semangat tahun baru masihi


di awal tahun baru masihi ni cuba hantarkan rasa kasih dan rindu pada pasangan melalui rasa hati kita yang ikhlas . bayangkan wajahnya dan masukan rasa kasih dan cinta kita kepadanya kerana ALLAH swt. dia pasangan kita yang ALLAH beri kepada kita agar dapat kita berkhidmat untuknya.

tanamkan azam untuk kita menjadi isteri yang solehah. panjatkan doa agar kita mampu taat dan patuh kepadanya kerana ALLAH seratus peratus setiap masa dan ketika. nampakkan dalam diri kita kesabaran menangani karenahnya kerana belum tentu amarahnya itu salah, mungkin betul kerana sifat buruk kita dan itu teguran dari ALLAH untuk kita melalui amarah dan kritikan suami.

nampak lah ALLAH. rasakan ohh..tak mengapa. suami ku begini atau begitu..ini semuanya dari ALLAH. ujian untuk ku. kafarah bagi dosa-dosaku.. hanya pada Allah kita berserah diri. hanya padaNYA kita letakkan pergantungan. ALLAH maha besar dan MAHA menentukan segalanya. walau apa outcomenya , walau apa suratan taqdirNYA, yakinlah itulah yang terbaik untuk kita.

apatah lagi jika kita mampu menatap wajah suami dengan pandangan kasih yang padu, renungan cinta yang tulus dan kita mampu rasakan dalam hati hangatnya sayang itu, mampu serapkan dalam jiwa getaraan rasa mahabbah itu.. insyaallah yakinlah dengan ALLAH, kita akan dapat kebahagiaan hidup dan dengan bahagianya dunia kita akan membawa syukur dalam diri sehingga membawa bahagia pula di syurga. kerana orang yang mampu merasa bahagia walau apa keadaan hidupnya sahaja yang akan dapat kebahagiaan di syurga.. mana ada orang yang merasa sengsara dan derita akan qada dan qadar ALLAH menjadi penghuni syurgaNYA?

merasa derita, rasa tersiksa, sentiasa berkeluh kesah tanpa penyelesaian , semua itu sifat bakal penghuni neraka.

firman ALLAH dalam hadis qudsinya; sesiapa yang tak mampu menerima qada dan qadarKu maka carilah tuhan selain AKU.

lalu.. dapatkah kita memasuki syurgaNYA jika begitu keadaan kita.

ahli syurga itu penuh kasih, penuh maaf, penuh terima kasih, syukur, penuh taqwa, penuh penyerahan  total kepada ALLAH dan penuh redho serta penuh sabar.

muga tahun baru masihi ini pembuka jalan baru untuk kita dan hidayah ALLAH milik kita.

barakallah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s