merawat hati yang terluka 2


sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang datang kerana suami curang,.. ada yang sampai terlanjur, baik dengan isteri orang atau wanita bujang.. iman kita semakin rapuh, … nipis dan keluar masuk dari dalam diri lebih laju dari biskut ‘sekejap ada, sekejap tak ada’… astaghfirullahilazim.muga ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa kita…. tidak hairanlah bala bencana alam di sana sini,..ingatan dan amaran dari Allah bagi yang menggunakan akal fikiran.

 

para isteri yang terlibat, ada yang cuba mencari ketenangan dengan membaca pelbagai buku, blog dan laman web untuk merawat hati yang dah hancur luluh, agar mampu bangun dan menghirup udara Allah ini dengan kekuatan baru dan tidak terusan kecundang dalam penderitaan. pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran.. apakah mahu diteruskan perkahwinan ini.. bagaimana dengan nasib anak-anak..???

sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan rintangan,..

ada isteri yang berfikir dan mengambil kira nasib anak-anak lalu berniat untuk meneruskan perkahwinan dan mahu menerima kembali suami mereka walau mengetahui kecurangan suami…namun,  yang menjadi halangan untuk hidup kembali seperti dahulu adalah emosi yang tercalar dan hati yang dah terluka.. bagaimana mahu merawatnya…

setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas sesuatu asbab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang dijadikanNYa dan yang ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan tanpa perancangan….

 

kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti… Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui…

 

untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas tindak tanduk suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami berdosa… muhasabah diri kita…  kenapa ALLAH uji kita begitu…

tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa, tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah.. malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be undone’..  dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya DIA maha pengampun dosa-dosa besar…

muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan suami ,.. apa yang dia benci tapi kita tetap buat walau telah ditegur atau ada suami yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan perangai isteri..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar kerana isi dah busuk…

adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah mengeluarkan kata-kata yang pedih, penuh sinis dan sindiran … atau bagai..

anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..

untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita.. dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..

nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..

insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..

sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..

141 thoughts on “merawat hati yang terluka 2

  1. Sedih krna pkhwinan yg tdk pernah ada cinta..d guna sy utk ksenangn dia..d sepak trjang sy utk kpuasan dia…sy sedih dn terkilan d saat ini…sy hrpkn pkhwinan ini berakhir krna sy sgt tersiksa…

  2. sy masih bujang dan sekarang bekerja di sebuah syarikat swasta dah tanpa disedari saya telah jatuh cinta dengan bos sya sendiri. masalah utama adalah dia sudah berkahwin dan telah dikurnikan anak seramai 4 orang. pada awalnya…sy menolak cintanya dengan cara baik memandangkan status dia tu…tapi hari demi hari dia..sya cair dengan pujuk rayu dia… tapi kuarga ku tidak setuju dengan hubungan ini…sya plak rasa celaru..hati rasa cinta..tapi tak kan sya nak buang kelurga kerana dia…bukan tak de pilihan diluar sana tu…tapi cara dia melayan karenah sy ..sangat nampak dia seorang yang matang..dan bijak berbicara…pernah usulkan untuk hentikan semua hubungan terlarang ini tapi gagal memandangkan kami hari2 akan berjumpa di offc. apa yang patut sy lakukan…kawan2 juga menasihati supaya cari yang lain memandangkan dia adalah berstatus suami orang….tapi saya sangat sayangkan dia…dan sanggup bermadu…

    1. Hanya yg ingin saya katakan cubalah belajar menjiwai hati seorg isteri yg amat kecewa…letakkan diri saudari di tpt isterinya bagaimana rasa bila barang yg amat kita sayangi di ambil orang… Suami sy juga sekrg ini sedang bercinta dgn staffnya dan mereka merancang utk berkahwin…sebagai isteri kecewa ini hanya Allah yg tahu nak ucap dgn kata2 x terluah…😥

      1. husband i curang, i mmg da pergi jaoh2 dari idop dgan dia. da la curang, merperbodohkan i plak. dia dgan pompan tu mmg da berpakat nak sorokkan somthing.

    2. Tentulah saudari sanggup bermadu..sebab saudari bukan isteri pertamanya. Cuba saudari isteri pertama, dan suami bercinta dengan wanita lain dan mahu bernikah lagi. Apa perasaan saudari? Islam memang memberi lelaki hak kawin lebih dari satu. Tapi ingat! Islam tidak memberikan lelaki hak untuk mengkhianati, menzalimi dan menyakiti hati isteri. Saya sekarang sedang mengalami kemurungan yang kronik disebabkan suami berlaku curang, membuat hubungan dengan kekasih lamanya sehingga dia sanggup berbohong terus menerus kepada saya dan anak kami, tanpa rasa bersalah dan akhirnya bernikah secara rahsia di negara Batam. Saya sangat kecewa dengan sikap suami dan saya benci wanita tersebut kerana mahu terus berhubungan dengan suami sehingga sanggup bernikah rahsia, walaupun dia tahu suami sudah berkeluarga. Wanita tersebut telah meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga saya yang dibina selama 18 tahun. Saya tidak akan memaafkan mereka berdua.

      1. Bersabar dan tabahlah dgn ujian Allah ini kerana saya pun mgalami nasib y sama.pkahwinan y tbina atas dasar cinta dan penantian y lama oleh sang suami,namun bila hatinya dh terisi cinta lain dibuangnya saya isterinya spt sampah,sekelip mata saja.hancur n luluhnya hati hnya Tuhan y tau.tnpa sebab n alasan y munasabah dia tgalkan saya.jenuh memikirkan salah n silap saya pdnya.saya cuma tgalkannya kerana btukar tmpat kerja sahaja..perkahwinan jarak jauh btul2 mguji tahap kesetian dia pd saya..bru beberapa bln btukar dia dh bermain cinta dgn pompuan y jauh lbih muda.saya tau niat asal dia cuma ingin suka2 tp lau sdh tahap tlanjur,saya dh xmampu tuk memaafkan dia.lgpun tiada tanda2 pnyesalan ats smua kekhilafan y dilakukannya.dgn senang dia lepaskan sya atas alasan sya x ingin dimadu..isteri mana y sgup dimadu..dicurangi sdh mbuatkan jiwa saya sengsara,apatah lg ditambah dgn bermadu.manusia y plg saya syg n cinta wat sya jatuh tsungkur n xmampu tuk bangkit kembali.saya btul2 rasa dianiaya n dizalimi.emm

    3. Ye. Saudari sanggup bermadu krn saudari kononnya akan jd isteri muda.
      Adakah saudari terfikir apakah doa2 isteri tua kpd saudari?..doanya mustajab.
      Manalah tau tuhan bg saudari sakit cancer faraj dan payudara as balasan n pengajaran…😂😂😂😂
      Ok kalau dah kawin kali kedua suami boleh sj kawin yg ke 3.
      Masa itu baru saudari faham erti kecewa derita bagai! Baru nak cari isteri tua tu utk mintak maaf? Kemudian isteri itu hajya senyum sikis kpd saudari…

      1. Untuk doa mwnjadi mustajab, doa itu perlu datang dari hati yg bersih dan ikhlas tuju Allah dan dalam sunnah Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah mendoakan yg buruk sesama Islam malah sabar dengan ketentuan Allah swt.

        Poligami adalah hukum Allah. Bagaimana pula isteri pertama itu teraniaya denagn poligami? Melainkan suami itu tidak mampu adil. Tetapi itu jatuh pada suami bukan pada madu. Kecuali atas hasutannya. Pun hanya bersubahat. Kerana tetap jatuh oada suami. Kerana suami ketua kwluarga.

  3. masa sy ngndungkn ank prtame,suami sy bnyk buat sy sdih dengan sikap dingin dy trhadap sy.semasa usia kndungan 5 bulan,dy telah melakukan perkara yg buat sy trluka iaitu dy bersama perempuan lain di kelab malam.padahal masa itu sy dan dy pergi bercuti bersama di pahang.dy x pernah meminta maaf akan kesalahan yg dy lakukan namun alasan knape dy buat mcm itu adlah kerana dy marah dengan sy.tp sy nk dy paham akan keadaan sy yg sarat mngndung masa itu.sy lebih bnyk menangs mengenangkn nasib dan dugaan yg sy dpt waktu itu.demi ank yg sy kandungkn ini,sy cekalkn hati untuk teruskn prkhwinan kami.sy kuatkn hati sy dan dekatkn dri dengan Allah s.w.t agar dpt kuatkn hati sy dlm hadapi dugaan yg mndatang.skrg sy sedang mngndungkn ank yg ke-2..sy harap perkara itu x kn berulang lg.

    1. sy dulu sthun kwen suami curng ngn kwn myspace dia dh trlnjur pun time tu sy mngndung 2 bln..sy ngis setiap hri siang mlm..akhirnya sy keguguran😦.suami tk hbis2 ngn pompuan..sy sdh tdk percyakn dia..hari2 gduh..sy sllu mnta dia lpaskn sy tp dia tknk lpaskn..8thun perkhwinn ada 2 chya mta..umo 5 n 3 thun.kdng fkir untuk apa dia tknk lpaskn sy ..dh tu sellu bhong ngn sy..bru2 ni dia kuar mnm ngn seorg jnda mabuk2 dorg cium2 dlm keadaan mabuk pd mulanya tknk ngaku disbbkn jnda tu hnta msg surh suami sy rhsiakn ..ya allah skit nya hti ni..sy rsa mcm nk lri jauh2..bwa ank2.

      1. Dunia adalah darul imtihan. Darul merintih. Darul musibah. Darul ujian. negeri utk membuat persiapan tempat kita yang kekal abadi. Negeri kita bukan dunia. Tempat kita bukan disini. Rumah kita akhirat sana. Carilah ALLAH. Kenal ALLAH. Itulah yg ALLAH mahu untuk kita. Atas matlamat itu diberiNya ujian n musibah pada kita. Itu tanda kasihNya. Jika kita smooth je Hidup kita tak akan mahu kenal ALLAH. Setiap dari kita akan diberi balasan atas reapon kita pada musibah yg ALLAH beri. ALLAHU

  4. memang senang berkata2 bg diri saya yg mengalaminya walau apa yg saya buat walau kemana saya pergi hati yg tercalar ini walaupun dah bertahun lamanya masih terluka

  5. Salam. Izinkan saya berkongsi sedikit. Walaupun jauh lagi cabaran yg perlu ditempoh tp bimbingan dari Hawa ke Hawa serba sedikit telah membantu saya. Saya pernah rasa teramat kecewa kerana gagal dlm 2 perkahwinan dan hampir gagal dlm perkahwinan skrg. Kecewa dgn sikap hamba Allah yg tak mengenang budi. Dah la tak mengenang budi, menghambakan saya pulak. Tak cukup lagi menjadikan saya tempat melepaskan geram. Pernah saya di pukul gara2 saya marahkan dia krn selalu balik lewat. Cumanya mujur ianya berlaku hanya sekali. Namun hanya dgn sekali pukulan, saya kini mengalami kecacatan kekal. Mata saya sebelah sentiasa berair. Setelah pemeriksaan dibuat, doktor kata mata sy perlu dibedah utk memulihkannya semula. Tak pasal2 kan.

    Mula2 rasa kecewa sgt namun bimbingan dari mendekatkan diri kepada Allah, saya pegang pada kalimah Allah, yg “Dia berjanji bersama2 org yg sabar”. Jadi saya yakin Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Saya anggap ia sebagai ujian yg jika dibandingkan dgn org lain ada yg lg teruk. Dan wlupun dia tidak langsung menunjukkan belas ikhsan pd sy namun sy ubati diri bahawa sy tidak perlu harapkan ikhsannya. Yg terlebih penting ialah ikhsan dari Allah SWT. Jadi apa2 pun skrg itulah pegangan sy. Mudah2an ianya berterusan matang begini hingga ke akhir hayat sy. Mudah2an jg anak2 sy jg akan terdidik sedemikian rupa. Sy sedar ujian Allah tidak akan terhenti selagi hayat hambaNya dikandung badan.

    1. banyakkan sabar yer..mcm kata penulis citer ni, muhasabah diri kita kenapa semua ni terjadi, jgn hanya menyalahkan org lain, tentu ini kifarah buat kita..dekatkan diri dgn Allah

  6. kami bersama 20tahun lebih.saya ada rupa.dlm umur 40an masih ada lagi yg memandang.hati saya tutup bila digoda.saya tak suka membuang masa, bagi saya hidup hanya utk family. tapi dia baru beberapa bulan kerja jarak jauh dah tersungkur di kaki GRO philippine penipu.
    bila beri kata dua dia pilih saya. Sekarang semuanya kembali normal. saya katakan klau dia melukakan hati saya lagi sehingga saya pergi jgn harap saya kembali.
    luaran saya nampak ceria tp dlman saya memjerit walaupun sudah 2 tahun berlalu
    diluar sini byk yg mengoda klau ikutkan hati mahu aje saya menerima, biar dia tahu bagaimana rasanya disakiti.

    1. jangan. kita dihisab nafsi nafsi. apa yang dibuat akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. proses hati untuk dapat sakinah, insyaallah ketenangan sejati akan datang. jika tidak mampu juga rawatlah diri, mudahan jalan Allah kita miliki

  7. Saya tengah dalam proses merawat hati yang terlalu terluka gara-gara suami bersekedudukan dengan wanita muda Indonesia dan sekarang telah hampir 3 bulan mengahwini wanita tersebut. Alam rumahtangga kami ada pasang dan surutnya. Adakala kami bagaikan pasangan yang baru bercinta dan adakalanya perang besar berlaku. Saya selalu muhasabah diri, audit diri dan memikirkan cara2 untuk memperbaiki hubungan kami yg hampir menjangkau 16 tahun. Saya tahu anak2 tertekan dengan persekitaran yang tidak bahagia. Setiap hari saya berdoa supaya suami saya dibuka hijabnya oleh Allah swt supaya menyedari betapa dia diperbodohkan oleh wanita Indonesia semata-mata kerana harta dan kesenangan. Saya percaya setiap musibah yg berlaku ada hikmahnya dan sekarang saya sedang memperbaiki hubungan saya dengan Allah swt dan sekaligus memperbaiki kelemahan diri.

    1. Saya ingin berkenalan dengan puan.sy juga mengalami nasib yang sama.Rahsia terbongkar bila surat lawyer datang rumah,suami refinance rumah yg kami duduki 5 tahun lalu tanpa sy ketahui,Sepatutnya rumah itu selesai pinjaman tahun ini.Bermula dari situ sy membuat siasatan.Suami mcm dah terkena guna2,mcm org bodoh buat pinjaman demi pinjaman tanpa sy ketahui.Sy dpt tahu dia dah berkahwin dgn perempuan indon,masalahnya sampai skrg dia x ngaku dari mulut sendiri…Tapi ada sekali sy terjaga dari tidur dan mendapati dia tidur dikaki sy dan meletakkan hujung kaki dimukanya.Bila sy tanya cara baik samada dia meradang atau menangis tapi bila nak cakap serta merta dadanya sakit.Nafkah bathin suami bagai x bernafsu dgn sy dan hubungan bathin kami slalu x menjadi,Skrg sy bawa suami berubat moden dan alternatif…Doktor perubatan kata jantung bengkak sbb kuman dan pernah buat operation buang nanah dlm perut.Tapi sy rasa sebenarnya suami dah termakan benda x elok.Pada Allah sy mengadu dan sy percaya lambat atau cepat pertolongan akan datang dan sy berasa bersyukur diuji Allah walau perit bagi sy mengharunginya sedikit sebanyak ada kebaikan.Sy dpt mengumpul saham diakhirat,Ini apabila diuji spontan masa kita byk bertafakur dan beribadat pada Allah yang Esa.Oh tuhan! smoga ada sinaran untuk kami .Limpah dan rahmat darimu kami sekeluarga mengharapkan.Amin.

