tahu dan buat


kita tahu kita perlu sabar kerana kita tahu ALLAH itu bersama dengan orang yang sabar.

tapi kita bersabar tak?

kita tahu kita perlu banyak memaafkan kerana kita tahu  maaf  itu sifat ahli syurga.

tapi kita mudah memaafkan tak?

kita tahu kita kena redho dengan qada dan qadar ALLAH kerana kita tahu DIA yang MAHA mengatur segala sesuatu.

tapi kita redho tak?

kita tahu kita kena banyak bersyukur walau apa keadaan kita kerana kita tahu syukur itu membuatkan ALLAH menambahkan nikmatNYA kepada kita.

tapi kita bersyukur tak?

kita tahu kita kena  buat sesuatu dengan ikhlas kerana kita tahu ikhlas itu membuatkan diri kita tabah.

tapi kita ikhlas tak?

kita tahu kekuatan rezeki tu dari ALLAH dan tiada apa yang perlu kita bimbang kerana  kita tahu rezeki, jodoh dan pertemuan  semuanya dalam tangan ALLAH.

tapi kita masih risau tak?

kita tahu kita perlu berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH kerana kita tahu ALLAHlah yang MAHA pandai mengatur .

tapi kita  berserah diri secara total tak?

sebenarnya , the list can go on and on.. namun, kenyataannya  tetap sama..

kita tahu banyak perkara tapi …

apa yang kita tahu tak semestinya kita buat.  atau … kita tak semestinya buat apa yang kita tahu itu… (sama ajelah..)

kenapa?

sebab untuk kita buat apa yang kita tahu itu perlukan pengorbanan.

apa yang perlu kita korbankan?

nafsu dan keinginan kita.

lalu …  kenapa nak korbankan nafsu dan keinginan payah?

kerana nafsu dan keinginan mahukan yang mudah, enak dan nikmat tanpa perlu susah payah.

sedang untuk kita sabar, memaafkan, redho, berserah diri secara total terhadap ALLAH dan lainnya perlu tekan nafsu.

susah ke untuk tekan nafsu?

tanyalah diri kita.

adakah kita tahu dan kita buat? atau kita tahu tapi tak semestinya kita buat.

dimana diri kita , itulah jawapan susah atau senang menekan nafsu itu.

di mana kita?

2 thoughts on “tahu dan buat

  1. Salam,

    Saya ada persoalan sikit dari rangkap ayat ni dibawah ni;

    “kita tahu kekuatan rezeki tu dari ALLAH dan tiada apa yang perlu kita bimbang kerana kita tahu rezeki, jodoh dan pertemuan semuanya dalam tangan ALLAH.

    tapi kita masih risau tak?”

    saya ada kemusykilan mmg rezki, jodoh pertemuan suma tu dlm tgn Allah, tapi adakah manusia lain yg melihat situasi ini terhadap salah sorg manuisa yg lain (contoh mak melihat anak) boleh ke tak risau jika anak dia tak berbuat apa2 dok diam saja, melepak kat rumah harap akan ada rezki utk dia, tanpa berkerja? itu kalau mak dia risau, adakah mak dia bersalah sbb risaukan anaknya?tu mak punya cerita lah, tapi si anak ni apa lak dia fikir? kalau dia kata “relek la buat apa penat cari keje nanti keje tu datang la sendri kan semua tu dalam tangan Allah?” dgn dia tanpa berusaha mencari kerja? adakah cara tak risau begitu termasuk dalam rangkap ayat diatas?

    Terima kasih.

    1. dunia ini adalah darul asbab. darul asbab memerlukan ikhtiar. namun dunia ini dikuasai oleh dua nizam , nizam ghaib dan nizam zahir. darul asbab adalah nizam zahir, qudratullah pula adalah nizam ghaib. kejayaan nizam zahir bergantung kepada nizam ghaib. jadi kekuatan yaqin kita kepada nizam ghaib kena jauh lebih tinggi dari kekuatan yakin kita pada nizam zahir. tetapi ikhtiar tetap perlu.

      ikhtiar dan usaha adalah kekuatan kita namun kejayaan kekuatan kita itu bergantung kepada kekuatan izin ALLAH swt. jadi pergantungan hati tetap kena seratus peratus pada ALLAH, disinilah kita tidak boleh ada risau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s