redho Ilahi


agaknya ada ke yang lebih penting dari nya?

kita ini hamba, hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasanya, sangat tinggi kasih sayangNYA, dengan hanya sedikit limpahan rahmatNYA di masukkan ke dalam dada semua hambaNYA, kita mampu pula berkasih sayang sesama kita, menyayangi anak2 dan ibu bapa kita, mencintai suami kita.

Dia yang mencipta kita. mencipta kita untuk kita beribadat kepadaNYA. mencipta dunia ini dan perhiasannya  untuk dijadikan medan ujian buat kita. mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan kita dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. tempat yang kekal abadi , yang tidak  ada kematian lagi. tempat terakhir perjalanan roh.

roh kita telah berjalan jauh, sejak diciptakan, ada ulamak mengatakan roh diciptakan serentak dengan pembentukan Adam, semua roh diciptakan serentak,  tetapi ditiupkan  ke dalam rahim ibu mengikut perancangan Allah. kemudian perjalanan roh diteruskan apabila roh ditiupkan dalam seketul daging dalam rahim ibu, membentuk jasad  manusia, disini roh diuji dengan jasadnya sekali dan amalannya ditulis, untuk dihisab dan diberi balasan sama ada baik atau buruk, syurga atau neraka.

roh meneruskan perjalanan setelah jasad mati , roh berada di alam barzakh pula, alam pertama roh mendapat balasan, seterusnya roh menuju ke  alam akhirat dan tempat terakhir roh adalah di syurga atau neraka .

ketika dari alam akhirat lagi roh dimasukkan semula ke jasad. sewaktu di alam syurga, jasad roh adalah yang terbaik dalam semua perjalanannya. tubuh dan wajahnya lebih cantik dari bidadari, jika roh itu wanita, … dia menjadi ketua bidadari kepada puluhan, ratusan dan ribuan bidadari milik suaminya. (tiada apa yang perlu ditakutkan dengan poligami, di syurga kita berkongsi bukan dengan satu, dua atau tiga wanita, tetapi paling sikit 70, malah isteri suami di syurga sentiasa menjengokkan wajahnya ke dunia melihat bagaimana kita melayan suaminya di dunia ini,..masyaallah, tapi kita masih ego menyangka suami itu milik kita dan mengatakan orang ini , orang itu perampas..dan kalau kita isteri terkemudian pula sibuk membanggakan diri serta mengata2  isteri pertama tak pandai menjaga suami dan bagai,…masyaallah, bidadari ALLAH, isteri2 suami di syurga pun menggelengkan kepala,..)

roh lah yang apabila ditanya ALLAH, siapa AKU?, dia menjawab , ENGKAU adalah Tuhanku, dan aku adalah hambaMU,.. maksudnya roh sangat sedar akan hakikat bahawa dia hanya hamba..

lalu, mengapa apabila masuk ke alam dunia kita selalu lupa siapa kita?

kerana kita mengikut hawa nafsu kita. nafsu itu apabila ditanya oleh ALLAH, siapa AKU? dia jawab dengan sombongnya, ENGKAU adalah ENGKAU , aku adalah aku. ALLAH humbankan dalam api neraka untuk disiksa beberapa lama dan bila dikeluarkan jawapannya masih tetap angkuh, ENGKAU adalah ENGKAU dan aku adalah aku, lalu ALLAH campakkan lagi dia dalam api neraka, bila dihadapkan kembali selepas sekian lama dalam neraka barulahh dia mengaku , ENGKAU adalah Tuhan, dan aku adalah hamba.

kerana itu nabi mengatakan mujahadatunnafsu itu adalah perang yang lebih besar dari perang menentang kaum kafir musyrikin. nafsu digunakan oleh syaitan untuk menunggang kita menuju ke api neraka dan  nafsu yang memang dari mula engkar mudah patuh, lalu tugas kita untuk sedar bahawa mereka itu adalah musuh kita yang utama.

untuk mendapat redha ILAHI , nafsu itulah yang perlu ditekan dan dilawan.

bukan suami, bukan ibu bapa.

