kasih kita pada suami


mengapa kasih kita pada suami jauh lebih penting dari kasihnya kepada kita?

kerana jika kita kasih pada suami tanpa sempadan, kita akan buat yang terbaik untuknya tanpa ada rasa terpaksa. kita akan serah jiwa dan raga kepadanya dengan suka rela. kita akan berkorban hati dan perasaan tanpa mengharapkan balasan, kita akan berbakti setiap masa dan saat  dengan penuh keikhlasan.

sukar ke?

sebenarnya mudah jika matlamat kita untuk mendapatkan redho ILAHI .

sepatutnya tidak payah jika kita lakukan semua itu dengan niat beribadah kepadaNYA.

‘tidak AKU ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKU’, maksud firman ALLAH.

lalu, laluan paling mudah untuk meraih status hidup dalam beribadah adalah bila mana kita lakukan semua nya kerana ALLAH semata.

insyaallah, ..

kasih kita pada suami adalah kasih yang ikhlas. kasih yang suci.

kerna ia datang dari  hati yang kita sucikan sebagai tempat jatuhnya pandangan yang dilangit,…

kasih kita pada suami akan menaikkan perasaan belas kita padanya, lalu kita mudah memaafkan dan mudah melupakan salah dan silapnya, walau apapun ia.. hatta ‘silapnya’berpoligami..( bukankah pada isteri ujian poligami itu ujian paling besar?)

hanya kerana kasih kita padanya ikhlas kerana ALLAH SWT,..

kesannya?

tak perlu diambil kira,..kalau baik kita syukuri , kalau buruk kita sabar menghadapi,..

namun, yakinlah, ALLAH tak pernah menzalimi,..

apa yang kita beri , itulah yang kita terima kembali,.. insyallah.

lalu, jika kita beri kasih, kasihlah yang kita miliki kembali,.. malah kasih itu jauh lebih syahdu , lebih manis, lebih berseri,..

bukankah janji ALLAH , kalau kita beri satu keranaANYA, kita akan terima lebih,..jika kita mensyukuri nikmatNYA, kita akan  dapat lebih….?

janji siapa yang jauh lebih benar selain dari janji YANG MAHA MEMEGANG JANJI DAN TAK PERNAH MEMUNGKIRI,….?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s