  8. Salam.. terima kasih atas nasihat akak. Memang betul, hanya wanita yang pernah mengalaminya memahami perasaan wanita lain.

    Saya baru berusia 22 tahun.. tapi saya diuji tuhan dengan hebat bila suami yang sangat saya kasih curang bersama sahabat yang sangat saya sanjung seblan dari tarikh pernikahan kami. Pada mulanya saya restu kerana terlalu kasih tapi akhirnya dia mensisihkan saya… hancur mood berbulan madu dan indah dalam perkahwinan, saya dilarang menceritakan penderitaan saya pada sesiapa pun. Mereka tergamak terlanjur di atas katil saya.. dia membhagikan hak saya sebagi isteri kepada 2 seolah2x pompuan tuh isteri kedua dia.. Sahabat yang kononnya baik pandai mengambil hati suami dengan berpura2x buat baik dengan saya..hantar lauk..kata nak support bulan2x saya belajar.. tapi gerak hati seorang isteri xpernah menipu. Saya tahu tipu helah pompuan tuh.. dan saya cuba menyedarkan suami saya..tapi sumenya hanya sia2x. Otak bagaikan xwaras.. saya mula putus harapan.

    Saya menderita hampir setengah tahun, setiap hari..hati sangat celaru hingga terlibat dalam kemalangn di lebuhraya. Dalam tempoh tuh, banyak kali saya meminta cerai..tapi dia xnk lepaskan saya kerana dia kasih pada saya. Sebnyak 2 kali saya cuba lari dari dia dengan berjalan kaki seorang diri di kl yang penuh dengan bahaya. Rupa2xnya dia takut kehilangan saya..dua kali air mata dia keluar, menangis teresak2x sehingga datang asma dia mencari saya yg hilang. Hati saya sangat teeluka, kerana dalam tempoh 3 tahun kami kenal…sayalah yang menjadi tulang belakang dalam kewangan dia. Sekarang bila da senang, tergamak dia curang pada saya..Tapi Allah tuh mendengar doa orang yang teraniya.. Alhamdulillah…tiba2x dengan sy xsangka, dia tinggalkan perempuan tuh tanpa sebarang penjelasan.

    Saya akui, pengalaman tuh sangat pahit.. sehingga kini saya xdapat memafkan dia. tingkah alku saya dengan suami sudah x sebaik dulu.. saya jadi seorang isteri yang memberontak jiwanya. mempersoalkan segala2xnya..melukai hati suami selalu. Saya lakukan begitu sebab saya takut dia lupa dan ambil kesempatan ditas kebaikan saya. Hidup dengan dendam di hti buat hidup rasa xsenang. Saya rindukan diri saya yang dulu..

    Semoga kisah hidup sya memberi pedoman pada isteri2x lain. Jgn terlalu percayakan sahabt..jgn terlalu menyanjung nama perempuan lain dihadapan suami. Kelak, akan jadi macam saya. Cuba baca tindak tanduk suami yg dia sebenarnya kasihkan kita atupun x. Mungkin dia tengah angau..tp dia lupa x kat kita isteri di rumah.. dia sedih x bila kita cuba hilang dari hidup dia.. dia beli x benda yang kita suka sma macam dulu. Suami saya ada buat perkara2x tuh walau dia tengah angau bercinta. Pujuk hati sendiri..org tengah angau, memang camtuh. Semoga coretan ni dapat membimbing hati isteri lain yg terluka.. Amin.

      1. Sabar lah wahai sahabat…bg sy..bercinta dgn suami org,bukan indah yg d sgkakan..kita hanya d pergunakan untuk ksenangan.dan satu lagi…yg curg itu pastinya ada blsan….

  9. saya ingin berkongsi pengalaman, selama sepuluh tahun kami berkahwin dan dikurniakan anak seramai 4 orang. Suami saya seorang yang sangat sukakan perempuan. Terbaru suami saya telah berhubungan sulit dengan stafnya, seorang janda beranak 2. Baru- baru ini suami saya mengaku mereka telah berzina dan mengaku bertaubat. Hati saya sangat terluka. Tidak sanggup lagi rasanya untuk terus hidup bersama. Mengenangkan anak 4 orang yang amat manja dengan bapa mereka membuatkan saya amat serba salah. Suami berkeras tidak mahu melepaskan saya. Masalahnya, saya rasa jijik bila bersamanya. Pernah sewaktu bermesra dengannya saya tiba – tiba bangun meninggalkannya. Saya juga sering mengungkit dosa – dosa zina dia yang lalu. walaupun nampak bengang, tapi dia tetap layan saya dan anak dengan baik. Walaupun dia ingin berubah, hati saya kuat mengatakan dia hanya berlakon. Saya cuba mendekatkan diri dengan Allah. Semoga masa mampu merawat hati ini.

    1. cerita saya pon almost sebijik mcm awak… Lg la pulak suami sy berzina dgn isteri org. .. Skrg pmpn tu dah janda… Bile tanye dulu2 x ngaku… 2 tahun idup dlm dosa…Skrg baru nk insaf… Dia reveal everything on my bday… Itu je la hadiah dia kat saya… Konon2 nk jujur sbb dah insaf… Baru skrg nmpk pmpn tu buruk perangai… Bile dah reveal sy rase jijik… Tp terpakse layan sbb kesiankn org yg nk insaf… Tp betul ke insaf? Benci giler kat dia tp sbb pikir anak2… Tahan je la…

  10. Saya telah dimadukan tanpa rela sejak 4 bulan yg lalu dengan wanita seberang yang muda 17 tahun dari saya. Saya tahu wanita itu hanya ingin mengaut sebanyak harta yg mampu utk dia dan keluarga dia dikampung. Dari tindak tanduk, dia seperti ingin memisahkan saya dan suami tetapi alhamdulillah..suami masih utuh menyayangi saya dan 4 org anak2 kami hasil dr perkahwinan yg hampir 16 tahun.

    Walaupun suami menunjukkan kasih sayang yg tak berbelah bagi kepada saya tetapi saya tetap membataskan kepercayaan saya terhadapnya setelah apa yg dia lakukan terhadap saya selama ini. Hati ni ingin menyayangi dia seperti dulu tetapi saya tidak mampu utk membohongi diri yang saya amat kecewa dan terkilan dengan perlakuan dia “menyimpan” wanita tersebut selama satu setengah tahun sebelum mengahwini dia. Apa yg saya khuatiri ialah penyakit yg bakal dia hidapi selama dia mengamalkan maksiat dengan wanita tersebut. Kahwin pun secara kawin koboi tanpa kebenaran pejabat agama dan tiada pemeriksaan darah/kesihatan.

    Suami dah macam nak bangkrap sekarang sebab kena menampung hidup 2 keluarga. Perbelanjaan rumah pun kena dicatu..tak macam sebelum dia kahwin dua. Saya tahu suami suami tak mampu nak poligami tapi oleh sebab wanita tersebut mendesak utk mengahwini dia dan kalau tidak dia nak bunuh diri, dia terpaksa kahwin jugak secara koboi…Kalau wanita yg tak beriman mcm tu nak dijadikan isteri, alamatnya hancurlah matlamat perkahwinan..

  11. sy trpakse telan pahit dulu dlm mengharungi permulaan perkahwinan..setelah 4 taon kawin alhmdllah sy dpt nikmati kebahagian yg sy idamkn slame ini..trlalu bnyk dugaan yg sy tempoh sepanjang waktu itu..smoge ia akan kekal berkekalan selamanya.amin..

  12. saya rasa sedih membaca semua kisah2 ini..sy telah 10 bulan bertunang..tunang sy da bnyk kali curang…dia xpnah minta maaf dgan ap jua kslahan dia…

  13. Salam…ya Allah membuka blog ni membuatkn sy begitu terharu…sbb sy fikir hnya sy sahaja yg menghadapi masalah..tp rupanya ade ramai lg yg senasib dgn sy… Sy baru 2 thn lebih berkahwin..walaupn perkahwinan sy ini tidak mendapat restu keluarga pd mulanya tp akhirnya kluarga tetp menerima dgn hati terbuka. Sjak mengandungkan anak pertama sy sering menerima berita sedih…ader shaja kecurangan yg suami lakukan dibelakang sy. Smpi suatu ketika wanita tu sendiri yg call sy mengaku pernah melakukan itu & ini bersama suami sy…apabila diusulkan hal ini kpd suami sy pula yg dimarahi & hampir diceraikan. betapa luluh hati sy dlm keadaan sarat mengandung ini pula yg sypatut terima..Sy fikir semuanya telah berakhir setelah sy bersalin & kli ini mengandung ank ke2..tp sangkaan sy meleset..baru2 ini suami sy telah membuat perkara yg sama sbgaimana yg pernah berlaku dlu.. Dia juga berterus-terang bahawa ingin mengahwini wanita tersebut kerna Allah katanya. Betapa sekali lagi hati sy dihancurkan Pernah sblm dia mengaku sy cuba menyiasat dan berckp secara baik…tetapi akhirnya sy yg hampir diceraikan… Suami sy kini yg bekerja di pantai imur tnh air sedang bergembira bersama kekasihnya…mana xnya setiap hai bersua muka…kabar sy & ank2 pn dah jarang ditnya…sy sering menangis apabila memngenangkan nasib sy. Tambahan pula apabila terbaca message2 mereka tentang apa yg mereka ingin lakukan spt mlm pertama atau sebagainya… Sy seperti tidak ada semangat saat ini..Kini suami sy hnya tahu menuduh bahawa sy sudah tidak sygkn perkahwinan ini & sentiasa memburukkan dirinya kepada wanita tersebut. Pedahal sy hnya mengahntar msg kpd wanita tersebut spya berfikir pjg sebelum dia berbuat keputusan utk mengahwini suami sy krnasy tidak mau dia dilukai atau merasai apa yg sy pernah rasa ketika bersama suami. Sy tidak mahu dia turut bersedih sbgaimana sy suatu hari nanti. Tp syg dia tidak memahami maksud sy. Jd mengadu dgn suami lantas sy dipersalahkan sehingga suami meletakkan taklik pd sy. Sy merasa amat kecewa tambahan pula sy sdg berbadan dua & terpaksa menanggung smua ini. Betul dia tidak pernah lalai dlm nafkah zahir & batin terhadap sy, tetapi adakah dgn memberikan nafkah tersebut dia layak melakukan perkara sedemikian rupa terhadap sy? Sy bukan boneka bila suka di ambil dibelai ttp bila tidak diperlukan hnya diletakkan ditepi suatu sudut yg asing & hnya layak melihat setiap yg berlaku dgn hnya berdiam diri…Kepada kwn2 semua doakn agar sy menemui jln terbaik buat sy & anak2

    1. doakan allah yg beri teguran kpd suami. istikharah atau solat hajat agar diber petunjuk utk buat pelbagai keputusan supaya keputusan kita tidak dicemari oleh. hasutan syaitan. allah sentiasa bersama kita.

  14. saya pun baru mengalaminya. suami seorg yg bertanggungjawab dan berterus terang. dia bawa saya berjumpa keluarga wanita tu. perkara tersebut berlaku 2thn sebelum mereka bernikah. kini dah setahun dan ada anak 2 bln. sedih bgi nk giler, tp sy yakin dengan ketentuan allah. anak2 menjadi penguat jiwa saya. sesiapa yg mengalami nasib begini, jgn layan sedih terlalu lama. mmg sedih tp kita perlu fikir ,bila perkara ni berlaku maknanya ia adalah aturan allah. byk2 berzikir dan istighfar. mungkin inilah cara allah menegur hambanya yg dikasihi. saya masih lg dlm proses belajar redho sabar. suami hanya pinjaman.kita tunggu keajaipan dan hikmah yg bakal allah berikan. insyaallah.

    1. Salam..Dah 6 bulan saya dimadukan dan nak tahu apa yang saya rasa…sengsara dan menderita kerana suami tidal berlaku adil dr segi giliran dan mula mengabaikan perhatian terhadap anak2 kerana asyik melayan bini muda yg berperangai mcm budak2. Saya dah minta dilepaskan untuk hidup jauh dr nya kerana saya tak sanggup tengok suami diperbodohkan oleh seorang gadis Indon hingusan.. semakin hari saya semakin membenci dan tidak menghormati suami dek kerana meluat dengan tingkah lakunya berlagak muda. Anak2 pun mula menjauhi ayah mereka. Tapi itu tidak mendatangkan kudis baginya kerana bagi dia yang penting dia seronok hidup dibuai mimpi dgn bini muda dia. Saya tahu saya berdosa kerana berfikiran begitu terhadap suami tetapi itulah yg saya alami sekarang. Sebab itu saya minta suami lepaskan saya daripada saya berdosa pada nya kerana benci dan tidak menghormati dia lagi. Saya pun nak hidup bahagia walaupun tanpa suami di sisi..Yg penting bagi saya Allah sentiasa ada dan anak2 adalah nadi kehidupan saya…

    2. Saya juga bakal dimadukan hujun tahun ini..hidup terasa kosong sgt…moga sy menjadi isteri yg redha & bersyukur

  15. Salam… saya nak kongsi sesuatu disini…. saya sudah berkahwin selama 12 tahun dan baru- baru ini saya dapat tahu suami pernah mencurangi saya 10 tahun yang lalu…. yang saya sgt sedih dia melakukannya dengan adik saya dan suamenyembunyikan mi saya mengaku di hadapan saya mereka pernah melakukan zina… ketika dia curangi saya… saya mengandung anak kedua dan saat saya tahu akan kecurangan suami saya …saya menunggu hari untuk melahirkan anak ketiga….. sekarang saya sukar untuk mempercayai suami saya… walaupun dia mengatakan dia sudah insaf dan menyesali perbuatan nya…. hati saya marahkan dia dan masih sayang…. sehingga saya tak tahu perasaan apa yang ada pada….semuanya …..10 tahun suami dan keluarga saya menyembunyikan perkara ini daripada saya….saya rasa sgt malu………….saya mencari apakah salah saya….

