hati


masih berbicara tentang hati.

satu topik yang tidak akan ada kesudahannya selagi kita bernama wanita.

kekadang ada yang berbuku di hati tetapi kita tidak mampu merungkai apa dia.. apa yang membuatkan hati kita berbuku itu,.. yang kita tahu ada sesuatu, tapi bila ditanya apa dia? kita gagal memperincikannya.

ada yang ingin kita beritahu, tapi kita tidak pasti bagaimana menyampaikannya. tidak jumpa ayat yang mampu menggambarkannya secara tepat.

kita mesti meluahkan tapi tidak tahu caranya, lalu kita pendam.

namun, kesan pendam itu jauh lebih besar. kita terbuku,.. lagi dan lagi, akhirnya bila sampai satu tahap kita meletup….

bagaimana mahu menyatakan rasa hati , dengan jelas dan mampu memberi pemahaman pada orang lain?

atau elokkah dipendam sahaja agar kita tidak menyakitkan hati orang?

kita tiada pengetahuan,..kita tiada kekuatan.

yang kita mampu meminta petunjuk dariNYA agar diberi kita bisikan yang datang dari DIA dan kita sentiasa dibawah pimpinanNYA.

terusan meminta dan terusan berdoa. mudahan doa kita dimakbulkan.

doa setiap masa dan ketika, kerana kita tahu doa itu senjata mukmin.

One thought on “hati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s