pergantungan


kita ada suami yang bertanggung jawab. mengambil berat hal anak-anak dan sentiasa ada untuk membantu dalam apa jua masalah kita.

sekiranya anak sakit di tengah malam, pada siapa hati kita bergantung?

pada suami kita tadi?

sebenarnya inilah lumrahnya, kerana dia ada di sisi. dan dia pula amat prihatin.

 

malangnya, apa yang hati kita lakukan mengundang bahaya pada diri kita.

andai saat mana hati kita sentiasa nampak makhluk , baik kala bahagia apatah lagi saat merbahaya , maka kekuatan rohani kita jatuh teruk dan mampu menaikkan sifat buruk kita. ramai isteri yang memiliki sifat buruk yang tinggi, inilah salah satu  puncanya mengapa wanita itu menjadi 2/3 sebagai bahan bakar api neraka- nauzubillah min zalik.

hati kita sentiasa nampak makhluk,.. makhluk dulu yang kita tuju, tak kiralah siapa dia, suami atau doktor. ubat dan hospital.

ini semua adalah nizam zahir.

orang yang tinggi kekuatan rohaninya , nampak ALLAH dulu.

 

ikhtiar itu perlu kerana kita dalam dunia ikhtiar. tapi pergantungan hati perlu ada pada ALLAH.  suami atau makhluk adalah syarat. syarat dalam ikhtiar bukan tempat untuk kita letakkan pergantungan.

kerana dia juga makhluk seperti kita , tiada kuasa.

yang maha berkuasa adalah ALLAH semata.

bila hati kita sentiasa ada ALLAH , kekuatan rohani kita sangat tinggi dan kita nampak kekuatan semua NYA hanya dariNYA semata.

anak sakit, nampak ALLAH dulu, ALLAH yang beri penyakit DIA juga yang MAHA menyembuhkan , suami , doktor, ubat dan hospital adalah syarat ikhtiar tapi pergantungan seratus peratus  perlu pada ALLAH.

muga kita diberiNYA kekuatan untuk sentiasa nampak DIA dalam semua urusan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s