  16. memang perit dan menderita bila suami kahwin lagi. Saya berjuang untuk dilepaskan kerana perasaan kecewa yang amat sangat apatidaknya ketika susah bersama kita hampir 30 tahun, dan saya walaupun telah memasuki usia emas perwatakan masih lagi baik tapi wajah memanglah dah ada garis2 tapi janda yang dikahwini ni pun bukan muda lagi dah hampir sama dengan saya. Masing-masing orang kata rumah kata pergi kubur kata mari tapi betina janda ni mentang-metang banyak harta dan laki kita pun dah lama hidup susah rasa nak senang terimalah janda tu untuk jadi bini ke dua. Megahlah suami kerana orang pandang dia hebat dapat kahwin 2 orang tidak tau yang isteri ke2 juga orangnya dah tua juga dan megahlah janda itu kerana dapat kahwin lagi setelah kematian suami tapi dia lupa kalau dia tak ada harta saya rasa dengan umurnya 51 tahun tentunya orang berfikir panjang sebelum kahwin, umur saya dan umur dia sikit saja bezanya dah tua belaka. Dan Kerana perkahwinan ini rumahtangga kami tungganglanggang, apalagi wang gaji bukannya banyak dan suami pula bukanya sihat. Tapi entah apa yang mereka berdua fikirkan, suami tak memenuhi syarat untuk poligami,dan saya tidak ada sebab-sebab yang membolehkan suami poligami. Masih sihat malah sepanjang perkahwinan ini duit gaji saya yang digunakan bagi menampong perbelanjaan anak-anak kami sekeluarga. suami berkeras tidak mahu melepaskan saya. saya juga keliru apa lagi yang ia perlukan dari saya kalau dia rasa dah ada isteri lain apalagi harta banyak. Berkali-kali saya tanya untuk apa lagi saya ini, tapi ego seorang suami dia biarkan soalan tanpa jawapanya dan saya benar-benar rasa tertekan,hina dan hidup sentiasa dalam air mata, setiap kali mengadap Allah saya tidak dapt menahan perasaan terluka, mengadu dan menangis sepuas hati, kadang2 rasa mahu bertempik sekuat hati diatas apa yang dilakukan suami iaitu aib dan kezaliman dipenghujung kehidupan ini. Kini walaupun ia balik dan cuba berlaku adil mengikut kata dia tapi hati dan perasaan yang terluka untuk kembali kepada keadaan asal amat payah sekali.Yang terjadi adalah dosa buat saya kerana tidak lagi dapat melayani dan berkomunikasi dengan baik. Saya jadi betul-betul bengong.

    1. Cerita akak hampir sama dengan apa yg saya alami sekarang. Cuma madu saya 17 tahun lebih muda dari suami dan saya. Saya dah hilang respek dan kepercayaan padanya. Sekarang dia masih diulit bahagia melayani badan muda bergetah hingga saya dapat rasakan bila dia bersama saya, keghairahan nya berkurangan. Saya dah byk kali minta dilepaskan sementara saya masih lagi muda dan menarik tetapi dia langsung tak nak dan kata sampai ke mati dia takkan lepaskan saya.

      Apa yg orang seperti kita lakukan sekarang Kak..”biarkan siluncai terjun dengan labu2nya”. Berapa nyk masa lagi yg dia ada? Bak kata kakak, rumah kata pergi kubur kata mari. Kita ni yg masih berpijak dibumi nyata kena ambil kesempatan utk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt dan mengumpul sebanyak pahala di dunia ini utk bekalan kita di akhirat nanti. InsyaAllah..semakin banyak kita bersabar semakin banyak pahala yg kita kumpul yg akan membawa kita ke syurga, percaya lah! Orang2 yang bersabar adalah orang2 yg akan menempah kejayaan di akhirat kelak..

      Nasihat saya pada akak dan diri saya sendiri, kita kena tingkatkan keimanan, buangkan perasaan cemburu tu, kuatkan mental dan yang paling penting tingkatkan kesabaran dalam menempuh dugaan yang maha hebat ini bagi seorang isteri dan perempuan..in sha Allah..syurga akan menanti kita selagi kita mendapat redha suami..

      1. terima kasih atas nasihat pn tu,memang akak sedang berusaha untuk menerima segalanya tapi terlalu payah sekali tapi akak terus mencubanya, setiap kali dia balik kesini setelah kerumah isteri mudanya akan melihat dia dengan amat geram sekali ingin rasanya menerkam dan memukulnya ingin menjerit memaki hamunnya namun akak banyak beristifar dan bila tak tahan juga akan cuba keluar kelaman dan membiarkan dia bersendirian berehat dalam bilik sehingga petang bila dah rasa reda baru akak masuk semula kerumah. Mengingatkan perbuatanya betul2 menyakitkan hati tapi bila ia tak ada kita rasa resah tapi bila ia ada kita nak marah. sampai bila keadaan akan berterusan begini akak pun tak pasti.
        suami juga ketika dirumah bagaikan seperti patong dengan kita tak mau bercakap apataah lagi memujuk kita jauh sma sekali. ia hanya asyik menong sana menong sini. kadang ingin rasanya halau saja dia dari rumah tapi itu semua tak pernah keluar dari mulu hanya dalam hati saja.
        akak akan cuba melupakan semuanya dan mencuba untuk terus menjadi isteri yang baik walaupun dia tidak menghargai kita kerana saya yakin janji allah akan datang jua bahagia setelah derita. semua itu ujian dari Nya

      2. selagi tidak mampu memandang suami dengan pandangan kasih, selagi itulah aura busuk dan negatif berlegar antara kalian berdua dan selagi itulah tidak akan wujud rumah tangga bahagia, sedang usia makin menginjak senja,.. takkan ini yang dicari walhal sepatutnya bersiap sedia untuk menemuiNYA dengan penuh redho dan tenang…
        untuk memandang suami dengan penuh kasih,.. sifat buruk harus hancur dan sifat mahmudah harus menguasai hati,.. jika tidak permaslaahan ini tidak akan ada penghujungnya,..
        ada dua pilihan
        1. rawat hati
        2. belajar ilmu merawat dan rawat sendiri
        inshallah, Allah akan beri jalan

  17. salam,

    saya ingin bertanya ADAKAH dalam Islam mempunyai istilah suami curang? Jika ada, apakah hukumnya suami mempunyai hubungan cinta dan perempuan lain dan mengabaikan tanggungjawab untuk menyayangi isteri. Apakah pula hukum seorang perempuan yang mempunyai hubungan cinta dengan suami orang?

  18. Setelah ak baca terasa ringan beban didada ,,selama ini hub sama suami selalu diwarnai dgn kata2 kesat ,sindiran yg menguris hati,, sedih rasanya , dan tak sangup meneruskan hubungan ini,,, ,, terimakasih atas nasehatnya,,

    1. ilmu menuju ALLAH adalah ibarat makanan kepada ruh, ruh yang sentiasa diberi makanan, jiwanya akan tenang dan hatinya akan putih bersih dan menjadi tempat taufik hidayah dan inayah ALLAH bertapak,..

  19. Salam..sy pun nak kongsi pengalaman. Sy umur 27 dan bercinta dgn suami org dah 4 thn.sepanjang bercinta 4thn juga sy dan dia buat mksiat ats dasar cinta.knl pun lps sy terlalu kcewa dgn kekasih lama.masa knl cuma kwn biasa tp lama2 sy cair dengan layanan baik dia pd sy,jd sy terlalu sygkn dia smpi sy tinggalkn kwn2 sy yg tak suka dgn hbungn ni.dia pun x pernah abaikan sy krn dia org berada jd sy selesa dgn nya,tiap bln bg duit blnja scukupnya utk sy.tp spnjg bercinta kdg2 tfikir apa prsaan isterinya klu tahu yg suaminya ada wnita lain yg dah mcm suami isteri dan sllu tidur bsama.kami bhasrat nk kwin di thai krana tkutkn ahli klurganya thu tp kluarga sy mrestui hbungn kami.selalu juga sy mngis mmikirkan ksudahan hbgan ni tkut tak ksmpaian..niat sy nk kongsi kasih bkn nak rmpas dr isterinya.tp bru2 ni bila ditanya mgnai hal ni die minta sy mnunggu utk kwen.klu tak sabar dia minta kluarga sy crikan jodoh utk sy.skrg sy btul2 sdih mmikirkn nsib sy,.skrg br sy tau prsaan akak2 yg tlalu kecewa dgn suami yg curang…

    1. Allah itu Maha pengampun dan Maha pengasih. sesuatu musibah yang berlaku kepada kita adalah kerana perbuatan tangan kita sendiri, tetapi sekiranya kita berdosa dan kita bertaubat nasuha, maka sesungguhnya Allah itu maha besar dan luas rahmatNYA. bertaubatlah dengan sesungguh taubat, kita hidup di dunia ini bukannya kerana dunia ini tetapi matlamat kita adaalh akhirat.

      perjalanan di dunia hanya sekadar mencari perbekalan. seumpama kita dalam perjalanan ke satu tempat tapi kita berhenti di satu pantai yang sangat indah dengan air yang sangat jernih sehingga kita mampu melihat ikan2 berbagai warna berenang dengan suka rianya, lalu kita merasa damai dan tenang dengan keadaan itu, tapi bukan itu maksud kita berhenti, kita berhenti untuk sementara sahaja, kita perlu meneruskan perjalanan sebab destinasi kita bukannya pantai itu , pantai itu hanya tempat persinggahan. kita tidak boleh terpesona dengan keindahan pantai dan tipu daya ketenangannya,..

      begitu juga kita di dunia ini, dunia ini bukan matlamat kita, matlamat kita nun negara yang abadi, yang mana tempat sebenar kita akan Allah beri mengikut kekuatan amalan kita.

      penyerahan diri kita bukannya kepada lelaki yang tidak sah malah haram untuk menyentuh kita. kekuatan mengikat seorang lelaki untuk mencintai kita bukannya melalui perbuatan yang dimurkai Allah, kerana yang meletakkan cinta dalam hati seseorang adalah Allah. lalu peliharalah hubungan amal dan hubungan hati kita dengan Allah , insyaallah dunia akan sujud pada kita.

  20. saya ade msalah juga…xtahu la seserius mna…smenjak2 ni suami sya suka berwhatsup n we chat ngan pompuan2…ari tu da kantoi da..sya bleh bukak phone dia (pasword)..mengamuk 1 donia kat area umah mmg dengaq jelas sgat..smapai benda2 dalam kain pon tekeluar….dia trus tersentap diam membisu..sbb xjangka benda2 cam nih bleh blaku….TERKANTOI la ktakn…tpi skang phone msih g ade password bru…skang nk Tanya sya x bleh trima la ape yg tejadi…bla je “bersama” pon msih ingat g ape yg jadik…DIA XJUJUR SKALI…rse nk pisah pon ade…dgan pompuan2 len bersyang2…dgan sya..cma pangilan nma je…bkan itu yg dipinta…cukupla sekadar kejujuran antara kita…

    tlong kengkwan bgi pendapat!!!urgent sangat…ops…klau sesape yang senasib nak bg phone num.pon bleh jugak..nti kite bleh la bermsg2 tukar pendpat!!!

    1. Setelah baca sume ni , barulah saya rasa idup kembali setelah setahun jugak jiwa sya mati, rupanya ramai jugak yg senasib dengan saya…suami saya ni berjumpa kembali dengan bekas kekasihnya( isteri org dgn 2 ank) sanggup bercerai dgn suami dia, semata-mata nak khawin dgn suami sya.. tp dgn syarat suami saya kena ceraikan saya dahulu sbb dia x sanggup bermadu.. bermcm cara sya dah buat utk mendapat kembali kasih suami, tp bila org dah benci kebaikan kita mmg sudah x nampak, yg ada hanyalah kebencian.. tp Allah maha adil, di saat dia ada sume (harta, pangkat) suami lupa akan tanggungjawab dia pada keluarga terutamanya ank-anak dia.. skg, Allah tarik apa yg dia ada sebelum, tp sya tidak faham mengapa dia salahkan saya dengan apa yg berlaku pada kerjaya dia sekarang.. dia sepatutnya muhasabah diri kenapa nasib dia seteruk ini…..

      sabar lah kekawan, hanya Allah tempat kita mengadu nasib dan kita perlu yakin, kebahagian akan milik kita…

  21. Sememangnya terlalu sukar untuk menerima kenyataan bila suami curang, bila suami ada kekasih hati..namun apakan daya segalanya telah berlaku…hidup perlu diteruskan selagi masih bernafas..sebagai ubatnya balik kepada Allah…

  22. salam semua,

    saya sangat sedih dengan pelbagai cerita tentang kecurangan yg banyak berlaku sekarang ni.. iman kita makin nipis.. senipis bawang mengenangkan mslh2 ni.. tapi kawan2 semua.. in sya Allah.. apa yang terjadi memang telah di tentukan oleh Allah.. selagi kita bernyawa.. sebab Allah maha penyayang.. mengadu lah masalah kita padaNya. Ada 5 ubat hati yang saya boleh share disini, in sya Allah
    1) baca Quran dan pahami maknanya
    2) solat malam – mulakan dgn solat tahajut, taubat dsb
    3) bercampur dengan orang2 soleh/solehah
    4) selalu berpuasa
    5) perbanyakkan zihir

    in sya Allah…

  23. Sedih bila membaca cerita yang ada. Saya juga ingin meluahkan isi hati saya. Saya juga mengalami nasib yang sama. Saya telah berkahwin hampir 23 tahun dan dikurniakan 4 orang anak dan seorang cucu. Walaupun usia saya telah mencecah 40 tahun tapi org kata saya macam 30 tahun. Saya bersyukur. Saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta sama cinta diusia 18 tahun lagi. Dalam tempoh 23 tahun banyak onak dan duri yang saya tempoh. Rezeki sentiasa bertambah mungkin disebabkan saya sering mengamalkan Solat Dhuha. Walaupun saya bekerja tetap tapi tetap mengambil upah buat kek (homemade) bagi menambah pendapatan keluarga. Saya bersyukur. Saya fikirkan suami dapat memahami. Tetapi rupa2nya beliau mengambil kesempatan dengan berchating ketika saya sibuk menyiapkan tempahan. Hati siapa tidak hancur bila kita penat2 menyiapkan tempahan bila masuk ke bilik tidur mendapati di hp suami terdapat berbalas sms dengan perempuan lain. Ketika tu memang berperang tetapi suami pandai memujuk. Hati saya cair dan terima kemaafan beliau. Selang beberapa hari saya menerima mesej dari perempuan berkenaan menasihati saya supaya menjaga suami kerana katanya suami saya perlukan perhatian dan kasih sayang. Dan katanya lagi “Betul ke suami puan jujur”. Berdetup rasa jiwa saya ketika itu. Saya terfikir sejenak sebab sebelum ni suami tidak pernah merungut malah setiap malam saya berkhidmat untuk dirinya walaupun dalam keadaan penat. Secara rasional saya berbincang dengan suami dan kami saling bermaafan di atas segala kesilapan dan akan memperbaikinya. Sejak itu saya telah hentikan segala minat dan tempahan dalam bidang membaking. Hati saya telah hancur. Saya fikir semuanya akan berakhir. Tapi baru-baru ini hati saya betul2 hancur apabila saya mengetahui mereka masih saling berhubungan. Saya terkejut.. Bagi saya semua masalah dapat dibawa berbincang bukan dengan cara demikian. Saya terima suami seadanya. Bagi saya, kita semuanya tidak sempurna, ada kekurangan dan kelebihan masing2. Saya tidak menduga segala nasihat yang saya berikan sebelum ini rupa2nya bagai mencurah didaun keladi. Saya telah menghidu perhubungan mereka sejak tahun lepas (katanya perhubungan secara tidak diduga melalui wechat sekadar kawan biasa). Tetapi setelah suami mohon maaf dan berjanji tidak menghubungi lagi saya terima kemaafannya. Tetapi tahun ini segalanya terbongkar apabila saya dapati janda berkenaan masih berhubung. Setelah didesak akhirnya suami saya mengaku telah terlanjur dan katanya dia telah bertaubat dan mohon maaf atas segala kesalahannya. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi petunjuk. Doa saya selama nie akhirnya termakbul. Dengan izin Allah swt juga saya dapati dari sumber yg dipercayai janda berkenaan seorang penagih dadah (ice/batu). Saya maklum perkara ini kpd suami dan katanya dia pun tidak tahu latar belakang janda tu. Dan katanya keterlanjuran tu tahun lepas. Saya telah cadangkan suami membuat pemeriksaan kesihatan ditakuti sebarang perkara berlaku. Hati isteri dapat merasa apa jua tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh suaminya… Walaupun saya telah memaafkan tetapi dihati saya sentiasa bertanya adakah benar suami benar2 bertaubat dan tak akan mengulangi perkara berkenaan. Saya pernah memberi kata dua sama ada untuk terus bersama saya & anak2 atau memilih janda berkenaan. Syukur dia memilih saya dan keluarga. Tetapi setiap kali bersama saya akan dapat gambarkan apa yang mereka lakukan. Ya Allah betapa hebatnya dugaan ini.Jiwa saya sentiasa merintih, hati saya sentiasa bersedih…. bila ada lagu2 sedih yang menyentuh jiwa…air mata turun keluar mencurah2….Kini saya berusaha untuk kuatkan semangat…cuba memaafkan suami walaupun hati terguris. Segala apa yang terpendam dan terbuku saya curahkan kepada Allah swt. kerana saya pasti Allah swt lebih mengetahui segala-galanya. Kini saya pasrah dan berserah kepada Allah swt…saya berharap semuanya akan berakhir…….

