apa yang kita tarik dalam kehidupan kita?


sebenarnya apa yang kita terima adalah apa yang pernah kita tarik dalam kehidupan kita. aura kita merakam perkara itu dan alam menghantarnya kembali. ini semua adalah sunnah alam. kerana itu kita kena berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan.

sekiranya suami yang berpoligami menceritakan kepada kita keburukan isterinya yang satu lagi dan pemikiran kita memandang rendah kepadanya ( isteri itu), kita sebenarnya merakam perkara itu dan memprojekkannya dalam aura kita. pandangan hina itu akan menarik lebih banyak perkara yang sama dalam kehidupan kita. kita akan terlibat dengan lebih banyak keadaan umpatan yang sebegitu sehingga ia menjadi sifat buruk dalam diri kita, menjadikan aura kita busuk dan hati kita kotor.

kerana itu orang yang mengumpat dan orang yang mendengar umpatan sebenarnya berkongsi kapal yang akan karam dan membawa mereka ke neraka, apatah lagi sekiranya orang yang mendengar umpatan itu menggalakkan umpatan dengan tidak melarang si pengumpat meneruskan umpatan, malah menokok tambah atau terus bertanya itu dna ini sehingga si pengumpat merasa perlu untuk teruskan umpatannya.

dan apa itu umpatan? perkara sebenar yang berlaku.. jika yang diceritakan atau diumpat itu tidak benar ia bukan umpatan sebaliknya fitnah. dosanya lebih besar dari membunuh.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. ” (Al Hujurat ayat 12)

poligami adalah hukum allah. ada banyak hikmah yang tersembunyi di dalamnya. jangan sesekali hati kita merasa tidak redho dengan hukum allah.  ada orang yang berkata saya bukan tidak redho dengan poligami tetapi saya tidak redho sekiranya suami saya berpoligami,.. sebenarnya sama sahaja. cuma ayatnya sahaja yang disampaikan berbeza..

 

tidak redho sekiranya suami saya yang berpoligami membawa maksud samalah dengan tidak redho dengan poligami kerana memang kita tidak akan ambil kisah sekiranya bukan suami kita yang berpoligami. lalu di mana letaknya redho dengan poligami ? yang akan melibatkan reaksi kita adalah apabila suami kita yang berpoligami.. sekiranya suami si fulanah binti si fulan berpoligami, biar sampai empat pun tidak akan membawa reaksi kepada kita.

lalu, jangan sekali-kali ada rasa tidak redho dengan poligami walau suami sendiri yang mengamalkannya. namun, mohonlah dengan allah agar kita tidak termasuk dalam golongan poligami, sekiranya itu yang terbaik untuk kita.

doalah senjata mukmin.

sekiranya kita memang telah termasuk dalam golongan poligami pula, jangan sesekali menjadi punca suami tidak adil dengan isteri-isterinya. tidak payah kita yang menilai adakah suami itu patut atau tidak patut pulang ke pangkuan isterinya . kerana hak isteri tetap ada kecuali dia isteri yang nusyuz dan itu pula bukan terletak kepada madunya untuk menentukan.

carilah ilmu, untuk kita mampu menjadi hamba allah yang bertaqwa. carilah ilmu untuk menjadi isteri yang solehah. carilah ilmu agar rumah tangga poligami yang ditaqdirkan allah kepada insan- insan terpilih bukan wadah ke neraka tetapi sebaliknya tariq ke syurga .

ingatlah dunia bukan segalanya. makin dikejar , makin tamak kita, dan makin jauh kita dengan allah. carilah yang abadi. bukan fatamorgana.

 

Advertisements

2 thoughts on “apa yang kita tarik dalam kehidupan kita?

  1. betol apa yang akak kata..mcmne untuk saya keluar dari kemelut ini..mcmne untuk sy jadi redha?
    skrang ni, bila saya tgk suami saya,saya semakin benci..mungkin kerana perasaan bersalah kepada isteri pertama. sekali0sekali saya kesian kat suami saya, dia memang berusaha agar saya tidak menjauhkan diri pada dia..

    sebenarnya saya rasa ini adalah silap suami saya, dia seorang yang terlalu baik, tetapi tidak solat..adakah kerana itu Allah menhukum dia sebegitu rupa?

    mcmne untuk saya hilangkn benci saya kat suami saya?
    mcmane untuk saya hilangkn demdam saya pd isteri pertama(saya berdemdam kerana dia pernah menggunkan staff saya untuk memboikot saya,sedangkan didepan saya dia terlalu baik).

    mcmne untuk saya merawat hati saya yang kotor ini?
    mcmne untuk saya merawat hati suami saya,tetapi tanpa pengetahuan dia kerana suami saya sukar untuk mempercayai rawatan rohani dan dia juga terlalu ego untuk menerima yang sebenarnya dia juga ada silap.

  2. menyebutnya mudah tapi untuk melaluinya memang perit.hanya ALLAH yang tahu betapa perit untuk berkongsi kasih..memang saya tak pernah mengalami hidup berpoligami tapi perangai suami saya yang ada perempuan lain di luar seolah2 sama perasaan sakit hatinya dengan orang yang berpoligami…entahlah mampukah saya bertahan..????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s