rasa mahu marah, pada anak, pada suami, kita lawan, diam dan senyum, memang perit , marah sedang membara, tapi disuruh tekan dan diam malah kena   senyum pula, tapi bila kita berjaya , marah itu reda, datang rasa manis sangat, itu lah dikatakan manisnya iman.

memang mudahnya , bila nafsu marah datang, kita ikutkan rasa marah itu, lalu keluarlah perkataan2 yang bertubi2, kita lepaskan sungguh2 dan kita akan ungkit serta cakap yang macam2, kerana bila marah, elemen api tubuh kita naik tinggi dan disembur minyak oleh syaitan ,  maka makin membara marah itu, kita rasa puas,..puas hati aku,..padan muka engkau,..buat aku lagi macma ni,.. kita tak sedar sebenarnya bila kita turutkan nafsu marah itu, muka kita yang padan,.. ditunggangi oleh syaitan dna nafsu, syaitan dan  nafsu bertepuk tangan gembira (kitapun diajar dalam lagu, kalau gembira tepuk tanganlah, petik jarilah, hentak kakilah, …bukannya ucap syukur alhamdulillahhh,..masyaallah,..kita pulak ajar anak2, lepas tu pertikai napa anak aku  ni asyik suka hiburan je , malas belajar, susah solat,..hemm.. ), syaitan dan  nafsu seronok, mereka ada pengikut setia, yang bila dikata,.. jump, kita tanya, how high? bukannya kita kata , bodoh engkau , aku bukan stupid macam engkau , nak masuk neraka,.. tak, kita akan jump… sebab menurut hawa nafsu ini, hati tidak sakit, hati akan puas,..

yang sakit, bila kita kena tekan nafsu, macam tadi, bila nak marah,  rasa marah yang membara, kita tekan, kita diam, malah kita senyum, syaitan terus mengapi2 kita, tapi kita tak endah, sebab kita tahu, mengikut nafsu ini , neraka balasannya,.. lalu kita lawan. lawan sesungguh hati, kita nampakkan pula ALLAH dalam diri kita, kita kata, ohh ,.. tak apa, ini dari ALLAH, perangai anak tak dengar kata, ini kesilapan aku juga, tak ajar dia dengan baik, nampak ALLAH, nampak kesilapan kita, lalu kita terima dan kita azam untuk membaikinya, buat kerana ALLAH,.. rasa nak marah suami balik lambat, kita telan, kita terima, ini salah aku juga, sepatutnya aku jadi a very good companian sehingga dia sentiasa rindu untuk bersama denganku instead of lepak dengan kawan, salah mulutku yang payah senyum tapi mudah mengkritik dan  menyindir,.. (ramai pula nanti yang bertanya, kenapa asyik nak nampak salah kita jer, apa suami tu tak ada salah,..sebenarnya nampak salah kita akan membuatkan hilang sifat buruk kita dan membersihkan hati kita, nampak salah suami atau salah orang lain, hanya akan menaikkan sifat buruk kita),…

masih rasa perit? susah? memang perit dan susah untuk tekan dan lawan nafsu,.

kerana itu nabi kata jalan ke syurga itu penuh ranjau dan duri,.. sukar. manakala jalan ke neraka itu laluannya sangat mudah,.. memang mudah, sebab kita ikut sahaja apa kata nafsu, rasa nak marah, maka kita marah.. rasa susah nak sabar, maka kita tak sabar, rasa tak sanggup poligami, hati perit, sakit , tengok suami, teringatkan madu, lalu kita mengamuk sakan dan ugut mengugut, minta cerai dan bagai,.. mudahnya ikut nafsu,.. tapi itulah jalan ke neraka,.. nauzubillah.

firman ALLAH, dalam surah assyams  , manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan , beruntuglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan,..

kita?… bagaimana..? jalan mana yang kita mahu pilih,..? jalan ketaqwaan yang penuh ranjau dan duri, kena tekan nafsu dan berperang dengan syaitan atau jalan kefasikan yang indah dan  mudah?

tepuk dada tanyalah diri,..

wallahu alam.

 

2 thoughts on “redho Ilahi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s