    1. Sedih betul bila saya membaca tulisan puan & saya harap semuanya dah selesai. Saya pun in the same situation, semua gara2 suami ada hubungan dgn janda2. Kami gaduh besar tahun lepas september tapi selepas seminggu dia bersama saya & yg menyakitkan ialah suami dah mengaku. Selama 17 tahun kami hidup long distance 2 1/2 flight sebab kerjaya. Anak 3 org semua dgn saya & baru 4 tahun kami bersama tinggal bawah 1 rumah sebab saya dah bersara. Affairs sebenarnya memang berterusan selama 17 tahun tapi saya ingat tak berlaku & I am wrong. Bukti2 diperolehi 2-3 tahun lepas bila saya tinggal dgn suami tapi as usual suami cakap tak ada apa2. Saya pernah bejumpa dgn staff dia 13 tahun dulu & tahun lepas septemeber selepas gaduh besar saya pergi rumah staff nya & dia bersumpah dgn nama Allah dia stop affairnya. Dia minta maaf kami menangis dsbnya & saya pun percayai nya tapi 3 bulan start balik. Bukan staff tu saja ada 2 lagi janda & mereka ni umur dlm 45 keatas & saya 52. Saya dan suami mengenali each other 30 tahun & berkahwin selama 23 tahun lebih. Ya betul suami cakap kalau dia nak kahwin dia mampu & lama dia boleh buat tapi tidak. Yg peliknya satu janda ni ada anak 7 tahun & dia minta bayaran sekolah private, club membership, kelas tennis & day care dgn suami dimana suami memang apa saja janda minta dia bagi. Feb baru ni bayaran utk budah tu 8-9 ribu. Bila saya tanya kalau tak ada apa2 dgn budak tu kenapa dia minta semua bayaran tu. Anak saya 3 org tu pun saya tak hantar sekolah private walaupun saya mampu. Ada saya nampak suami banding gambar budak tu dgn gambar suami saya semasa dia kecil & ada irasnya, Ada juga janda tu hantar video recording budak tu baca buku inggeris & keputusan periksa sekolah dimana suami reply budak pandai macam mama nya sebab bapanya hanya pandai baca bila darjah 3. 3 minggu lepas dlm kereta kami bergaduh hantar gi airport & suami telah lafazkan talak satu. 2 hari kemudian saya minta maaf yg agak panjang dlm whats app walaupun saya rasa bukan saya yg salah sebab saya cuma tahu cerita yg sebenar. Bila suami balik selepas dia duduk kat bawah selama 1 jam saya turun ambil tangannya cium & minta maaf. 13 hari kemudian bila saya nak gi kelas Tafsir suami tahan & peluk saya, lafaz rujuk & minta bersama, said he missed me etc. Saya bagi tahu saya tak mahu check dia lagi & dia cakap saya tak akan check dia. Rupanya phone dia sekarang dah pakai print scan jd dah pasti saya tak boleh go in his phone. Sekarang saya tak tahu macam mana saya boleh percaya dia sebab selama ni memang affair nya dgn 3 org ni tak stop. Jadi apa yg patut saya buat. Saya selama ni memang tak putus berdoa & solat pd Allah meminta kesabaran, jln petunjuk atas segala dugaan saya. Saya hanya inginkan yg terbaik utk keluarga saya. Ya Allah bantulah hamba mu yg hina ini.

  24. Salam buat wanita wanita yang terluka diruang luahan hati ini. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui setiap saat perjalanan hidup setiap hambanya oleh itu setiap kali ujian itu datang sentiasalah bersyukur kerana rahmatnya memberitahu kita sebenarnya kita amat disayangi ketika ujian itu datang.Begitu juga saya sebagai hambanya yang serba kekurangan tetap diuji untuk melihat kasih nya kita kepada yang esa.Kita terluka kerana rasa kasih cinta pada suami dan kepercayaan yang kita letak kan dalam jiwa kita sendiri.Cuba kita letak suami itu ditempat kedua kerana cinta pertama kita hanya kepada Allah jua yang kekal.Setelah mengenali cinta pertama ini kita akan dapat menerima apa jua yang cinta kedua lukai.Biarlah kelukaan itu hanya kita dan Allah saja yang mengetahui. Sampai sekarang hati saya masih dilukai kerana rasa cinta pada sang suami.Tetapi cinta pertama sentiasa mengubati.Biar dilukai berkali kali tapi perasaan kasih tidak pernah akan hilang atau berkurangan sama sekali kerana ia adalah anugerah yang Allah berikan pada setiap hambanya.Oleh itu mencintai suami biarlah kerana DIA yang maha pengasih penyayang pengampun lagi mengetahui.Sememangnya amat payah untuk melakukannya tapi bantulah diri kita sendiri mengadulah pada DIA setiap saat dia maha mendengar dia setia mendengar luahan hati kita.wassalam.

  25. Hye..kwn2 semua..sedih nya saya baca cerita kwn2.. walaupun saya belum berkahwin..tapi saya tahu bagaimana rasanya perasaan terluka itu.. ialah.. mcm cerita saya ini..saya mengenali seorang ini dekat 2 tahun lagi..saya ingat dye seorang yang sempurna..tetapi salah bila dye seorang yg panas baran dan kuat cemburu.. sehingga family saya tidak dapat menerima hubungan kami. dan saya juga tidak mengharap kan hubungan kami yang serious..cuma dye tidak dapat lepaskan saya.
    tapi yang saya sedih ialah..bila saya suka dengan lelaki.. mereka selalu saja..tidak pernah setia dan jujur dengan saya.. mungkin itu juga yang menyebabkan saya..kurang untuk bersedia menjalinkan hubungan yg lebih serious.. sebab lelaki sekarang ney ssah nk percaya. mereka hanya mendekati wanita sekadar untuk suka2..
    tapi saya ni jeniz mudah suka dgn orang,,,dan sukar untuk jatuh cinta… jika di tanya adakah saya sudah bersedia untuk berkahwin..saya mesty akan memikirkan tentang masa depan yg akan datang..
    saya berasa takut sekali untuk percaya dengan lelaki..lagi..dan mahu membuangkan perasaan suka dan cinta dari mereka.
    sebab saya tahu..dengan adanya kawan perempuan saya..yg sentiasa memahami dan menasihati saya selalu…agar saya tidak memilih lelaki..yg tidak baik..dan membuat saya terluka.

  26. Salam.. Sy juga nk berkongsi masalah.. Sangat suami ada banyak acc facebook. Email berlambak..dlm banyak2 2.. Sy dpt tangkap 2 pasword. Satu email clear..dlm facebook ( akuan y sama) buh status berkahwin. Tp dlm 1 akaun.. Nyata sang suami galak! Setiap email y masuk dr kenalan ‘ dating world’ ke. Menatang ape…sume nye duk komen i like u pic..so handsome Bagai ..bla..bla.. Persoalan sy knp???? Jantan MGM mcm 2 ke?… Utk makluman nafsu sang suami besar!!! Sy punya la nk bg layanan fisrt class kdg2 Usha juga video 2..utk perfomence dgn sang suami. Tp Ape yang sy rasa sekarang sy rasa geli utk bersama. @ x ikhlas dah.. Sy selalu jugak Tanya how my performance…he was say.. I give u A+++++.. Tp semenjak sang suami mula berjinak2 dengan “dating’ 2 sy rasa sy nak jauhkan diri…. Respons plz,,,,

    1. untuk seseorang tidak terjerumus dalam tindakan berdasarkan bisikan syaitan dan nafsu maka perlu ada kekuatan iman, taqwa dan kekuatan rohani yang tinggi… jika tidak dengan maslaah unsur air yang tidak seimbang dalam badan , akan terjadi pelbagai perkara yang diluar kawalan..
      maka perlu rawat ketidakseimbangan unsur dan nafsu tidak terkawal, inshallah

  27. tolong berikan doa buat saya..saya amat terluka..saya bekerja di bidang perubatan..1 hari suami mengadu sakit kepala n muntah2..maka saya dengan rasa tanggungjawab membawa dia ke klinik untuk mengambil darah..runsing andai si suami di timpa malapetaka..saya amat menyanyangi dia dan amt memanjakan dia..untuk pengetahuan,saya sudah hampir 5 tahun berkahwin dan baru pindah untuk bersama ngan suami akibat kesukaran berpindah tempat kerja..3 hari selepas keputusan darah ditangan saya tp keputusan itu memeranjatkan saya..saya cuba bertenang kerana penyebab utk ujian darah disebabkan faktor 1)pengambilan darah berlebihan.2)seks rambang 3)alkholic..saya pulang dengan hati yang runsing bimbang penyakit suami tanpa mempedulikan sebab penyakit itu..apabila pulang kerumah, suami menunggu dan saya menangis supaya dia berterus terang adakah dia mengambil dadah..setahu saya,suami pon tidak merokok..oleh kerana takut suami saya memohon maaf dan memeluk saya..alakah terkejutnya saya apabila suami menyatakan kecurangan nya bersama pelacur ketika saya hamil..dan perkara itu berlaku 3 tahun lepas..hati saya jdi hiba..sedih dan sayu saya rasa..bertanya pada hati knp ini yang saya terima untuk hadiah perkahwinan yang ke 5..tidak mengadu kepada sesiapa kerana suami ingin buat ujian darah semula..bertambah sakitnya hati apabila suami mengatakan bukan sekali tetapi kurang dari 10..masyaallah,,jiwa saya mati..saya bertanya apa kekurangan saya..kenapa dia buat begitu kepada saya..dia mengatakan dia menyesal dan saya maafkan dia demi ank..tapi jiwa saya mati akal saya kosong..bila bersama saya akan terbayang dia bersama pelacur tu..amarah saya bertambah..tolong berikan pandangan..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semakin dia berbohong semakin bnyak rahsia yang terbongkar..dia kata dia berbohong untuk menjaga hati saya…sebelum ni kenapa dia x memikirkanya…jiwa semakin senak..ya allah bantula hambu mu ini…

    1. tanda kasihnya Allah pada kita bila sesuatu masalah tu buat kita terduduk dan terkedu memikirkan jalan keluar kerana hati tidak tertanggung. selagi tidak berlaku begini, kita jarang memikirkan bagaimana, apa dan kenapa sesuatu itu berlaku.. dan jawapan sebenar permasalahan adalah mendidik hati untuk kembali meletakkan pergantungan kepada Allah swt bukan makhluk..
      ramai wanita meletak pergantungan hati pada suami
      suami lah segala2nya
      jika suami baik, maka isteri bahagia
      jika tidak dan buat hal maka hancur luluhlah hati isteri
      maka Allah memberi ujian dan musibah untuk memperkenalkan diriNYA kepada hambaNYA…
      maka untuk itu, untuk menyelesaikan masalah kita maka kena kembali kepadaNYA
      boleh rawat diri dan suami, inshallah.
      boleh hubungi saya, muga diberi jalan keluar

      1. kini hati sya sedikit tenang dan mula memikirkan kesilapan saya…memang sya akui sya tersilap langkah yang mana saya pernah terlanjur dengan nya kesucian saya diambil oleh suami saya..oleh itu dia bertanggungjawab pada saya dan memperisterikan saya..mungkin itu balasan Allah pada sya.. bila sya tnya pada suami adakah sya orang pertama yang dia tiduri dia jwb bukan..ada seorg teman wanitanya sebelom sya..dan dia tinggalkan perempuan itu..sya terus terdiam hingga kini hati saya sakit..kenapa dari dulu saya tnya dia x mengaku..dia jwb nk menjaga hati sya dan x mahu saya tinggalkan dia..Allah itu maha adil..Saya lupa tentang itu..Allah itu maha mengetahui..cinta sya kini untuk Allah..walaupun suami memiliki jasad saya hati sya jauh lebih kepada yg maha Esa..dia kini berubah dan kembali kepada jalan yang sama dengan saya iaitu mencari keredhaan Allah..bgaimana sya nak hubungi awk intanrohaida…

      2. sila sms pada saya no phone saya ingin berbicara secara peribadi.no fon saya 012 5337254

  28. Sy nk tanya,mcm mana nk contact intanrohaida atau admin page ni?ada no telefon yg bole dihubungi x? Sy betul2 perlukan pertolongan.

      1. salam semua! saya telah berkahwin hampir 26 tahun. saya adalah sorang isteri yang bekerja. saya mempunya 5 orang anak dan 1 cucu. suami saya adalah sorang lelaki yang tak putus2 mempunyai ramai kenalan perempuan, dari bujang hinggalah sekarang. pernah mempunyai hubungan sulit dengan kawan sendiri. pernah mempunyai hubungan sulit dengan perempuan indon setelah dia bekerja partime di sebuah kelab malam. saya ada baca sms yang mengatakan perempuan itu dah mengandung. hati saya terlalu tawar dan saya biarkan saja. lepas tu suami kena transfer kl, saya ambik keputusan untuk ikut walaupun dia menghalang. masih ada mempunyai hubungan dengan wanita2 mana pun saya tak tahu. dai pernah berbual semasa saya pura2 tidur. saya bersabar je dan buat tak tahu. dia tidak gembira hidup di kl dan minta transfer balik jb. dia suruh saya transfer dulu sementara ada kekosongan jawatan di jb. saya turutkan dan hampir 1 tahun barulah dia dapat transfer jb. di jb, dia balik semula bekerja partime di kelab malam yang sama. baru2 ni ada mempunyai hubungan sulit dengan perempuan cina atau philipine saya pun tak pasti. dia tak mengaku walaupun saya nampak banyak sms dalam hp dia. satu hari saya nampak kasut perempuan tu dalam kereta suami saya. pun dia tak mengaku dan membisu seribu bahasa. saya amat marah dan menghalau dia keluar dari rumah saya. dia ada beritahu pada anak2nya yang dia takkan balik kalau saya tak jemput dia balik. saya keliru samada perbuatan saya ni boleh dikategorikan isteri derhaka? mohon penjelasan dan pencerahan dari cik intanrohaida.

