Bila susah menerpa, bila ujian mendatang


Muslim dan termidzi telah meriwayatkan dari an nu;man bin basyir ra dia berkata; bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum , apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? aku pernah melihat nabi kamu , muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.

dalam riwayat muslim pula dari anu’man bin basyir ra, katanya bahawa; pada suatu ketika umar ra menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia. maka dia berkata, aku pernah melihat rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tiada makanan , kemudian tidak ada makanan yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.

satu riwayat yang diberitakan oleh abu nuaim, khatib, ibnu asakir dan ibnun najjar dari abu hurairah ra , dia berkata; aku pernah datang kepada rasulullah ketika dia bersembahyang duduk, maka akupun bertanya kepada baginda, aku melihat engkau bersembahyang duduk,  apakah engkau sakit , ya rasulullah? jawab baginda, aku lapar , wahai abu hurairah. mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata, wahai abu hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.

lalu, wahai sahabat, bila susah menerpa, bila ujian mendatang, ingatlah perjuangan dan pengorbanan rasul . namun baginda tetap mensyukuri nikmat allah dan tidak sabar untuk berjumpa denganNya.

kita hanya diuji sedikit cuma, sedang nikmat lainnya melimpah ruah tapi kita penuh keluh kesah dan nampak diri sengsara serta menyoalkan kenapa kita diuji begini dan begitu,,kita rasa kita dizalimi bila kita rasa kita tidak mampu dengan ujian itu..kerana ALLAH yang memberi ujian dan janjiNya Dia tidak menzalimi hambaNya serta tidak diberiNya ujian melainkan yang setimpal dengan keupayaan kita..

Advertisements

One thought on “Bila susah menerpa, bila ujian mendatang

  1. memang lumrah manusia akan merasa diri dizalimi..kerna manusia xkan mampu bertahan dengan ujian berkaitan hati&perasaan..lebih2 lagi jika berkenaan orang2 yang tersayang..ya allah…malunya aku kerna selalu mengeluh dengan segala kesusahan hidup ini…sedangkan hakikatnya aku lebih beruntung berbanding zaman nabi dahulu…ya allah…ampunkan aku ya alllah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s