap… menarik muka,.. muncung sedepa? … mengata -ngata yang kita ni dah tak penting padanya,.. dah tua,.. hari ulangtahun bersama kita dah tak membawa makna lagi dalam hatinya? dan bagai….

atau kita mampu muhasabah siapa diri kita?

inilah proses hati,.. kita berjaya proses hati kita bila kita nampak, .. ohh.. manusia hanya merancang tetapi Tuhan punya perancangan lain dan perancanganNYa yang akan berlaku.

suami , ..kita,…  tiada kekuatan.

kekuatan kita, masa kita, tenaga kita, semuanya hanya pinjaman dan dengan izinNYA.. jika DIA mengizinkan akan berlakulah, jika tidak, macam-macam aral akan menjelma.

kita proses hati kita, sampai kita terima dan redho…

itulah proses hati.

 

bila setiap peristiwa kita mampu duduk bertawajuh kepada ALLAH dan proses hati kita, maka kekuatan dalaman kita akan naik. sifat baik kita akan jadi tinggi dan yang penting kekuatan taqwa akan bertapak dalam hati. lalu, jiwa akan menjadi tenang,..

jadilah kita hambaNYA. sebenar-benar hamba.

One thought on “proses hati

  1. Amazing! This blog looks just like my old one!
    It’s on a completely different topic but it has pretty much the same layout and design. Excellent choice of colors!

    Ray

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s