      2. unsur air dalam diri suami tinggi,. kena turunkan dengan merawat atau belajar cara rawatan. boleh hubungi saya

  29. suami ade affair dgn pmpan vn(vietnam) da hampir 8-9bulan dorng bf&gf.skrg nie suami da ceraikan saya talak dua dlm keadaan saya tgh pregnant 6 bulan. pada mula saya da cam pmpan tak tentu arah…senang ckp Giler! lpas jatuhkan talak suami tros tak balik. balik rumah parent dier.Lagi giler saya buatnye. tak buat mkn tak ble tido just dok dlm bilik nangis n nangis…ade satu time tu tiba2 aku ingat tuhan(Allah swt). saya nie takla pndai sgt psal smbahyang jdi cari buku utk refer. walaupun ade doa saya tak hafal. tapi sya ttap nak solat. alhamduillah skrg sya jadi calm n ble control marah sya.suami ade bilang ny dier da tak sygkan sya lagi n abiskan marriage kite lpas baby keluar.n dier nk kahwin dgn gf(vn). hati sya cm di sambah petih…totally hurt bile dgr dier ckp cm tu. tapi saya sabar…solat,doa tak putus2…n skrg nie pulak suami ade ckp yg dier still ade syg kat sya lagi cuma dier nak sya tahu yg dier nak both( sya n gf(vn).Ya allah sedih sgt2,hancur hati…suami ckp kalo satu tak dpt dua2 tak payah dpt…my side sya hanya mampus berdoa n berdoa…semoga Allah lembutkan hatinye n ubahkan memikiran suami….Amin

    1. assalamualaikum.. saya nak berkongsi doa supaya disayangi suami. saya belum berkahwin tetapi saya dengar doa ini mujarab sekali jika dilakukan untuk megembalikan suami dan menjadikan suami sayang pada kita, baca la surah yusuf ayat 4 dan surah tahaa ayt 39 selepas solat.atau baca tiga kali dan hembus di ubun2 suami semasa dia tido. tetapi jangan sampai diketahui olehnya, selain itu boleh juga di hmbus semasa berhadapan dgnnya,insyaallah suami akan makin sayang dan kasih kepada kita.

      1. saya pernah merawat seorang yang mendapat saka amalan kerana mengamalkan doa ini kerana pergantungan hatinya dengan ayat2 tersebut, apabila dibaca terasa hati berpegang dengan ayat tersebut , inshaallah ayat tersebut mampu mengembalikan kasih suami, walhal ayat tersebut juga makhluk sebagaimana kita dan suami, langsung tiada kekuatan membuat apa2pun,..

        yang memasukkan kasih, mengeluarkan kasih, mengembalikan kasih adalah Allah swt2 SEMATA2.. tiada ayat alquran yang mampu melakukannya..
        mengaji atau membaca ayat apapun mesti dilakukan semata2 kerana Allah bukan kerana mahukan kasih suami atau murah rezeki atau bagai..

        orang yang mahu bertawasul dengan ayat al quran pergantungan hatinya mesti pada Allah swt semata2, bukan pada ayat, jika kekuatan iman lemah, apabila bertawasul, akan mudah jatuh ke syirik khafi kerana nipisnya sempadan pergantungan antara ayat dan Allah swt.,.

        allhu akbar

  30. nama saya ct..saya sudah berkahwin 12 tahun lalu…suami 3 th lebih muda..alhamdulilah dikurniakan anak 4 org..walaupun hubungan kurang berkomunikasi tp kejap ok..jap ko..coz xde kwn utk berborak…bile berborak pulak isu sgt membosankan…hubby jenis yg pendiam..boleh dikatakan sehari cuma 3 patah perkataan jer..

    Sebelum saya berkahwin, sya pernah bercinta selama 10 th, hubungan dgn kekasih lama masih baik kerana dia juga baik dengan keluarga, malah dia juga jadi anak angkt kpd mak saya. Hubungan kami mcm biase saje, wlaupun niat utk bersatu tidak kesampaian tp kami redha…cuma
    Sejak kebelakang nie…hubby byk buat mslah, bnyk hutang, xnk berckp, berdiam diri, balik selalu lewat malam (kta kerja, tp entahlh..) yg peliknya makin blk lewat makin bnyk duit abis..hutang keliling pinggang..duit umah x byr, card kredit x byr…dan semua kekurangnya terpaksa saya tngung…tanya jugak dengan hubby tp dia kata selalu sibuk…teringin utk bercuti bersama tp asyik xde masa…ade hti juga nk check tp bile pk balik nak watpe..xkan nk tinggalkan ank2 kt umah tanpa org dewasa dan pergi siasat mane dier pegi..arghh…niat terpaksa dilupakan bila pk keselamatan ank2..

    Sampailah tahap tension dan hanya mampu berdoa…sekarang nih terasa kemurungan..muka sedih jer, x selera nk makan..hidup rasa sunyi sgt..tp apakan daya…

    Masa tu jugalah tetiba kekasih lama htr msj tanye khabar..ah lega sgt…wlu x dicurahkan kekusutan hati tp seolah2 ade gak orang take care kat kite cuma kekadang rasa berdosa sgt walaupun perasaan xde pape..suma tu ceta lama…ntah le ape nak kata suma nih urusan allah..cuma setiap hari hanya mampu berdoa semoga allah permudahkan urusan..Jika jodohku masih dgnnya, rapatkan hubungan kami suami isteri tp sekiranya hanya setakat ini..permudahkah urusaan kerana Allah yg lebih mengetahui..

    Masa bnyk dikorbankan menunggu suami blk kerumah..sedangkn hubby sms pun x apatah lg bertanya khabar…hadiah x pernah ade sepanjang perkahwinan..tp saya ttp redha..semoga Allah bukakan hatinya dan mejadi suami yang beriman..kdg2 kesihan kt anak2, cuti sklh pun dok umah…skrg sya rasa dh mcm org asing dan perasaan saya juga terasing, suma aktiviti buat sendiri..byr bil, jln2..selesaikan urusan ank/rumah/dan suma pelbagai…dia hnya keje, blk keje, tido dan ulang yg sama keesokannya…bile nk bersama baru cari saya..

    Bonekakh saya? …atau allah tentukan saya bersama kekasih lama?..allahuallam..apapun semoga allah permudahkan segalanya, saya impikan kebahagiaan sebelum nafas berakhir..

  31. saya bukan lah mangsa tapi saya adalah pemangsa..humm saya istri org dan dia suami org.. kami da bekenalan hampir 5 bulan~~humm tapi belom pernah terlanjur..cuma kami sering berpelukan dalm rumah shj~~kami tak nak telanjur wlpon niat dan nafsu tu ada.. saya rs berdosa sanat pada suami saya~saya dah pernah cuba tinggalkan dia tapi perasaan sy kosong tanpa dia… sy jd mcm ni kerana suami sy bukan la seorg yg peyayang dia slalo bekeras mcm xd perasaan cinta..bila sy bemanja dia xnk layan sy sampi saat sy teras sunyi… bila sy minta cerai..baru dia sedar yg dia dah abaikan sy… tp semua umpama dah terlambat… sy da bg separuh kasih sayg sy pada lelaki lain…dan terlalu sukar nak buang perasaan sy pada laki itu…tapi sy masih nak perbaiki rumah tangga sy.. tpi mcm mana sy nk buang pasaan pada lelaki itu dan kekuatan nk tinggalkan laki itu… dan bagaimana harus ker saya berterusterang pada suami sy yg sy pernah curang dgn sy… jika saya ertaubat adkh allah ampunkan sy tanpa pengampunan dr suami sy.. sy takut hukum allah… sy kesal sngt dgn apa sy buat~tlg la saya..

    1. sesungguhnya dunia ini hanya tempat mencari perbekalan di alam sana. allah tidak melihat pada penyebab kejadian maksiat tapi reaksi kita dalam menanganinya. bimbang kit banyak meletakkan asbab kita begini dan begitu pada orang lain tapi di akhirat sana orang yang kita kata sebagai asbab tu diterima allah, tapi kita terhumban dalam neraka jahanam. nauzubillah. pintu taubat masih terbuka. boleh rawat atau belajar cara rawat utk keluar dari masalah ini. kekuatan rawatan sebenar adalah mendapatkan kekuatan doa yang mampu ubah taqdir dan qabuliat. inshaallah
      untuk itu kena ada ilmu

      1. Saya berusia 53 thn sudah berumah tangga slama 22 thn. Mempunyai 3 anak lelaki. 20thn, 19thn & 17 thn. Suami berusia 61 tahun. Suami telah menceraikan saya dgn talak satu pd 6 Mar 2014. Masalah dah lama berlaku sbab suami mahu berpoligami dgn bekas isteri yg d ceraikan 25 thn dahulu. Suami seorg yg berpendirian tegas, garang & mementingkan diri sndri. Terlalu mengungkung, menyeksa jiwa & mental saya, sehingga saya d serang berbagai2 penyakit. Major operation pd Jun 2010 ovary tumour. Pada Mar 2011 barah payudara. Dan relapsed lagi pada bulan May 2013.
        Anak2 juga smasa remaja menjadi mangsa pukul bantai & mengalami gangguan emosi. Sehingga skrang masih mendendami ayah mereka. Kasih sayang jauh skali wlaupun suami kata sayangkan mereka.
        Masalah skrang suami mahu rujuk kembali pd saya tetapi bersyarat hidup berpoligami dgn janda anak satu dari Batam. (Mcm nak pecah jantung saya) Suami memang kerap ke Batam krana mengikuti dourah di radio Hang Batam.
        Saya tak setuju krana tahu suami tidak akan berlaku adil dgn kasihsayang & kewangan. Saya mengambil keputusan utk bercerai & sdng menunggu arahan dari mahkamah syariah. Dlm tempuh idah sbulan ini, rupa2nya suami sudah pun bernikah syar’i dgn janda di Batam. Katanya utk mengelakan dari melakukan maksiat. Hati saya benar2 remuk manakala suami gembira & memulakan kehidupan dgn isteri barunya. Saya pasrah & menerima qadak & qadar dari Allah. Setiap hari hati gundah, sedih yg teramat sangat ditambah pula dgn penyakit yg sedia ada yg tidak boleh stress. Hanya Allah saja yg tahu penderitaan saya ketika ini. Anak2 juga terasa kesedihan ini. Ayah mereka sperti tidak memperdulikan kami lagi. Suami saya mempunyai 4 org anak & 2 cucu (dgn isteri pertama dulu). Jumlah anak 7 org. Yg tua perempuan & 6 lelaki. Saya tak faham kenapa kasih seorang lelaki boleh cepat berubah. Dlm keadaan mcm ni pun saya masih ada rasa simpati & sayang pada suami. Kadang2 saya paksa diri ini supaya membenci suami supaya saya boleh berasa cergas, bermsya & HIDUP. Saya berdoa smoga Allah memberi petunjuk & jalan yg terbaik buat saya & 3 anak bujang saya. Amiin

      2. allahu akbar.

        ye benar, apabila kita mencintai, maka sukar sekali untuk menghancurkan rasa cinta.

        suami berbeza dengan isteri kerana dia mampu bercinta dan mengasihi wanita lain pada masa yang sama hatinya masih tetap mencintai dan mengasihi isterinya yang ada. ini Allah bagi pada para suami.

        jika nekad untuk tidak bermadu, dan telahpun bercerai, maka tentunya ini telah tersurat dalam qada dan qadarNYA , kerana itu perkara ini berlaku.
        cumanya masih perlu merawat hati agar mampu redho dan bahagia dengan ujianNYA ini.

        untuk mampu redho itu, perlu kepada kekuatan hati.

        untuk dapat kekuatan hati perlu ada beberapa syarat.
        1. kembali kepada ALLAH swt dalam erti kata yang sebenar
        2.melakukan korban duit, sama ada mengeluarkan kos untuk rawatan atau keluarkan kos untuk ilmu
        3.melakukan asbab, belajar atau merawat

        inshaallah
        muga dengan buat 3 perkara yang merupakan sunnah rasulullah ini, maka hati mampu nampak ALLAH swt dan bahagia mula menjelma.. inshaallah

  32. yer..saya akui akan penulis coretan ini nk smp ..mmg itu yg patut dipikirkn..walaupn ade yg tak berdosa langsung soal perhubgn tp masih diuji. Ini adalah ujian kedua yg sy terima, terlalu dan teramat perit…pertama disaat sy nk berikn kebhagiaan kpd suami dgn anak yg kami tunggu 7thn…kemudian disaat kami ditimpa kesusahan rezeki..ujian ni dtg menyapa sekali lg…byk yg sy berkorban utk suami bangun semula dlm hidup..akhirnya ini balasanya…mmg terlalu perit dn sakit.

    1. Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”

      Allah telah berfirman lagi: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).

  33. salam,saya mempunyai sepasang kembar 11thn & girls 9 thn.saya berkahwin lebih 13 thn. byk liku2 yg dilalui semasa berkahwin dgn suami.keluarganya tidak menyukai saya.saya berusaha menjadi menantu terbaik hingga kini.saya malu membuka keaiban sendiri,akan tetapi saya terlalu menderita kerna perbuatan suami.dia mmg anak yg baik pada ibunya,anak2.saya mmg tahu sebelum kahwin dia ada scandal.sehingga kini dia masih tidak berubah. saya pernah stalker hp,email dia.antara msg yg dia tulis dia adalah single parent,saya mengabaikan dia,wechat,whatapp,ag dating web site,ada saja nama dia.saya terasa amat kecewa kerana saya cuba membawa dia kearah kebaikan,pernah juga kami sama2 pergi kursus ESQ dgn harapan agar dia benar berubah jadi lebih baik.sehinggalah saya terjumpa msg acc debit di satu laman web dating.apalagi yg harus saya lakukan.terlalu byk yg saya korbankan.saya berhenti kerja kerana anak2. saya memilih kerjaya yg memerlukan saya menguruskan anak2. saya berasa tawar hati kerana byk kali dia melakukan dan sentiasa tidak mengaku.pernah juga saya nampak gambar bogel dia dlm hp,gambar perempuan bogel,pastinya mereka bertukar gambar.hati saya terluka yg amat sgt.saya tiada kekuatan utk melepaskan diri dari dia kerana income saya tidak stabil.saya terima dugaan ini.akan tetapi jiwa saya tiada kekuatan utk melawan.jika kami berbalah isu curang ini dia tidak akan mengaku sama sekali.sudahnya kami tidak akan bercakap dan masing2 berdiam.berdosa kah saya mendiamkan diri,berdosakah saya membuka keaiban sendiri,perwatakan dia spt family man membuatkan sesiapa tidak percaya apa yg dia telah lakukan pada saya.sesunguhnya saya tiada tempat utk melepaskan perasaan kecewa ini.saya cerminkan diri mmg byk lg kekurangan saya.saya hanya mampu berdoa agar dia benar2 berubah.sehingga kini saya buntu,tolonglah apa yg saya harus lakukan lagi.saya cuba jadi hamba Allah tetapi saya gagal melawan emosi.airmata saya keluar sehingga suara saya serak.penderitaan saya hanya Allah yg tahu.saya bertahan kerna anak2. bagaimana saya hendak kawal emosi saya jika hati tiada lg pada dia.setiap perbincangan kami tiada yg noktah.apa lagi yg harus saya lakukan..

