kasih


kita masih gagal mendapat kasih dari suami atau anak?

muhasabah hati kita sendiri.

ada atau tidak kasih kita pada dia.

kerana semuanya seimbang. ALLAH jadikan semua perkara setara.

jika ada kasih dalam hati kita pada suami atau anak, maka akan ada kasih mereka pada kita dan sebaliknya. jika kasih kita hambar, kasih mereka juga akan hambar. memang ada kes yang Allah jadikan terkecuali tapi kita hanya akan membicarakan kes yang biasa. fitrah alam.

kita akan dapat apa yang kita beri.

kekadang kita pertikai, aku dah beri lebih tapi masih tak nampak perubahan…

jika begitu, sebenarnya bukan salah orang lain atau salah Tuhan, tapi masih salah punca kegagalan itu dalam tangan kita.

muhasabah balik hati kita, minta petunjuk dariNYA , apa yang masih tak betul dan teruskan usaha kita.

 

usaha, doa , tawakal ,..itulah sebenarnya senjata mukmin.

kita tak perlu ilmu dari orang barat,…thinking within the box, out of box atau yang terkini without the box atau bagai,.. kita telah ada senjata untuk kita capai kecemerlangan seorang insan tapi kita tidak memprosesnya dalam diri kita.

proses hati kita. muhasabah diri kita. buat checklist amalan kita. perhati iso kehidupan kita…

nampak yang tak kena? nampak puncanya?

itulah yang kita kena baiki.

pokok persoalannya sejauh mana kekuatan taqwa kita? setinggi mana tahap penyerahan diri kita secara total kepada ALLAH,.. berapa kadar sabar kita,..banyak mana kemampuan maaf dalam diri kita, apakah kita boleh bersyukur dan berterima kasih atas semua hal baik buruk atau tidak? adakah kita boleh mencintai orang lain, …

semua yang berlaku pada kita adalah hasil perbuatan tangan kita sendiri, dengan izinNYA. apa jua qada kita, adalah hasil pilihan kita, dengan izinNYA. walau nampak macam pilihan suami atau anak tetapi sebenarnya kita yang ‘pull the strings’….

kasih orang pada kita akan kita nikmati bila kasih kita padanya kita beri,.. sepenuhnya, seikhlasnya,..keranaNYA.

pada suami, pada anak,.. kerana kita dulu perlu memberi, kita dulu kena berubah, baru orang di sekeliling kita akan memberi , baru orang di sekeliling kita akan berubah.

 

dan untuk memiliki kekuatan hubungan manusia yang baik, kita terlebih dulu kena memiliki hubungan dengan ALLAH yang amat baik…tip top.

wallahu alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s