masihkah kita punya hati yang keras?


menangis kerana ALLAH, menangis kerana takutkan siksaanNYA, menangis kerana mengenangkan dosa kita yang telalu banyak, menangis kerana diri kita yang tidak mampu redho atas qada dan qadarNYA, menangis kerana diri kita yang tidak pernah tahu mensyukuri nikmatNYA, menangis kerana diri kita yang hanya tahu mempertikaikan ujianNYA, menangis kerana diri kita yang sombong, penuh ego dan keangkuhan , tidak sadar yang kita hanya hambaNYA. sentiasa berkeluh kesah, tidak nampak DIA dalam diri kita,..yang buruk sangka terhadapNYA,..

betapa banyak dosa kita? tapi yang nampak dalam hati kita, yang penuh dalam jiwa kita, yang terlihat pada sanubari kita hanya ketidak adilan hidup kita,.. mengapa begini dan begitu? mengapa tidak begini dan tidak begitu? soalan -soalan sombong dan penuh ego oleh hamba yang hina tapi berlagak tuan seperti kita,.. seolah kita punya hak untuk mengarahkan DIA , sepatutnya beri aku ini dan itu,.sepatutnya jangan buat begini dan begitu,.. sepatutnya jangan beri aku susah, sentiasa beri aku senang, kalau tidak jangan harap aku mahu sembah ENGKAU.. begitu lagaknya kita..

astaghfirullahal azim,.. astaghfirullahal azim.. astaghfirullahal azim..

sudikah DIA mengampunkan dosa kita yang terlalu banyak dan sentiasa bertambah setiap detik dan saat?

kita yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama dan masih ada hati mahu mempersoalkan keputusanNYA? seolah DIA tidak tahu apa yang dibuatNYA…

masyaallah..

mampukah kita menangis mengingatkan semua itu?

atau hati kita terlalu keras…

nauzubillah,.

mintalah padaKU, ..nescaya akan KU perkenankan,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s