  34. Assalam…..rasa terharu membaca komen2 puan2 semua….12 tahun yg lalu sy mengenali suami…suami telah pun berkahwin dan mempunnyai 2 org cahaya mata…pada mulanya saya tidak diberitahu yg dia telah berkahwin….lama kelamaan perasaan syg dan cinta mula berputik..sy telah mengajak suami berkahwin…dgn berat hati suami kata x boleh…bila sy desak dan tanya sbbnya dia mengaku telah berkahwin…remuk hati sy..rasa tertipu…sy berhenti kerja dan menjauhkan diri drnya..tp benarlah kalu dah jodoh x kemana…akhirnya kami bernikah di perlis…suami seroang yg bertanggungjwb..tp tegas..dan ego…lebih kurang 5 bulan usia perkahwinan kami…suami telah berterus terang dgn isterinya….wlupun berat akhirnya saya diterima…sy cuba berbaik dgn isteri pertama…dan Alhamdulillah kami baik walaupun sy tau hatinya hancur…tp isterinya seorang yg penyabar dan baik. Mungkin jodoh mrk x panjang dan mungkin juga krn kehadiran saya…akhirnya mrk berpisah krn madu sy telah mengenali seseorang dan ingin hidup dgn lelaki tu….Selepas berpisah hubungan kami tetap baik sbb saya menjaga dua ank2nya..saya dan suami bahagia..krn saya cukup menjaga suami…merajakan suami..memanjakan dan sangat menghormati suami…sehinggalah saya melahirkan ank yang ke3…hancur luluh hati sy..suami yg saya sanjung rupanya telah 3 tahun menduakan saya….dalam keadaan sy yg masih berpantang 100 hari…sy bagaikan nk gila…namun kerana kasih sy meminta agar jgn tinggalkan sy..suami berjanji xkan tinggalkan saya krn katanya sy x bersalah apa pun….patutlah selama 3 tahun sy didera suami dengan emosi…dia kurang memberi layanan pd saya…dia abaikan ank2…lalu depan ank pun buat x tau…dia sll menengking saya…dia umpama menjauhkan diri dr saya…sehingga dia sanggup biarkan sy yg sarat mengandung …utk bersalin pergi hospital sendirian…..semua tu sy sangka cuma mungkin ada kesalahan saya..tp rupanya dia ada org lain…betapa hancur perasaan sy…hanya Allah yg tau..dan hari ini sy tau bagaimana perasaan madu sy dulu….wlupun begitu sy cuba berbaik dgn madu krn menghormati suami…tp semuanya x guna bila apa yg saya buat x dihargai….hati sy yg hancur tp suami x pernah membantu utk menyembuhkan..sy dibiarkan menanggung kelukaan…seolah2 sy yg menduakan suami…sblm sy betermu dgn bini muda suami…perempuan tu ade mesej saya…memaki hamun sy dgn pelbagai kata caci maki…mungkin dia rase kesabaran dia selama 3 taun x dapat hidup dengan suami membuatkan dia menggila…pernah juga semasa kami berdepan tiga mata….sy meminta suami menceraikan saya….tp suami diam..bila suami ke toilet…sy tanya pada perempuan tu ape perasaan dia buat sy mcm ni…semakin lama suara dia semakin tinggi dan terus menyerang saya dan menarik rambut saya..suami yg mase tu dlm toilet keluar dan cuba meleraikan kami…5 hari suami x pulang x jenguk sy dihospital dengan ank yg demam…hari ke 5 sy tinjau suami dirumah bini muda..sah mmg dia ada kat sana…sekali lagi hati saya meraung terluka…namun saya cuba ubati dengan kesabaran..hari ke 6 suami pulang kerumah…memujuk saya..sdgkan sblm tu dia ada mesej seolah2 nk lepaskan dua..dua…ntahlah….hari ni dah setaun lebih semuanya….sy masih menangis…kejap saya baik..kejap saya rase nk cr pasal…sbb sy dah bosan….bila mintak cerai..dia xnk ceraikan saya…tp sikap suami buat sy meluat..benci…suami x pernah bagi peluang sy mencurah perasaan…suami x pernah mengambil hati saya…suami bersikap seolah2 dia tak menyakiti hati saya….jika diberi pilihan antara hidup dgn dia atau becerai saya pilih berpisah…atau elok kalau di mati ……..mungkin kejam…berdosa…tp hanya yg diuji rasa betapa pedihnya….ujian Allah sungguh hebat….untuk insan2 hebat…

  35. saya bru um0 18ta0n bl0m kawen.. tnga futher stdy lg.. bapa sy kawen dgn janda org siam ta0n lpas tnpa pngetahuan mak sy.. bapa sy xmampu untk brp0ligami sb dri dlu semua prbelnjaan dpur dgn sk0lah ank2 mak sy yg tngung.. bapa sy xprnah bhasakn drinya ‘abg’ dgn mak sy.. dye pngil mak sy dngn pngilan ‘eh’ je, sdgkn ble sy bce sms dgn bni muda siap ‘bersyg abg’ lg.. sy sdih ble mak sy crita tntg prkhwinan mreka.. mak sy tdak dsukai 0leh org tua bapa sya, malah adik-bradik bapa sy sering mghina mak sy.. sikap bapa sy dingin dgn mak sy dri awal prkahwinan mereka sehinga usia perkahwinan mengjagkau 35ta0n..anak 6 org 3lelaki 3p0mpuan, sudh bnyk mak sy brk0rban demi kuarga sy tp bapa sy se0lah2 tak menghargainya, mlahan ibu sy sering sakit2 sb selalu cri rezeki dgn menjual kuih.. sy ank b0ngsu, b0leh dkatakn sy yg pling bnyk thu psal bapa sy.. adik bradik sy semua dh thu psal janda tu, tp mak sy mcm tdak mahu trima bhkan amik thu psal jnda tu.. sy tak prnh brcinta sb sy tk0t dpat lelaki mcm bapa sy..

  36. kwan2 sy semuanya bercinta bhkan ad yg playgirl, sy cemburu sb sy xprnah brcnta.. sy tk0t kalau dpat jd0h org yg mcm bapa sy, pling sy tkuti suami 0rg.. ble dfkirkan sy memg xb0leh trima bapa sy bt bgitu pda mak sy, tp sburuk2 dye bapa sy..kalu ik0t hati sy sngt2 bencikn perampas suami org! kalu ik0t akal memg sy tk0t andai diuji dgan suami 0rg.. mak sy diuji dngn dimadu, sy pula entah mmpu atau tdak.. acpkali sy brfkir aq ni xlawa pun msti lpas kawin kne madu.. sb tu sy suka bce bl0g2 psal p0ligami sbgai prsediaan mental dn fzikal.. mak sy cntik, putih dn brsih kulitnya tp dh dimamah usia, sy lebih mnurun muka bapa sy yg agak gelap.. sy prnah trbyg andai sy diuji 0leh kakak dn makcik diatas adakh sy akn trsungkur atau sebaliknya.. sy xprnah trfkir untk menghina isteri kedua, prnahkh mreka fkir prasaan isteri prtama.. hebatnya wanita masing2 xmahu mengalah, tp andai sy diuji dngan ujin sbegini sy rela dmadukn jika suami sy bhagia.. tak semua yg kte hajati pasti trjadi..mgkin Allah tahu yg trbaek untk sy..

  37. Salam..sy dh hmpir 9 tahun berkhwin dan ade sorang ank lelaki dh umur 8 tahun… Suami sy penagih dadah…sy dpt tahu pun bila sy jumpe alat penagihan…sy maafkan dia dan trus bg sokongan…tp dh masuk 3 tahun dia masih menipu sy… Sy mula tahu perangai sebenar bila dia di luar…bila blik rumah…dia mmg baik..sembhyang n bermain dgn ank…hati sy benar2 luluh n kecewa dgn suami…kdg2 trpikir untuk minx cerai…tp bila pikir ank..ksian pulak…sy buntu nk pilih jalan yg mane….tolong la bg pandangan…

    1. penagihan berlaku kerana unsur air dari aspek rohani berlebihan dalam diri. payah nak keluar dari masalah ini kecuali si penagih yang mahu ikhtiar untuk rawat dirinya.

      1. Cadangan:

        1. Pertamanya ialah PENAGIH itu sendiri yang nak berubah

        2. Pemulihan secara berkesan, eg masuk pusat serenti

        3. Penagihan juga boleh di pulihkan dengan cara rawatan Islam

        4. Penagih perlu di rawat secara berperingkat – perlu dorongan/bimbingan keluarga/masyarakat

        5. Bantu dari segi beri pekerjaan

        6. Bertawakkal pada Allah

        Tapi memang sangat susah/payah untuk keluar dari kemelut pengaruh dadah ni.. kalau tak kuat, sebaiknya doa padaNYA
        Mintak diberi petunjuk.. wallahulalam..

        InsyaAllah puan akan di beri kekuatan.. kami doakan yg terbaik untuk puan..

  38. as salam.. sy juga mempunyai suami yang curang. Umur perkahwinan br masuk 3 tahun.mempunyai seorang ank berusia 2thn.Dh setahun lebih sy mensyaki sesuatu. Tetapi suami selalu menafikan. Akhirnya setelah setahun lebih sy mencari kebenaran petunjuk, Allah maha berkuasa. sy berjaya dapatkan bukti.dan suami mengaku mempunyai wanita lain. Wanita itu muda 10tahun darinya dan sanggup bermadu. Sy bertahan sekarang kerana ank. Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak sanggup bermadu dan suami saya tidak mampu untuk berpoligami.

  39. Assalamualaikum. Saya surirumah berusia 47 thn. ibu kepada 5 org anak, nenek kepada seorang cucu perempuan yang comel. Alhamdulillah. Usia perkahwinan telah menjangkau usia 27 tahun pada april 2014 yang lalu. Suami mula curang ketika usia anak kedua menginjak 3 tahun. Pada kali pertama saya agak susah untuk menerima kenyataan. Almaklum .. dengan usia yang muda dan ketika itu sedang mengandung anak ke3. Hanya satu yang ada dalam kepala iaitu CERAI. Tapi syukur. Jodoh kami masih kuat. Benarlah.. jika jodoh masih kuat Allah tidak akan memudahkan jalan untuk perceraian.
    Perkahwinan kami berkekakalan hingga ke hari ini. Malah anak sulong telah berumahtangga dan mempunyai anak sendiri. Tetapi, seiring kemajuan teknologi, lebih mudah juga berlaku dosa dan maksiat. Hanya IMAN yang kukuh mampu menghindari FITNAH Yahudi ini.
    Suami saya tidak terlepas dari menjadi mangsa teknologi. Bermula dengan teknologi telefon 3G di era 2008 ke atas. Kini ada wechat, whatsapp, beetalk, telegram dsb. Melalui media2 tersebut, suami saya banyak menjerat perempuan yang sunyi dan gersang. suami dengan sepenuhnya menggunakan media sosial untuk memancing. Dan ramai juga perempuan yang terpedaya dengan pujuk rayu palsunya. Dari berchatting biasa ke chatting ghairah. Di sulami dengan kiriman gambar2 meloyakan. Di susuli dengan fon sex. Dan akan di akhiri dengan sex realiti di bilik2 hotel atau dalam kereta.
    Bohong kalau saya kata yang semua ini tidak terkesan pada saya. Ianya sangat menyakitkan. Hati ini ibarat di tikam berkali2. Hati saya telah berkali2 mati. Tetapi ia kembali hidup subur dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Perbanyakkan solat malam. Kerap membaca Al-Qur’an. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah tidak pernah menghampakan. Berkat kesabaran. Allah telah balas dengan anak2 yang soleh dan solehah. Kebahagiaan yang tidak saya perolehi dari suami, Allah balas dengan kebahagiaan yang anak2 berikan. Saya benar2 berpuas hati dan tidak terlalu memikirkan dosa2 dan kemaksiatan suami.
    Sebaliknya, saya banyak berusaha menaikkan tarafkan nilai diri di mata Allah swt. Bagi saya, apa yang suami buat, itu adalah antara dia dan Allah. Memang benar, jika kita terlalu banyak keluh kesah, syaitan akan mudah menghasut. Termasuk, kemungkinan tanpa disedari syaitan laknat akan menghasut supaya kita juga melakukan perkara sama dengan alasan… Kalau dia boleh buat.. Aku pun boleh buat.
    Nauzubillahimin zalik. Mohon kita semua para isteri di jauhi dari bisikan2 sebegitu.
    Kepada puan2 yang senasib, ayuh… berhentilah merintih dan menangisi nasib diri. Allah Maha Penyayang. Yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita terus hanyut dalam kekecewaan. Semua itu adalah dugaan Allah kerana kasih sayang Allah kepada kita. Bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih yang Allah sayangi. Tetapkan kedudukan diri kita teguh atas landasanNya yang benar. tidak mudah tergelincir walau sedikit pun.
    Sekian. Salam Ukhuwah semua Ukhti.

    1. Terima kasih puan shirley dan penulis blog ini. Tergerak hati pulak saya nak cari, bukak dan baca blog penulis di sini dan comment dari puan shirley. Mmg hati ini bnyk terluka dan sedih sekali. merintih, menangis saja la kerja saya. Tetapi , Ya Allah!! Allah bnyk beri pertunjuk bagi saya… bershukur sgt pada dia…

    2. Ini yang saya nak baca, kata2 nasihat dari orang yang pernah melalui masa sukar dan dapat bangkit, menjumpai bahagia walaupun jiwa tersiksa. Lagi mendalam maknanya dari nasihat yg dtg drp mereka yg belum pernah mengalami nya, lebih kepada teori semata-mata.

  40. Sy baru kawen 3 tahun dan d kurniakn 2 org ank….. Selama ni sy ingat suami ok je dgn sikap sy.. Dia jenis pendiam tp dlm diam dia ada perempuan lain patut ke dia buat sy cam ni… Sampai dia sgup nk cerai kn sy klu perempuan tu tgal kn dia… Ape patut sy lakukan… Knp dia hukum sy cam ni.. Sy xnk rumah tga sy runtuh..

  41. memang sangat sedih bila suami mencintai perempuan lain…hanya jita yg mengalaminya tahu perasaan itu. sabarlah ye sahabat semua..jalankan tanggungjawab sebagai isteri yg solehah..sentiasa sibukkan diri dengan mencari ilu akhirat, mengaji, solat malam..semoga ALLAH membalas keikhlasan kita dengan Jannah….

