sangkaan


kita banyak mendengar dan ada yang mempelajari tentang nombor terutama melalui tarikh lahir. terdapat kajian yang dilakukan pada nombor dan kaitannya dengan personaliti . terdapat tanda-tanda pada tarikh lahir dan gabungan angka atau nombor ini yang membawa maksud tertentu berdasarkan pola kajian. melalui tarikh lahir ini kita boleh mengkaji tarikh lahir kita dan melaluinya boleh melakukan perancangan.

namun, berdasarkan pengalaman , saya dapati sukar sekali untuk melarikan diri dari sangkaan apabila kita tahu tentang method ini dan mengaitkannya dengan kehidupan kita. akan ramai yang cenderung menggunakannya untuk melalui beberapa fasa dalam kehidupan dan dalam menentukan keputusan yang akan diambil.

malangnya, ada risiko yang tinggi ekoran dari kecenderungan kita menggunakan angka atau nombor dalam kehidupan.

selain  bagaikan amalan meramal, menggunakan kaedah nombor juga membuat kita mempunyai sangkaan.

sangkaan kepada ketepatan kejadian berdasarkan nombor tadi, … kita menyimpan sangkaan – sangkaan yang telah disusun mengikut kaitannya dengan nombor. nombor sekian,..  kajian yang telah dilakukan akan berlaku sekian , jadi sekiranya kita mempunyai nombor sekian , kemungkinan perkara yang sama akan berlaku kepada kita. lalu tidak dapat tidak, kita akan menyangka kemungkinan itu bakal berlaku dan mula bimbang, risau dan membuat persiapan segala untuk menghadapi kemungkinan tersebut,.. kata kita,.. kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

apa masalahnya? baguslah tu…

sebenarnya sangkaan adalah doa.

risau juga adalah doa.

bimbang juga adalah doa.

dan ingatlah,.. kata-kata ALLAH,… ‘ AKU adalah sebagaimana sangkaan hambaKU’…

dan bila kita banyak sangkaan, kerap pula, setiap masa dan ketika ,.maka tak mustahil sangkaan kita makbul.

dan banyak sangkaan , berada bersama dengannya adalah gangguan syaitan dan jin.

bimbang amalan kita bukan membawa kebaikan dan menjadi persiapan kepada kejadian yang belum terjadi sebaliknya penyebab musibah yang jauh lebih besar ,..terutama yang melibatkan aqidah.

wallahu alam,…

 

4 thoughts on “sangkaan

  1. Salam intanrohaida
    Sangkaan buruk mengenai suami sentiasa berada di minda saya, setelah banyak kejadian & pengalaman buruk yg saya alami sehinggakan adakala sangkaan saya itu benar, setelah bertanya padanya. Dari sangkaan dan menjadi kenyataan telah membuat hati dan perasaan cinta & sayang saya hilang terhadap dia kerana telah beberapa Kali saya dapat mengesan perbuatan curang serta penipuannya pada saya, konon saya mungkin tidak dpt menerima sekiranya dia memberitahu saya awal2. Apakah Yg patut saya lakukan utk perbaiki keadaan…..

    1. sekarang ni memori buruk dalam minda 90%. ini tidak baik untuk sesuatu perhubungan kerana sukar sekali untuk berfikiran positif. boleh cuba melakukan rawatan untuk menaikkan sifat baik dan membuang kekuatan memori buruk, insyaallah. bila minda hanya dipenuhi dengan kekuatan memori baik maka sangkaan juga akan berubah kepada sangkaan baik, insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s