makanan dan makan serta prosesnya


ramai sekali yang bertanya perihal makan dan makanan. jika sakit, apa yang perlu dimakan, jika mahu rawat sesuatu apa yang boleh diminum,. jika mahu buang penyakit, makanan dan minuman apa yang terbaik,… and so forth,..

menjawab persoalan ini, sebenarnya mudah,.. tetapi kekadang kita lupa,.. lupa akan hakikat bahawa sebenarnya kita bermasalah , kita berpenyakit, kita menderita kerana masalah kesihatan ,.. sebenarnya berasal dari makanan.. dari apa yang kita makan, … dari apa yang kita  masukkan dalam perut kita,..

sabda junjungan mulia, nabi muhammad saw,..

“Anak Adam tidak

mengisi bekas yang lebih buruk dari cara

mereka memenuhi perut mereka.

Hendaklah Anak Adam mengambil beberapa

suapan untuk menguatkan tulang mereka.

Sekiranya boleh, 1/3 dari perut untuk

makanan, 1/3 untuk minuman, dan 1/3

untuk pernafasan”

• Riwayat An-Nasai, at-Tirmizi

itulah sebenarnya punca penyakit kita,…belum habis hadam nasi lemak untuk breakfast , kita dah makan kueh untuk tea jam 10 pagi, belum sempat reda tea, kita dah lunch,.. habis lunch hour, kita dah teringin makan itu ini untuk tea petang pula dan belum apa-apa , dah dinner, untuk late nighters pula, kedai mamak 24 jam sentiasa ada untuk supper,.. lalu, wajarkah makanan atau minuman yang kita cari sebagai jawapan kepada masalah kesihatan kita?… yang menjadi penyembuh penyakit?

perutlah punca penyakit,.. makanan yang kita makanlah faktor utama permasalahan kita,..

renungkanlah,..

sebenarnya jawapan paling mudah bukanlah mencari apa yang perlu dimakan atau diminum, minuman apa yang terbaik, makanan apa yang paling bagus,..

tetapi jawapan sebenar kepada permasalahan penyakit jasad adalah,…

banyakkan berpuasa, ..

atau paling tidak kurangkan kuantiti makanan dan kuantiti berapa kali makanan masuk ke dalam perut kita,…

nabi tercinta, corak pemakanannya,.. kenyang sehari lapar sehari,.. kenyang untuk dia mensyukuri nikmat ALLAH, lapar untuk dia bersabar dengan ujianNYA,..dan kenyang rasulullah , bukan kenyang kita,.. kenyang baginda sekadar beberapa biji kurma atau sekeping roti yang dicicah minyak zaitun bercampur cuka,.. sekali hidangan itu aje untuk hari yang baginda sepatutnya kenyang itu,..

masyaallah,..

kita?

 

tapi kita masih bertanya,..apa yang patut kita makan…

masyaallah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s