  42. saya baru 2 tahun berkawen. dalam masa 2tahun berkawen, da 3 kali die curang. hancur hati sye. semua tu dgn perempuan yg sme. janda yg xde anak. diceraikan sbb nusyus. bila saya tanye suami sye nk ke kawen dgn perempuan tu, die kte xnk. die syg sye n anak. tp sye pelik kenapa kne curang. wlu mungkin hanya keluar mkn n msj bersyg2, sye xley terima. sye rse mcm nk bpisah tp sye fikirkn anak yg masih kecil. parents sye bercerai jgak, so sye tau mcm mne rsenye ble xde ayah. tp sye xtau mcm mne nk rawat hati sye. btl2 kecewa dgn sikap die. sye langsung xboleh pandang muka die. ckit pn kata2 die sye xpercaya lg.

  43. Asslmmualaikum..saya mempunyai niat untuk bertaubat..mempelajari tentg agama…dan palig pentig bagi saya…meluahkan sesuatu..untuk saya tahu apa harus saya lakukan untuk permulaan..
    Jika ini adalah tempt yang sesuai untuk saya berkogsi masalah dan mengajar saya untuk menuju kejalan allah secara individu saya harap awak dapat membalas email saya

  44. Ketaqwaan dan keimanan seorang wanita yang bergelar isteri bukan diukur dengan kerelaan dimadukan oleh suami. Memang suami diberi hak berkahwin lebih dari satu. Tetapi Islam tidak pernah memberi seorang suami hak untuk menyakiti,  membohongi, menzalimi dan melukai hati seorang isteri. Tugas seorang suami adalah untuk melindungi isteri dan memberinya nafkah. Bukan untuk menyakitinya demi kerana nafsu sendiri. Kebiasaannya, sebelum suami bernikah lagi satu, dia akan membuat hubungan sulit dan maksiat dengan wanita tersebut,  dan berbohong dengan isteri dan anak – anak,  lupa akan tanggung jawab pada anak isteri kerana sibuk melayani wanita lain. Adakah perbuatan ini semua dibenarkan Islam? Inikah yang diajar Rasulullah saw dan Quran? Tapi bila si suami mahu bernikah lagi, dia akan keluarkan semua dalil dalil yang membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu. Kenapa semasa buat hubungan dia tidak keluarkan semua dalil dalil tentang hukum seorang suami berhubungan dengan wanita lain, tentang berzina, tentang hukum membohongi isteri dan anak – anak,  tentang hukum melalaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak – anak? Lelaki seperti ini memang patut diberi Hukuman dan balasan oleh Allah kerana menzalimi isteri dan anak – anak.  Doa seorang yang dizalimi akan dikabulkan Allah. Allah dah janji dalam Al-Quran. Jangan main – main.  Hukuman Allah pasti datang. 

    Rasulullah juga tahu betapa sakitnya hati seorang isteri apa bila dimadukan seorang suami, apabila baginda berkata,  apa yang menyakiti Fatimah akan menyakiti baginda juga. Rasulullah tidak membenarkan Ali bernikah lagi satu melainkan Ali menceraikan puterinya, Fatimah.

    “I heard Allah’s Apostle who was on the pulpit, saying, ‘Banu Hisham bin Al-Mughira have requested me to allow them to marry their daughter to Ali bin Abu Talib, but I don’t give permission, and will not give permission unless ‘Ali bin Abi Talib divorces my daughter in order to marry their daughter, because Fatima is a part of my body, and I hate what she hates to see, and what hurts her, hurts me.'” [Saheeh al-Bukhaari, Vol. 7, Book 62 (Book of Marriage), Hadeeth No. 4887] 

    Jadi, seorang isteri tidak perlu memaksa diri sendiri untuk bermadu jika hati tidak redha dan terasa terseksa. Pergi lah ke mahkamah untuk buat pengaduan.  Percayalah, suami yang begini tidak deserve seorang isteri yang soleha, yang taat dan setia pada suami. Seorang suami yang baik tidak akan melakukan kezaliman seperti ini. Suami seperti ini tidak layak menjadi imam pada keluarga.  Berdoalah pada Allah supaya DIA memberi kesabaran dan sesuatu yang lebih baik dan mulia di dunya dan akhirat. Pada setiap kesusahan pasti ada kesenangan.  Allah sudah janji dalam Al-Quran. Semuga Allah melindungi dan memberi kesabaran dan meningkatkan lagi darjat, keimanan dan ketaqwaan semua isteri -isteri yang dizalimi suami – suami. Ameen.

    1. Assalamualaikum semua..
      Sy juga salah seorang isteri yg dibohongi oleh suami sy sy telah berkahwin hampir 8 tahun lbh…skarang sy mngandung 8 bln anak ketiga ..sgt sedh bla mnerima berita kecurangan suami sy trhadap sy yg mana suami sy telah terlanjur dgn 3 pempuan seorg dr 3 org tu rakan seklahnya yg mana sya didalam pantng anak kedua sy dan lg dua adalh wganegara china GRO dan perempuan india tukang urut..sy x tahu mcm mna nk terima kenyataan ni…perkara ini terbongkar apabila sy sedg mengandung anak ketiga ini pd kemaluan sy dinaiki bebrapa biji yg sy tidak.pasti pnyakit apa..oleh kerana itu tidk brapa lama suami sy pula dinaiki bnda yg sama dibahgian kmaluannya …dn olh itu lh segala rahsianya terbongkar apabila suami sy sndri mncertakan perkara ini kpd sy yg dia pernah terlanjur dan tkt dirinya dan sy di jangkiti pnyakt berbhaya..dia menags mmohon ampun dan mahu berubah..pada mula nya sgt skit ati ini nk terima tp sy terlalu mnyayanginya dan memikrkan anak2 sy yg masih kecil sy kuatkan hati mngajaknya dan atas kerelannya juga kami bersama2 mnjlankan ujiam hiv utk mngtahui kputusan sama ada pnyakit brknaan dihdap olh suami dan sy…kputusan suami ngatif dan kputusan utk 6 mnggu lg masih blm diktahui dan.keputusan darah sy juga mash blum diketahui kerana kes st dirujk di bahgian pakar kerana smasa sy mmbuat rawtan sy blum mngtahui hal ini…sy berharap suami btul2 berubah dgn pngakuannya walaupun hati ini ssah nk.mmnerima mngatakan suami saya akan brubah sy kuatkan hati jgak mnrimanya..ttapi sy mash trauma n membyangkan bgaimana semasa suami bersama perempuan2 murahan bekenaan…sedihnya hati ini…

    2. Saya sokong..bnyk cara lain utk mndpt pahala..andai hati x ikhlas dan redha yg sebenar2 redha..mna nk dpt pahala..sebesar2 dosa adlh menzalimi diri sendiri..ingatlah setiap insan layak bahagia..andai sdh berusaha bertahan tp xda perubahan..means suami dh pilih hidup mcmtu..berkorban atau terkorban x pernah hilang dr menghantui wanita..jgn lupa ni…CURANG ADALAH PILIHAN…BUKAN KESILAPAN..suami xkn pernah insaf sb tahu senang dan mudahnya meminta maaf drpd minta izin utk curang..pcyalah..xsemua lelaki curang wlupn realitinya lelaki dicipta untuk mampu menyayangi lbh dr 1 ppuan..lelaki yg x curang mmg yg ada iman dan tahu apa itu bersyukur..semuanya dr lelaki..lelaki mmg x pernah cukup tp krn cinta kasih sygnya thdp isteri dan anak2 maka dia PILIH untuk setia..
      Kalau suami CINTA kasih syg isteri..dia xkn melukakan isteri…klu suami dh curang means cinta kasih sygnya sdh berkurang dan berubah..mmg betul qada dan qadar..qada spt kematian mmg manusia xble hindarkan..qadar pula takdir allah yg boleh diubah oleh manusia sekiranya memilih utk berbuat baik and etc…saya bakal bercerai dgn suami krn suami telah bnyk kali curang semenjak kahwin..dan sblum kahwin pn saya bkn yg pertama..cuma sy berharap agar dia berubah..ketika mgandung anak 1st suami ada ppuan..bila sy dpt tahu dia minta maaf dan sy bg peluang serta janji taklik suami sekiranya dia ulang semula kecurangannya maka akan tertalak lah saya..slps itu dia ada bsms dgn ppuan..saya maafkn sb stakat sms..mgandung anak kedua pn bersms dan jmpa ppuan tu…sy maafkn sb x serius..slps bersalin dan tgh pantang anak kedua suami ada ppuan lain lagi..mgandung anak ketiga hubungan diaorng berterusan sehingga segala2nya terabai..saya..anak2..masa utk keluarga dh kurang..sy tanya dimana silapnya saya ketika berpantang..kemudian mgandung balik dia ttp teruskan hbng..dorng dh berhubungan selama setahun baru la sy tahu..dan yg xble nk terima suami dh terlanjur..means janji takli dia dulu dh jatuh..sy ke mahkamah syariah utk bt pengesahan lafaz cerai..lusa kputusan dr hakim..xapa la andai jodih stakat di sini..segala luka derita sengsara yg dia hadiahkan akan sy jd kn sbgai kekuatan utk teruskan hidup..mmg dia xnk cerai tp nk bt mcmna cerai ttp akan jatuh sb langgar janji taklik..dia ckp xnk cerai sb anak2..no..jgn pernah jdkn anak2 sbgai alasan x cerai..kita kena ajar anak kita bhwa kesilapan dosa bzina sgt la besar..dia x layak jd ayah pn..selama 9tahun kawin dia x pernah jd imam.kata x sedia nk bjemaah..dh ajak nasihat mcm2..sy akui sy bkn isteri yg terbaik..xdpt tumpukan perhatian utk suami spnuhnya..mana nk kerja bantu suami…urus anak2..urus rumah..mgandung bersalin..ingatkn dia fhm dan berterima kasih..tp manusia klu x pernah kenal erti bersyukur xpernah kan cukup..sbulm ni sy bersabar..tp dh sampai tahap dia berzina..oh no..saya jatuh maruah..dihina..dia mengizinkan wanita lain menghina saya..cuma isteri stakat atas kertas tp yg bertakhta dihatinya ppuan lain…nk berkorban apa lg..tell me…klu dia ada minta izin poligami ada gak cerita..tp dia tau dia x mampu..thats why all of this berlaku..x dihargai..ditipu..dikhianati..dicurangi..bnyk lg..klu dh jatuh talak nnti sy terima dgn hati terbuka..i want to start my new life..jiwa mati..mati rasa..thats what i feel..back to allah..serahkn sgalanya kpdnya..biarlah dia dgn pilihan yg dia buat..dia pilih utk runtuhkan masjid kami..sy akan cuba utk x mnyesal sb lepaskan dia dr hidup kami..lbh 3kali peluang..klu dia cintakan sy..semua ni xkn berlaku..hidup berumahtangga kena ada komitmen dua pihak..bkn isteri sj yg kena usaha..rumahtangga tanpa cinta ksh syg..kesetiaan xkn bahagia..kecualilah isteri dh ambil kputusan utk menderita dan berkorban selamanya..tp ingatlah..xda istilah terlambat..biar dibodohkan s3kejap..tp jgn utk selamanya..life must go on and please MOVE on..u desrve better..

    1. Paling sedih bila kita bercakap kitalah isteri derhaka..kurang ajar..siap di doakan mati tak cium syurga…takut kalau dia betol…takkan hanya krn bckp bnar Allah mendengar kata s suami..lalu bgaimnlh amalan spjg jd isterinya…apatah lagi kalau d cerai..

  45. Assalamualaikum..

    bergenang airmata saya.. saya cuba untuk bertahan.. mohon pada Allah kesabaran, keredhaan & ketenagan hati.

    Sy baru berkahwin 3 minggu lepas. Inai di jari masih lagi ada. Suami saya curang dengan kekasih gelapnya.

    Sebelum berkahwin suami saya memang berkasih dan selalu jumpa kekasih gelap. Tetapi lepas saya mendapat tahu, kekasih gelap nya berjanji tidak mengacau suami saya. Saya ingat betul apa yang dijanjikan.. kami merancang untuk berkahwin selepas itu

    Hari Isnin hari tu, ade sesuatu terjadi.. HP suami saya pegang.. dan tiba2 kekasih gelapya call suami saya. hancur hati saya apabila kekasih gelapnya menyata kan dia tidak tahu yang suami saya sudah bekahwin. . tak sangka.. dalam diam suami saya menghubungi kekasih gelapnya dan mengatakan hubungan saya dan suami dah terputus. kemudian kekasih gelapnya percaya dan mereka meneruskan hubungan mereka sehingga saya berkahwin dengan suami saya..

    Kekasih gelapnya bersetuju utk dtg umah saya dan kami bersemuka dengan suami saya.. suami saya penah mengajak kekasih gelapnya berkahwin sebelum sebulan kahwin dengan saya. suami saya mengaku yang suami saya bersalah dan dia tamak sebab mahukan saya dan kekasih gelap nya… hati saya hancur. kemudian kekasih gelapnya berjanji untuk tidak menganggu suami saya.

    saya sendiri mengaku saya banyak buat salah dan dosa pada suami saya. Saya redha..dan bertaubat.. saya mohon maaf pada suami saya segala perangai buruk saya. saya cuba bertahan, kuatkan hati dan cuba mencari ketenangan.. namun, suami saya masih lagi cuba menghubungi kekasih gelapnya… dan suami saya sangat2 dingin dengan saya hingga hari ini.

    saya menagis hari2.. saya cuba lagi untuk bertahan.. redha apa yg berlaku. apa yg saya harapkan.. moga suami saya berubah jadik suami yang baik. saya baru saja mendirikan rumahtangga. saya tak sanggup untuk runtuh kan masjid saya. saya akan cuba bertahan selagi jodoh saya dengan suami saya.

    Mohon pada yang membaca.. berdoa lah untuk saya.. moga Allah memberi kekuatan dan ketenangan hati saya. Saya harus redha segala yg dirancang oleh Allah.

    1. salam.
      sy mengalami situasi yg sama dengan puan. dlm tempoh sebulan berkahwin mendapt tahu suami curang dengan kawan baik sy sendiri. apakah tindakan puan dan apa situasi puan skrg?

  46. memang sakit hati bila tahu diri dimadukan secara senyap2. saya cuba berfikiran positif tetapi tindakan suami saya semakin menyakitkan hati saya. dia layan isteri ke2 bagai puteri tetapi sebaliknya saya dia biarkan sahaja. nafkah batin diabaikan. setiap kali suami saya bersama dengan perempuan tu.. akan ada kesan love bite didada dan lehernya. sedih sangat. perempuan tu pulak semakin galak… apabila suami saya bersama dengan saya bertalu2 mesej dihantar. tak cukup dengan itu, tengah2 malam pun sanggup suami saya hubungi perempuan tu.. bergayut lama2. memang belanja harian suami saya ada bagi. tapi bagai mana dengan perasaan saya?? kemuncak kemarahan saya adalah saya memukul suami saya dengan apa aje yang ada dikeliling saya… sekarang suami saya nekad nak ceraikan saya. dia kata dah tak ada hati langsung dengan saya… saya cuba pujuk suami saya dengan memintanya bertenang.. tapi semakin saya berlembut semakin keras… rumah tangga saya macam dah tak boleh diselamatkan lagi….. seronok lah perempuan tu sebab perempuan tu memang ada berkata dengan suami saya yang dia dah tak mahu berpoligami dan tak mahu berkongsi dengan sesiapa… maknanya selepas ini perempuan itu akan berjaya memiliki suami saya sepenuhnya….

