langkah mula


setelah berkahwin, selesai sahaja aqad nikah, diri pasangan menjadi halal antara satu sama lain,.. sepatutnya mawaddah dan rahmah mula berkembang dan memekar seterusnya terus harum mewangi mewarnai kehidupan pasangan dua sejoli itu,..

namun, kekadang bukan itu yang berlaku,..

halalnya status suami isteri rupanya menjadi titik mula penderitaan batin dan emosi,..

suami kasar, isteri bengis, suami garang, isteri jadi singa betina, suami tak endah, isteri tak peduli, suami lepas tangan, isteri berkira,.. kasih dan sayang seolah tidak wujud lagi,.. umpama langit dengan bumi layaknya,..jauh beza ,..tidak seperti masa bercinta dulu,..

mengapa begitu? sedang masa bercinta, dia tidak halal untuk kita pegang, untuk kita sentuh, untuk kita bermesra , bersenda gurau,.. ketawa menggoda, senyum menawan, bercakap lemah lembut,.. tapi kita buat,.semasa bercinta,.. sebaik berkahwin, hilang senda gurau, tawa manja dan senyum manis,..yang ada hanya sendu dan pilu,.. kesan layanan kasar masing-masing…

maka bertepuk tanganlah syaitan durjana,..

hari demi hari berlalu, bulan berselang, tahun berganti,.. keadaan makin parah,..

bila berlaku sesuatu ujian, isteri jatuh cinta dengan orang lain, suami ada perempuan baru, ingin menambah cawangan, .. tiba-tiba baru kita tersedar,.. ehh. apa jadi dengan perkahwinan ku,. yang ku bina atas dasar cinta sama cinta,.. yang dia dulunya kurindui siang dan malam,.. kini masa dan tempat bukan lagi merapatkan ,..

kesedaran datang,.. isteri mahu berubah, mahukan suami juga berubah,.. mahu cuba menyelamatkan perkahwinan, mahu rasa kasih mekar semula, rasa cinta bersemai kembali,..

boleh,..

insyaallah,.. kerana ALLAH itu amat cintakan kebajikan,..

tetapi desakan hawa nafsu pula menjadi masalah,.. bisikan syaitan tak pernah putus,..

kekadang diri mahu berbuat baik , tetapi pasangan hanya memberi respon jika kita mulakan dulu, jika kita diam, dia pun tak kisah,.. setiap kali kita yang kena mulakan langkah awal, ambil first inisiatif,.. setiap kali,..lalu kita jadi negatif, jemu dan bosan…

mengapa?

bukankah orang yang memberi itu lebih baik dari orang yang menerima?

bukankah tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah?

kenapa ada rasa sombong,..? tak mengapa kita sentiasa memulakan ,..kebaikan atas kita,.. bukankah nabi kita kata orang yang memberi salam itu lebih mulia dari orang yang menjawab salam?

yakinlah, memberi itu lebih baik..

memulakan itu pahala,..

yang pertama itu sentiasa membawa makna,.

buat kerana ALLAH, nescaya puji atau keji , tak akan membawa erti pada kita,.. dipuji kita syukur , dikeji pun tak mengapa,.. kerana yang penting adalah penerimaan ALLAH…

ayuh,.. kita jadi yang pertama,.. mulakan langkah,.. menuju kebaikan,..

One thought on “langkah mula

  1. Assalamualaikum… Tersentak sy baca entry ni. Mmg kena dgn saya skrg..kawin atas dasar cinta.. Sy manjakan suami, apa yg suami nak sy turutkan, sy pulak bkn jenis yg meminta2.. Suami juga suka bermanja dgn sy, tidur atas ribaan sy, suka sy mengelus rmbutnya… Bertengkar tu asam garam rumahtangga tp x pnah cecah 24jam. Cuma sy terkilan sbb suami tiba2 ada cinta hati baru. Walaupun dia msh layan sy dgn baik tp hiba sgt perasaan sy. Baru je 2 thn kami berkahwin tp sy masih bersabar, sy xnak mengaku. Semlm kali terakhir jumpa suami sbb dia kata outstation smpai rabu tp sy tau dia pergi jumpa perempuan tu sbb sy terbaca msg2 dorg kat hp suami sy… Terkilan sgt.. Dari ptg smlm smpai skg takde khabar berita dari suami. Sy nak call @ sms suami tp takut kalau perempuan tu yg jwb @ bls sms tu nnti, bertambah hiba hati sy nanti… Hati sy rindu sgt pd suami tp sy cuma mampu berdoa agar Allah jauhkan godaan syaitan dari suami sy…perempuan tu pula ckp sy “loser” sbb suami sy pilih dia..pd hal mrk x pnh lg berjumpa sebelum ni.. Ya Allah..kuatkan hatiku…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s