kita fikir kita siapa?


rasa marah bila suami kahwin lagi? rasa tak patut bila suami ada niat untuk berpoligami? rasa tertipu bila dia beritahu kita yang dia sayangkan kita tapi pada masa yang sama dia bercinta danberkasih sayang dengan perempuan lain? rasa suami curang pada kita bila dia sibuk berchatting dengan girl friend? rasa cinta suami hanya palsu ? pelukan mesranya hanya lakonan? ciuman kasihnya hanya kepura-puraan?

kenapa kita rasa begitu?

kita fikir kita siapa?

andai kita ada beberapa anak kucing yang comel dan berbulu gebu,.. lalu kita bahagikan kepada kaum kerabat kita, ada yang kita bagi seekor, ada yang kita bagi dua, ada yang kita bagi tiga dan ada yang kita bagi empat ekor pada orang yang berbeza,.. bila yang kita bagi seekor anak kucing comel tu, dia tanya kenapa tak bagi aku seekor lagi? lalu dia pertikatindakan kita, kata kita tak patut, kenapa buat dia macam tu dan bagai?

apa respon kita? ehh..ikut suka akulah .. itu anak kucing aku, kalau aku bagi berapa ekor ke, kat sapa ke,.. tu aku punya hal sebab anak kucing tu aku yang punya,.. aku dah bagi engkau seekorpun dah syukur tau,.. dasar tak kenang budi, nampak buruk ajer,.,

hemm.. so sapa kita andai yang empunya diri kita dan suami kita, nak aturkan perancangan yang bagai untuk kita ? kita ada kuasa ke nak pertikai? ada hak ke nak komen?

tak ada…

sebab kita, hanya hamba…

kena redho walau apa ujian yang datang dariNYA..

hatta ujian itu melukakan, sangat perit untuk diterima, sangat pahit untuk ditelan. umpama duri dalam daging. kerana ujian ALLAH pada hambaNYA boleh datang melalui siapapun, melalui apapun,.. baik melalui insan di sekeliling kita, atau harta benda,..

bukankah dianugerahkan kita suami untuk kita jadikan medan kita berbakti bagi meraih syurgaNYA itu jauh lebih baik, tak kiralah suami yang layan kita bagaimana, yang dikira adalah layanan kita pada suami dan kesabaran kita menerima layanannya andai melalui suami ujian ALLAH datang, atau sejauh mana kita mensyukuri nikmatNYA, andai melalui suami kita diberi nikmat. bukannya bagaimana layanan suami pada kita..

kita hanya hamba..

kita sombong kalau kita kata, aku tak perlukan suami yang begitu, penipu, curang, penuh pura-pura, tipu aku hidup-hidup,.. depan berlakon baik tapi di belakang sibuk bercinta dengan orang lain,.. jika ada dalam hati kita perasaan begitu, jatuh dua sifat pada kita, sifat sombong dan sifat takabbur,.. tak tahu rasa syukur,.. jika diuji melalui suami, cepat kena ingat, apa yang dibuat adalah antara dia dengan ALLAH, tapi apa yang kita buat dan rasa, ALLAH akan pertanggungjawabkan dan dibalas baik di dunia mahupun di akhirat,..

apa yang kita boleh buat, adalah kita berikhtiar, berdoa dan merawat andai ujian ALLAH itu kita belum mampu tempuh dengan redho. berusaha sehabis daya , tanpa putus asa selagi hayat dikandung badan, sehingga redho ALLAH milik kita, insyaallah.

 

 

2 thoughts on “kita fikir kita siapa?

  1. sangat2 setuju….muhasabah diri …..sesungguhnya yang terjadi tu atas keizinan Allah s.w.t….redha atas ketentuanNya…xsiapa yg ingin dimadu atau bermadu…tetapi jika itu sudah tersurat…Redha lah….mungkin ada hikmah disbaliknya…mngkin mngajar utk kita utk jd yg lbih baik…Allah mengetahui apa yg terbaik utk umatNya..

    1. fokus pada diri kita, jangan sesekali nampak orang lain dalam apa jua. jika kita sendiri tidak mampu redho dengan apa juga layanan orang pada kita, masih menangis , merintih , mengenang nasib , sebenarnya kita juga masih jauh dari redho pada qada dan qadar ALLAH. tempat seorang isteri di sisi suaminya dan dia memudahkan si suami itu, bukan mengundur diri kemudian nampak kesalahan orang lain dalam keputusan yang kita buat sendiri. yakin dengan ALLAH dan pandang dosa dan noda kita, muga kita sentiasa dalam ampunanNYA, insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s