    1. Salam… Awak tabah… Sy sedang melalui skrg.. Seorang suami yg kita harapkan jd imam..yang boleh bimbing kita..tapi kecundang gam nafsu sendiri sehingga terlanjur dan berkahwin tanpa pengetahuan saya.. Sbb keluarga perempuan tu nak tutup malu atas dosa yg dorang buat..5 tahun bertahun mmg byk dunia.. Tahun pertama dan kedua manis..masuk tahun ketiga dah mula tunjuk belang…tahun keempat ni hilang semua tanggungjawab dan sy sedang mengandung anak kedua.. Tiada nafkah yg diberi malah sy pulak yg menanggung perbelanjaan rumah….. Suami mmg tidak mampu langsung untuk berpoligami.. Dia tiada pekerjaan tetap.. Sy dah pergi pejabat agama..tp suami tidak hadir pun setelah di panggil 2 kali untuk sesi kaunseling.. Sehingga la sy bersalin.. Dan sampai skrg tidak selesai lagi masalah sy.. Sy x tau ape nak buat.. Mmg nekad nak bercerai.. Bila fikir pasal anak2… Sy jadi x.kuat… Sy memang x blh nak terima perempuan tu.. Sy dh minta suami agar lepaskan saya… Tapi dia x kan lepaskan saya walau apa pun yg jadi.. Apa yang perlu sy buat… Saya harap awk tabah..dan bykkan berdoa..

    2. Setiap perbuatan ada balasan. Tak guna nak hang on to husband macam tu. Biarlah dia dengan dunia dia. Anggap ini sebagai ujian dari Allah. Mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk Puan. Saya tahu macam mana rasa nya dikhianati, dizalimi dan disakiti dan ditipu suami. Padahal saya telah banyak bekorban untuk dia dulu, bila dia tak ada pelajaran dan pangkat. Tapi bila sekarang dia dah punya bergulung gulung ijazah dan pekerjaan yang bagus, berkedudukan tinggi, dia lupa semue pengorbanan saya, dibuat saya macam sampah, buat hubungan dengan kekasih lama dan kemudian sanggup nikah rahsia dengan perempuan tu. Tapi Allah bongkar kan semua kejahatan suami pada saya. Kemudian, dia selalu saja menggertak nak tinggalkan saya dan anak. Bila saya betul2 mengadu pada mahkamah, tuntut cerai, dia mula takut. Takut hilang pekerjaan, takut reputasi affected, takut duit simpanan semua habis, takut bankrupt, sebab nak kena bayar muta’ah & nafkah anak. Kami dah berumahtangga selama 19 tahun. Bayangkan berapa banyak duit muta’ah dia nak kena bayar… Semuga Allah beri kita semua, isteri2 yang dikhianati suami, ketenangan dan jalan keluar dari semua masalah ini dan gantikan dengan pahala, ganjaran, rezki, dan dengan sesuatu yang lebih baik buat kita dan anak anak di dunia dan akhirat.

      1. Pergantungan harapan , rezeki dan segalanya hanyalah kepada ALLAH swt. Inshaallah hati akan tenang. Walau bercerai tetapi nampak Kekuatan qada. Qadar adalah DariNya. Itulah yg terbaik. Tiada suatu pun taqdir ALLAH yg buruk utk kita. Walau nampak ia buruk. Hakikatnya itulah yg terbaik. Inshaallah. Kita mengatur ALLAH juga mengatur. ALLAHLAH sebaik2 pengatur.

  47. lain pula pada saya. saya setia tapi isteri seperti tidak. selalu saya fikir, apa yang aku buat ini tidak cukup lagikah? Tidakkah dia belajar dari masalah orang lain?

  48. Assalam,mohon pendapat dan nasihat…status berkahwin hmpir 8 thn..tp sering dimaki dan ditengking suami..tidak diberi nafkah zahir malah batin hampir 5 tahun..3 tahun yang lalu berkenalan dengan suami orang dan akhirnya saling jatuh cinta..tapi hubungan terlarang sebab masing2 punya tanggungjawab pada pasangan dan anak2..tapi saya hidup menderita sebab tak mampu untuk berhenti mencintai kekasih hati saya.mohon pendapat

  49. Rupanya bnyk masalah rumah tangga yg serupa dgn saya…malahan lagi teruk….alhamdullilah byk ikhtibar yg boleh saya belajar dari komen komen di atas…

  50. tersentak seketika membaca artikel ini…. tapi saya masih tidak mampu mengubati hati yang telah terluka…..

  51. Sy sdih tp sy xtau nk bcite ngn spe,kdg2 sy mlu cz msti org akn ckp tgk la die 2 da kwin pn sbuk ngn pmpn len..knp ye llaki xpna tpk ke klu org akn bckp cm2 kt die

  52. Saya sedang menghadapi masalah suami curang jugak..tahun lepas 2014..semuanya berpunca dari facebook..suami layan semua atau add semua..suami x benarkan saya buka facebook saya ikut cakapnya..sekarang suami sangkut dengan sorang pompuan ni..jujur saya katakan suami saya masih sayangkan saya dan kan lepaskan saya walau apapun yang terjadi..pada masa yang sama dia curang..kami masih bersama mcm biasa, masih mandi bersama..tapi entahlah saya bingung dengan sikap beliau..kami sudah punya 4 anak..

    1. hi yaya, situasi yang sama saya rasakan pada suami saya. Saya langsung tak tahu akaun Facebook suami kerana dia mmg tak nak sy tahu. Suami semakin leka dengan handphone sampai lupa nk solat , takde masa nak bercakap dengan sy dan anak2. Ada pernah berlaku jatuh cinta pada wanita maya dalam facebook tu juge. Perubahan suami ini saya tegur secara perlahan2, dan suami menyatakan hanya saya dan anak2 yang utama, tapi tindakan dia mcm kami ni hanya perlu ada depan mata dia je, bukan perlu diberi perhatian. Satu je jalan yang saya nampak berkesan, kita banyakkan solat malam dan banyak berdoa memohon pada Allah swt semoga hati dan kasih sayang suami akan kembali tertumpu kepada kita semula. Setiap kali bancuh air kopi dan makanan, bykkn berselawat dan berdoa semoga Allah swt kembalikan kita suami yang beriman dan bertanggungjawap. Lelaki memang tak lepas dengan keinginan pada wanita yg cantik, tapi cara suami nak control keiginan tu kita sebagai para isteri boleh bantu mendorong dan mendidiknya diiringi dengan doa2 yang tak henti2 dan tawakal kepada Allah swt. Akhirnya akan terjadi sesuatu yang akan membuka mata suami untuk membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Insyaallah yaya.

      1. Terima kasih shima..komen annda sangat berguna..petua pun okey jugak..saya praktikan hari2…mudah-mudahan berkesan..insyaallah..usaha tangga kejayaan…

      2. Sekarang ni suami dah menceritakan segala2 kapada saya..dia kata dia memang x boleh berpisah ngan saya..sbb dia terlalu sayangkan saya..tapi saya kata klau sayang knape sakiti hati saya dan curang..

        Dan sekarang dia berjanji ngan saya akan perlahan-lahan akan meninggalkan pompuan tu..entahlah

  53. skg sy sgt2 perlukan seseorang yg pena mgalami ni smua.. sy tlah bsama dengan psgn sy setelah 8 thun kmi bsama.. betapa hncurnya hati dan prsann ni. siap blok sy dekat semua tmpat.. bygkn sy tgah sibuk mlnjutkn plajaran kat ngri org.pcya kat dia sgt2 hingga tk pna tfkir pn dia akan curang.. hnya Tuhan ja yg tau prsan kita ni.. mmg btul la hnya prmpuan yg pena mgalaminya shj yg akn phm..

  54. Saya adalah seorang isteri (5 thn perkahwinan dan dikurniakan seorang cahaya mata) yang dalam proses untuk diceraikan oleh suami akibat dari kesilapan sy yg akhirnya telah diketahui suami. walaupun sy telah lama meninggalkan perbuatan dosa tersebut dan telahpun bertaubat, tp nmpknya suami sukar menerimanya. sy telah terlanjur dengan kwn suami sy sendiri yg satu ofis dgnnya dan sy juga baik dgn isterinya. keterlanjuran sy adalah disebabkan krn terlalu geram dengan sikap suami yg juga curang kpd sy beberapa kali (sy sendiri menjumpai buktinya) dan juga percaya kata-kata kwn suami yg mengatakan suami sy telah lama curang. sy sedar.. sepatutnya sy tidak melakukan perkara tersebut dan sepatutnya berdoa suami insaf bukannya curang kpdnya semula. skrng sy diperingkat akhir di makhamah syariah. perceraian kami akan berlaku setelah segala terma2 perjanjian dipersetujui bersama dan barulah suami akan lafazkan cerai. sekarang kami telah duduk berasingan selama 8 bln. kedua mentua sy masih sygkn sy. mengenangkan anak hati sy menjadi pilu. tp suami telah berkeras dan sekarng telahpun berkawan dgn wanita lain. sukar utk sy menerima perpisahan ini. mungkin ini kifarah buat sy. walaupun sy telah benar2 bertaubat dan sama sekali sudah tidak menghubungi lelaki tersebut tp suami masih tetap mahu ceraikan sy. sepanjang menunggu untuk diceraikan ini sy berusaha mendekatkan diri kpd Allah swt dan masih terus berdoa agar rumahtangga kami dapat diselamatkan. dan masih berdoa agar suami menerima sy kembali.

  55. Berkahwin atas dasar cinta…dicurangi…suami terkantoi dlm bilik tidur sendiri…dlm usia yg sgt muda….aku terima dimadukan oleh sang perempuan durjana…setiap hari bermulalah episod demi episod bodoh dlm kehidupan aku….dan sekarang aku ingin bangkit meninggalkan semua kebodohan dlm hidup yang hampir 4 tahun aku lalui….bohonglah hidup bahagia dengan poligami….

  56. BANYAKKAN MEMBACA DOA NABI YUNUS KETIKA DIDALAM PERUT IKAN…Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin..IBNU SUNNI MERIWAYATKAN: Rasullulah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan ALLAH dari segala KESEMPITAN…

  57. Pengalaman sy utk sy share kpd wanita yg pernah terluka,bersabar lah selagi termampu tp disebabkn terlalu lama hampir 4tahun bersabar dan dipukul lalui erti kata sabar itu telah hilang dan lenyap..menyebabkn saya lari bersama seorg ank kerumah ibu saya, dan akhirnya sy mengambil keputusan untuk meningalkanya,akhirnya sy dipujuk untuk pulang kembali namun sy tetap dgn pendirian saya untuk tidak mahu jd wanita yang di sakiti terus menerus.Akhirnya saya bercerai dan membesarkan seorg anak tanpa nafkah darinya,mula menjanda hampir 3tahun dan membesarkn seorg anak dan bekerja keras untk menyara kehidupan baru kami.Alhamdulilah selepas itu sy di pertemukan jodoh kedua dr Allah, kini telah 4tahun perkahiwnan kedua saya dan dikurnikan seorang ank lagi, kini sy sedang pregnant anak ke3.Percayalah apa yg telah berlaku itu adalah satu pengalaman dan redhalah dgn ujian Allah.Buatlah keputusan yg membahagiakan diri kita sendiri dan kebahagian anak2.sy nak wanita di luar sana jgn terlalu mengharap pd benda yg lebih menyakitkan.

    1. kisah kita sama..kini sy sdg mengandung 7bulan utk ank ke2 perkahwinan kedua tp kini sy di curangi lagi..sungguh hebat dugaaan Allah beri kepada sy.kini sy terlalu serik untuk mengenali lelaki.sy menungu hari kelahoran ank kedua ini dan menyuruh suami memilh antara salah satu..perempuan itu ada menghubungi sy..namun siapalh sy untuk memisahkanya,,puas sy menasihatinya.doakanlah jodoh sy dan suami berkekalan dan suami sy berubah

    1. ALLAH yang memberi Kekuatan dan izin apa sahaja yang berlaku . Hanya ALLAH yang berkuasa dan hanya ALLAHLah yang mempunyai Kekuatan. Manusia tiada Kekuatan. Hatta utk bersyukur. Jika kita rasa semuanya dari ALLAH, maka kita tidak akan ada rasa terkilan atau tiada rasa tidak puas hati akan Sesuatu keadaan. Jika masih ada rasa tidak puas hati maka hati kita sendiri juga masih bermasalah dan masih tidak kenal ALLAH. ALLAHU AKBAR

  58. Sy juga di beri dugaan yg hebat,kini sy sedang sarat mengandung 7bulan.suami yg sy cintai dan sygi telah curang selama 2minggu perkenalan saat kursus.gerakn hati seorg isteri sentiasa tepat, bila sy bertanya adakah dia tidak jujur, dia mngakui dan sekelip mata minta sy menerima perempuan itu sebagai madu..hati ini cukup sakit di tambah pulak permintaanya…hanya Allah shj yg tahu perasaan ini.Sy meletakn dia di takhta yg tinggi kerana dia sentiasa mngutamakn kami..hnya sekelip mata mengenali wanita itu dia sanggup hilang kami.wanita itu tahu status suami sy, bahkan berhubung dgn saya dan sy melayaninye dgn baik..berharap dia megerti perasaan wanita dan memutuskn perhubungan dgn suami sy..tp siapalh sy utk memaksanya cukuplah dpt menasihatinya.Kini sy sedang menungu hari kelahiran ank ke3 sy, kemudian sy meminta suami memilh antar salah satu..andai wanita itu pilihanya maka sy akn di lepaskan.tiada wanita yg sanggup bermadu…sy memilih untk mencari kehidupan baru andai dia memilih wanita itu.kepercayaan ini telah musnah..kesetian sy pdnya hanya angin kosong..sungguh terduga..hanya sejadah dan al-quran tmpt sy bertafakul setiap solat sy..memohon agar Allah kembalikan suami sy yang dulu sebelum kelahiran ank yg sy kandung.Manusia x pernah lari dari kesilapan..ini adalah perkahwinan sy kali kedua..puas sy tanya di mana silap sy masih tiada jawapan….doakanlah agar suami sy buka mata dan memlih kami..

  59. Salam, suami sy xcurang, tapi sy selalu terasa hati dgn dia.. sbb dia xambil berat mcm dulu2 masa bercinta, xtunjuk rasa syg, jrg berkomunikasi, selalunya, sy yg mulakan dulu bila nk bncgkan ssuatu atau ada masalah. Then, terasa jgk bila dia tgk pmpn lain bila sy ada sblh.
    Apa yg ptt sy buat?
    Mcm mna sy nak alihkan perhatian dia utk sy?
    Adakah sy yg mmpunyai mslh hati, cpt terasa?
    Macam mana sy nak rawat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s