mengapa gagal memiliki kasih suami


ramai sekali yang bermasalah dalam rumah tangga. malah perangkaan sekarang setiap hari 77 pasangan bercerai. ramai isteri yang menderita kerana kasih suami beralih arah atau suami gagal menunjukkan kekuatan kasih kepada isteri dan anak-anak. tidak betah di rumah, tidak menunjukkan minat membantu isteri bukan sahaja dalam urusan rumah tangga malah hatta dalam urusan mendidik anak-anak. ramai juga suami yang melepaskan tanggung jawab memberi nafkah kepada anak dan isteri.

walau jelas ada beberapa hal dan perkara yang nampak seolah bermula punca nya dari suami tetapi sebenarnya banyak jalan penyelesaian dapat diraih andai isteri fokus pada dirinya.

pokoknya, ramai antara kita yang ketandusan ilmu yang membawa kepada kekuatan keimanan.. rata-rata tidak tahu apa yang patut dibuat bila diri terbelenggu dengan masalah kasih suami ini.

Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, duduklah kamu dengan orang-orang yang berilmu dan rapatkanlah lutut-lututmu dengan mereka, sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati (akal) itu dengan cahaya ilmu, sepertimana dihidupkan bumi dengan air hujan.”

punca utama kita terbelenggu dan menderita kerana gersangnya kasih suami ini adalah  kerana semangat kita tiada,,, ini almaklum kerana semangat kita dipegang oleh suami… lalu, langkah awal ialah kita perlu menarik kekuatan semangat itu . untuk ini kita perlu ilmu. untuk mendapat ilmu kita perlu pengorbanan masa , wang ringgit dan tenaga. jalan mudah melalui internet tetapi ilmu tanpa berguru kurang roh..

berguru pula perlu hati-hati dengan pemilihan guru kerana bila kita berdamping dengan guru tersebut sebenarnya bukan sahaja ilmu yang kita perolehi tetapi juga yang lainnya.. jika ada sifat buruk guru itu, auranya juga menjadi aura kita,.. jika ada gangguan dalam dirinya, maka gangguan itu menjadi pula masalah dalam diri kita.

untuk mengelakkan ini semua kita perlu mohon dengan allah agar kita sentiasa dalam peliharaanNya dan sentiasa berada di atas jalanNya yang lurus, untuk ini pula, kita perlu doa yang makbul.. untuk doa yang makbul, kita perlu menjaga pula tata tertib berdoa  termasuklah menjaga pemakanan kita. orang yang banyak mengkonsum makanan yang haram , antara kesannya ialah kekuatan doa yang tidak makbul.

namun, islam itu mudah dan indah. letakkan keyakinan yang tinggi pada kekuatan doa. mintalah . merayulah. bermunajatlah. menangislah sambil meminta dnegan Nya. yakinlah yang allah itu maha membantu. insyaallah..

firman Allah dalam ayat quran surah al a’raf ayat 194:

aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu..

maka banyaklah berdoa.

Advertisements

2 thoughts on “mengapa gagal memiliki kasih suami

  1. Isteri amanah Allah kepada suami, suami adalah ketua untuk segala amanah ,pembimbing,petunjuk jalan. tetapi ada masa dan ketika apa yang diimpikan isteri belum tentu diperolehi dari suami, REDHA, bersabar terima segala ketentuan yang Allah beri dengan rasa penuh syukur . Rahmat Allah sentiasa melingkari Hambanya yang sabar.

  2. sentiasa berdoa untuk kebaikan dan kebahagiaan hakiki, walaupun adakalanya menggigit perasaan.
    Allah tempat mengadu…
    hanya Dia yang Maha Mengetahui……
    semoga terbuka jalan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s