memahami dan memasukkan cinta


bolehkah memasukkan kembali cinta ke dalam hati yang telah kosong. kecewa dan tiada rasa positif terhadap suami, yang ada hanya negatif? dek perbuatannya yang tidak sudah, sudah.. berulang kali mengecewakan, memberi janji kemudian mengulangnya kembali? dek kata-katanya yang kejam, menghiris hati wanitamu dan kemudian menginginkanmu ? dek amarahnya yang tak bertepi dan pengorbananmu yang tak dihargai? atau dek sikapnya yang walaupun , kau membantunya dari semua segi , baik tenaga, masa mahupun kewangan, namun dia tetap tiada timbang rasa dan tolak ansur? pantang silap sedikit , pasti baran dan nasihat serta ungkitan sejarah lama yang berjela-jela?

yang mahu dirimu sentiasa redho, wajah sentiasa manis walau hati terluka, diam menerima walau diri dizalimi?

bolehkah memasukkan kembali rasa cinta itu?

ya boleh, dengan izinNYA.

ada banyak benda yang perlu diproses dan difahami di sini…

pertama.  kenyataan di atas adalah apa yang kau sendiri rasa , apa yang kau sendiri fikir,… sedang di sini ada dua insan berbeza, yang punya persepsi dan pemikiran berbeza. untuk menyelesaikannya, engkau tidak boleh berfikir dengan dirimu sahaja… fikirkan dari sudut dirinya juga. atau cuba berfikir dari sudut dirinya..

tidak akan berlaku sesuatu itu, amarah yang panjang, baran yang tak ada henti, ungkitan yang berjela, rasa tak menghargai yang tak bertepi,.. pengorbanan yang dilupakan,.. andai   dia berfikir, engkau tidak  layak menerimanya…. untuk dia melakukan semua itu, pasti ada sebabnya,.. seorang suami tak akan melakukan semua hal itu , jika dia berpuas hati dengan perangai isterinya,.. jika dia nampak kejujuran isterinya,.. jika dia rasa keikhlasan hatinya,.. jika dia hidup dengan jiwa  bersih isterinya,..

melainkan jika dia sendiri memiliki sifat buruk yang tinggi,..

pasti, sesuatu musibah yang berlaku atas kita, kepada kita, kerana perbuatan tangan kita sendiri,.. bukankah itu penerangan ALLAH dalam al quran?

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahan kamu” [As Syura:30]

lalu, mengapa ada dendam dalam hati apabila engkau dilayan seperti sampah? mengapa hati engkau menjadi kosong terhadap suami sedang permasalahan bermula dari dalam hati mu sendiri?

engkau dimarahi? pasti ada kesalahan yang berlaku,.. kalau bukan  yang kini, pasti sebelumnya,.. tidak semestinya kesalahan pada suami itu sendiri, kekadang pada anak, pada diri mu,..apa yang bertapak di hati mu.. fikiran-fikiran negatif, buruk sangka bagai  ,kesalahan  pada emak bapa, pada sanak saudara, atau pada orang di sekeliling mu,.. yang dikembalikan semula kepada mu melalui layanan buruk suami …

lalu, cuba letakkan dirimu dalam diri suamimu dan fahami mengapa dia bertindak begitu.. marah saban masa, bersikap tidak endah, tidak mempamerkan sayang…

engkau akan nampak, akan hakikat ,.. bahawa sebenarnya , ia bukan bertepuk sebelah tangan,.. rupa-rupanya bukan sebelah pihak sahaja terlibat,.. rupa-rupanya engkau jua memainkan peranan , malah mungkin dirimulah punca permasalahan, ..

rupa-rupanya musibah itu adalah pembalasan dosamu,..

dosamu yang membuat apa yang ALLAH larang, meninggalkan apa yang DIA suka,..

dosamu yang merasa suamimu begini dan begitu,..

dosamu yang berprasangka buruk pada suamimu,..

dosamu yang merasakan bahawa engkau tidak berdosa, …. macam nabilah pula yer,. maksum,..

dosamu yang lupa pada dosa-dosamu, hanya ingat dosa orang padamu,..

lalu, berlakulah janji ALLAH…

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahan kamu” [As Syura:30]

atau …

amarah dan layanan buruk suamimu itu adalah ujian ALLAH,…

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.

lalu, pertimbangkanlah, hal ini,..

maka, akan terbukalah hatimu untuk nampak, lihat dan tersedar,… ohh rupanya,… layanan buruk yang kuterima itu bersebab,…

maka, bagaimana mahu memasukkan cinta dalam hatimu?

kesedaran itu tadi sebenarnya membuka juga kunci untuk memproses hati,….

proseslah hatimu, bila telah nampak kesalahan jua terletak di atas bahumu, maka mudah untuk memaafkan,..

itulah langkah pertama untuk memasukkan kembali cinta dan memproses hati,.. MEMAAFKAN. maaf yang ikhlas, bukannya,..

well, i can forgive but i will never forget,..

itu bukan memaafkan, itu memendam,.. apa yang akan engkau dapat dengan sikap begitu? lahar ., yang hanya menanti masa untuk muntah..

maaf, dari lubuk hati, ikhlas kerana ALLAH,.. boleh? ya boleh, sebut dengan lafaz,.. sahaja aku memaafkan si polan bin si polan, yakni suamiku ikhlas dari hatiku, memaafkan dan melupakan , hanya kerana mu ya ALLAH,.. kalau perlu ambil wudhuk, solat hajat kerana ALLAH dua rakaat dan niat untuk memaafkan dan melupakan kerana ALLAH.

selanjutnya, kena yaqin dalam hati, yang meletakkan cinta adalah ALLAH, tapi kena ingat bahawa tidak akan berlaku itu jika engkau  tidak proses hati mu,.. proses hati dengan taubat, istighfar , sedeqah dan doa…

istighfar sebanyak-banyaknya, bersedeqah seikhlasnya,…

doa agar ALLAH memasukkan kembali memasukkan cinta terhadap suami dalam hati kita,…seratus peratus,.. tidak berbaki,.. penuh, total,.. ingat, hanya penyerahan diri secara total jugalah yang memungkin kita terima total juga,..

tiada syak wasangka,..

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa.” (al-Hujurat: 12)

masukkanlah kembali cinta ke dalam hatimu, .. sayangilah yang di dunia ini, maka yang dilangit akan mencintaimu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s